Setiap orang pasti pernah merasai rindu dan sesunyian.
Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu dan
kesunyian. Ada yang menggunakan kata-kata, lisan dan perbuatan. Ada yang kasar,
lembut dan kadang-kadang buat-buat gila. Ini merupakan reflek atau tindak balas
setiap individu apabila menghadapi rindu atau kesunyian.
Rindunyerrrr kat dia..................... |
Jom kita mengenali rindu terlebih dahulu. Menurut Syeikh
al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an dalam kitabnya fiqh Mazhab Abu Hanifah
mengklafikasikan "rindu adalah perasaan yang datang apabila kita mencintai
sesuatu sama ada mencintai tuhan, manusia, haiwan ataupun suasana". Saya
terjemahkan maksud rindu secara am tanpa menyentuh hukum. Kalau nak tahu lebih
lanjut mengenai hukumnya tanya lebai Ustaz Azhar.
Pada pendapat saya, rindu adalah anugerah dalam perasaan
dimana cara mengubatinya ialah datang dekat kepada sesuatu yang dirindui. Rindu
kalau tidak di kawal atau ditangani dengan bijaksana boleh membuatkan kita
sakit dan kadang-kadang terdapat individu yang benci dengan perasaan rindu.
Rindu juga membuat seseorang keliru, bagaimana untuk menghadapinya dan
menyelesaikannya.
Terdapat beberapa cara untuk menangani rindu. Cara yang
utama dan pertama ialah datang dekat kepada sesuatu yang kita rindui. Tidak
semua mampu melakukannya dan ianya terlalu komplek untuk dimengerti. Rindu pada
sesuatu yang bukan hak kita adalah sesuatu yang sukar. Maka cara untuk
mengatasinya bukanlah mendekatinya. Mari kita lihat perkara asas yang terdapat
dalam rindu. Rindu itu ada apabila kita mencintainya. Mencintainya menyebabkan
kita sentiasa mengingatinya. Jadi.. proses terbalik harus dilakukan untuk
menangani rindu pada bukan hak kita iaitu dengan melupakannya.
Melupakan sesuatu bukanlah perkara yang mudah dan ianya
tidak akan pernah hilang dalam benak fikiran kita. Sebaliknya kita hanya dapat
mengurangkannya melalui teknik-teknik tertentu iaitu teknik mengatasi kesunyian.
Sebentar lagi saya akan kongsi bagaimana hendak mengatasi kesunyian.
Jom kita mengenali kesunyian. Kesunyian berlaku apabila kita
merasakan suasana yang berbeza ataupun luar dari kebiasaan kita atapun kita
kehilangan sesuatu. Kesunyian kalau tidak diatasi dengan bijak boleh
menyebabkan kita mereng. Jadi, jadilah bijaksana dalam menghadapi kesunyian.
Di sini saya senaraikan beberapa teknik-teknik menghadapi
kesunyian:
- Fahamilah bahawa kesunyian itu anugerah maka redhalah.
- Jumpa atau keluar bersama rakan-rakan atau berjumpa dengan orang yang anda ingin jumpa.
- Terlibat dalam apa-apa aktiviti dimana anda boleh berjumpa rakan-rakan baru.
- Mencabar diri dalam sesuatu yang sukar yang menggunakan kretiviti yang tinggi.
- Mengambil risiko untuk mendapatkan kebaikan. Ini akan menjadikan anda lebih fokus tentang sesuatu.
- Lebih memahami mengenai perbezaan kesepian dan kesendirian.
- Berhubung dengan komuniti dalam talian iaitu dalam laman sosial secara sihat.
- Jangan terlalu memikirkan kesepian. Fikir mengenai perkara lain seperti sponsor saya makan.
Di bawah ini merupakan video muzik mengenai rindu. Tajuknya
"Rindu setengah Mati" dari D'Masiv. Pelik ke perkataan rindu setengah
mati? Pendapat saya, itu tidak mustahil.. Anda mungkin akan jumpa manusia yang
rindunya membawa mati.. adoi... kesian.. apapun yang berlaku.. cuba dapatkan
nasihat doktor pakar... jom layan...
Created by BeLOya2U
0 comments:
Post a Comment