RSS

Perkahwinan Cik Cinderella



KHA, 31 MEI 2012 10:17 | AISYA AZHAM | NURUL AIN JAMALUDDIN



"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe," Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

"Anisa, sorry lah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu," Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham," Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.

"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dan gold. Memang dewi kayangan sangat.

"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."

"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi," sampuk Nady.

"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"

"Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.


"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar," jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.

"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best lah beb.

"Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je," tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan-kawan lain. Semuanya photographer lelaki yang shoot gambar.

"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit," pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographer perempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki," cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."

"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko," jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

"Veil ko dah kemas dah."

"Terima kasih. Cantik ko buat," puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya-Allah."

Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.

"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan ...honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.

"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."

Tok! Tok!

"Siapa?" tanya Anisa.

"Abang ni."

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.

"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab," ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.


"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."

"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya," ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

"Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot," balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam daripada suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!

"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek," Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu dan ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa," ujar Anisa, merendah diri.

"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas, kan?" kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."

"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."

"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia!

Ai~ bila encik tunang nak ajak kahwin ni??



- Artikel iluvislam.com

Jom Jalan2 Terengganu!

Sepanjang belajar di Terengganu, sangat banyak tempat yang telah dilawati,  antara tempat tempat itu ialah:

Taman di Terengganu Equestrian Resort 
Tamannya sangat cantik, ada taman tasik banyak, ada kolam renang juga dan boleh jer kalau nak mandi...tapi kena bayar la skit..setakat RM 4 kot..tak ingat sangat dah..sekarang ni dah lama tak pegi, lalu kat depan jer..

Taman di Riyaz-Heritage Resort
Taman kat sini sangat2 cantik dan indah, berlatar belakangkan bangusnan tradisional yang unik dan menawan..sangat semulajadi, tenang, berhadapan dengan laut....harga bilik kat situ mahal..orang kaya jer mampu duduk tapi sangat berbaloi laaa..tahu tentang tempat ni sebab pernah berkesempatan untuk antar kawan time dia kejer kat sini...

Kampung Losong Haji su
Kat kampung ni terkenal sangat dengan keropok lekor losong atau lebih dikenali sebagai kepok losong. sepanjang jalan besar di kampung tu jual kepok....semua pun bersaing cari rezeki yang sama..cuma pelanggan jer kena pandai pilih dan tawar menawar kat situ..


Masjid Putih Kuala Terengganu
Masjid ni ada di tengah2 bandar terengganu, sangat terkenal terutamanya kepada orang yang sedang duduk kat stesen bas sebab orang akan singgah sembahyang kat situ sebelum naik bas..saya pun selalu buat macam tu, sebab tu tahu tentang masjid ni...masjid ni putih jer..suci bersih, di dalamnya pun sangat cantik...
Terengganu Trade Centre
kat sini lah tempatnya selalu sangat orang akan buat expo....macam2 jenis expo yang ada...sangat terkenal dan selalu sesak...tapi best woo...banyak barang bleh beli tapi kita window shopping jer laaa....

Planeterium Kuala Terengganu
tempat ni sangat2 best, kat dalamnya banyak permainan yang mencabar minda sains kita. dan juga banyak komputer touchscreen kat dalam tu yang kita bleh main...bila sampai satu masa iaitu pukul 9 pagi , 12 atau 3 petang akan ada satu tayangan wayang yang sangat best..korang akan duduk kat kerusi yang berbaring dan wayang tu akan berada di atas korang...sound effect yang sangat bagus...ala2 wayang 3D laaa...sangat unik..terasa macam di alam angkasa betul jer...bayaran RM 3 kalau tak silap la...tapi sangat2 berbaloi!

Giant Kuala Terengganu
inilah pasaraya yang kedua tersesak di kuala Terengganu..

Mydin Mall Kuala Terengganu
Pasaraya yang pertama yang tersesak sekali di kuala terengganu...sebab pasaraya yg besar ada 2 jer..mydin dan giant..ada gak yang kecil2 tapi kurang dikenali la skit..

Kampung Nelayan Tok Jembal
kampung ni dekat dengan universiti malaysia terengganu...seronok tengok mereka bawak ikan banyak2 balik..kat situ lautnya telah di kepung dengan batu besar untuk halang ombak besar bila nelayan nak naik sampan....so kat situ bleh mandi jugak...selalu lepak situ untuk mencari ketenagan bila stersss...sangat membantu...huuhu..suasana yang sangat cantik yang jarang dilihat sebelum ini...

Taman Stadium Kuala Terengganu
stadium ni walaupun dah di tutup kerana kes runtuh, tetapi tamanya dan persekitarannya yang besar tetap dibuka kepada orang ramai. tamanya sangat cantik..macam tempat org jogging la..sangat tenang....tempat beriadah keluarga yang baik...ada banyak tasik, ada ikan jugak, ada tempat drift kereta kat situ, bleh tengok, ... taman taman yang cantik macam ni selalu menjadi pilihan kepada pengantin untuk tangkap gambar kawin kat situ...selalu nampak pun... so, nanti bleh la kita wat macam tu jugak yer..hhuhu...

Terengganu Waterfront
jambatan ni sangat cantik pada waktu malam tapi time siang warna putih jer...macam satu jambatan multimedia kat putrajaya tu tau..cantik, selalu orang tangkap gambar kat sini..berdekatan dengan |I-city terengganu yang berlampu2 tu...jadilah ia semakin cantik...tempat ni jugak dekat dengan pasar payang dan china town.. best!

Taman Tamadun Islam
inilah masjid kristal yang cantik dan juga ada mengatakan yang masjid ini masjid pertama didunia yang dibina dengan menggunakan kaca kristal, batu dan besi..entahlah...Wallah hualam..tak taw betul atau tidak hal ini..tapi masjid ini sangat2cantik..bila tiba malam...akan dipasang lampu yang bercahaya warna-warni.. ini tempat wajib pengunjung yang datang ke terengganu..berdekatan dengan taman tamadun Islam...masjidnya tak begitu besar, sederhana kecik sahaja sebab itu tak sesuai untuk digunakan sebagai tempat nak sembahyang Jumaat...tapi masjid ini selalu menjadi pilihan untuk majlis akad nikah........setiap kali kami pergi situ time cuti, mesti ada jer orang akad nikah...hehe...


Chinatown
Chinatown, tempat yang cantik...sebuah perkampungan cina yang cantik dan unik, tiap2 kali tahun baru cina, tempat ni akan jdi tempat yang paling bercahaya sebab dinyalakan dengan tanglung2 bercahaya...ramai orang tangkap gambar kat sini...
Pulau Duyung
kat ni tempat orang wat kapal nelayan

I-city Kuala Terengganu
tempat ni sama jer dengan I-city shah alam cuma belum siap sepenuhnya..siang2 nampak macam kurang cantik sebab tanahnya belum rata lagi tapi bila malam sangat cantik...selalunya lampu2 lah yang menyinari pemancing2 tegar yang memancing di kawasan itu sehingga lah ke pagi sebab tempat ni betul2 tepi laut.....

Teluk Ketapang
tempat ni paling popular dengan makanan laut celup tepung..puas hati broo makan kat sini..makan lauk jer..dan semuanya sangat2 segar, sedap!!!! paling Favourite kat sini ialah air jagung parut dan air kelapa... puas hati yoooo!

Pantai pandak
tak ramai yang tahu tentang tempat ni sebab ia jauh teperosok di pedalaman kampung di cendering...tapi tempat ni mula jadi popular bila jadi tempat penggambaran sebuah drama TV3 dan filem2 terkenal...tempat ni serius macam luar negara!! cantik, berbatu2, yang unik, lautnya biru, boleh panjat batu2 kat situ dan wat gambar ala2 titanic..hehe..dah selalu buat da...tapi serius tempat ni first time sampai kat situ rasa seperti di luar negara..tempat tu tak ada pokok kelapa banyak, yang ada hanya 3 batang pokok jer...unik tuuuuuuuuuuuuu...memang best kat sini...tempak lepak yang terbaik!!!!!!!  sangat menenangkan jiwa sebab tempat tu sunyi, tak ramai orang, kalau ada pun bebudak askar laut yang jogging2 kat situ...tempat ni sangat dekat dengan lembaga kemajuan ikan Kuala Terengganu....cuba la cari...huhu

Bukit Besar
bukit besar ni dekat dengan mydin mall..kat depan mydin mall tu ada tempat jogging..taklah depan sangat, dekat dengan bagunan JPJ kuala Terengganu jer...jalan la sikit dan menyeberangi jalan, naik ke bukit besar ni, ada jalan tar mengelilingi bukit ni..tapi still curam jugak...jalan la kaki perlahan2...sampai ke atas..jauh juga dan sangat letih..wat masa ni...dah 5 kali pergi tapi 2 kali jer sampai ke puncak..yang lain takderlaaa...surrender! tapi best! bukit ni ada lambang ALLAH PELIHARALAH TERENGGANU, besar!! kalau naik ke bukit tu lagi nampak besar|! kat puncak bukit tu ada menara TNB jer...bawaklah air secukupnya time naik bukit tu kerana anda akan sangat2 memerlukan air kat atas sana nanti...pergilah pagi2 atau petang2..baru ramai skit orang..taklah merbahaya...dan cuaca pun tak lah terik panas sangat..huhu

Bukit Puteri
Bukit puteri ni..dekat dengan pasar payang atau istana, nak naik kena bayar RM1, tangganya banyak dan tinggi, agak letih sikit tapi bila naik ats tu akan berpuas hati kerana dapat tengok suasana bandar terengganu dari atas...di bukit tu ada 1 rumah api dan kubu pertahanan...ada banyak meriam kat atas, ada satu loceng besar jugak!, dan ada kubur2 pahlawan kat atas tu...best gak! tempat bersejarah yang dapat menambahkan pengetahuan kita tentang sejarah perang sudara Terengganu dulu2....

Masjid Terapung Kuala Terengganu
masjid terapung Terengganu ni dah terkenal da dari dulu lagi, masjid ni dah lama, tapi tengok dalam TV jer la,...tak sangka sekarang berpeluang datang masjid ni...dah banyak kali pergi situ plak tu, hehehe

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
kat pantai ni banyak aktiviti, ada banyak kedai makan, ada kolam renang awam, ada KFC, ada A & W, ada ramai yang main layang2 kat sini, sangat cantik, dan ada kuda2 kat sini, kalau nak naik boleh tapi kena bayar RM 5 dulu kalau tak silap la, dan tempat ni sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga....

Muzium Terengganu


dengar cerita, Muzium ni adalah muzium terbesar di Asia Tenggara, tak tau la betol atau tak tapi tempat ni memang sangat besar dan sangat banyak barang......tak larat nak jalan semua, kena spend time banyak kat sini kalau nak pusing semuanya...termasuklah di persekitaran Muzium tu...tapi semua tempat kat sini cantik dan best gak la..
Pasar Payang Terengganu
Pasar payang..tempat shopping yang besar dan best, nak per? semua ada, buah-buahan, makanan, minuman, kepok, baju2, kain2, kasut, beg, alat2 umah, semua ada belaka la! cantik, murah juga kalau pandai tawar menawar...tempat ni sesak dan semua penjual kepoknya ayak duduk di tempat yang lebih tinggi dari pelanggan supaya mereka mudah mencapai barang2 yang diminta oleh pelanggan.. dulu orang tua jer yang berniaga kat situ tapi sekarang ni da ramai tak kisah tua atau muda....unik tapi kelakar pun ada..hehe..best! confirmla mak2 anda akan gila shopping di sini...!!!!!

APA ITU RINDU DAN KESUNYIAN?


Setiap orang pasti pernah merasai rindu dan sesunyian. Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu dan kesunyian. Ada yang menggunakan kata-kata, lisan dan perbuatan. Ada yang kasar, lembut dan kadang-kadang buat-buat gila. Ini merupakan reflek atau tindak balas setiap individu apabila menghadapi rindu atau kesunyian.


Rindunyerrrr kat dia.....................


Jom kita mengenali rindu terlebih dahulu. Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an dalam kitabnya fiqh Mazhab Abu Hanifah mengklafikasikan "rindu adalah perasaan yang datang apabila kita mencintai sesuatu sama ada mencintai tuhan, manusia, haiwan ataupun suasana". Saya terjemahkan maksud rindu secara am tanpa menyentuh hukum. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai hukumnya tanya lebai Ustaz Azhar.

Pada pendapat saya, rindu adalah anugerah dalam perasaan dimana cara mengubatinya ialah datang dekat kepada sesuatu yang dirindui. Rindu kalau tidak di kawal atau ditangani dengan bijaksana boleh membuatkan kita sakit dan kadang-kadang terdapat individu yang benci dengan perasaan rindu. Rindu juga membuat seseorang keliru, bagaimana untuk menghadapinya dan menyelesaikannya.

Terdapat beberapa cara untuk menangani rindu. Cara yang utama dan pertama ialah datang dekat kepada sesuatu yang kita rindui. Tidak semua mampu melakukannya dan ianya terlalu komplek untuk dimengerti. Rindu pada sesuatu yang bukan hak kita adalah sesuatu yang sukar. Maka cara untuk mengatasinya bukanlah mendekatinya. Mari kita lihat perkara asas yang terdapat dalam rindu. Rindu itu ada apabila kita mencintainya. Mencintainya menyebabkan kita sentiasa mengingatinya. Jadi.. proses terbalik harus dilakukan untuk menangani rindu pada bukan hak kita iaitu dengan melupakannya.

Melupakan sesuatu bukanlah perkara yang mudah dan ianya tidak akan pernah hilang dalam benak fikiran kita. Sebaliknya kita hanya dapat mengurangkannya melalui teknik-teknik tertentu iaitu teknik mengatasi kesunyian. Sebentar lagi saya akan kongsi bagaimana hendak mengatasi kesunyian.

Jom kita mengenali kesunyian. Kesunyian berlaku apabila kita merasakan suasana yang berbeza ataupun luar dari kebiasaan kita atapun kita kehilangan sesuatu. Kesunyian kalau tidak diatasi dengan bijak boleh menyebabkan kita mereng. Jadi, jadilah bijaksana dalam menghadapi kesunyian.

Di sini saya senaraikan beberapa teknik-teknik menghadapi kesunyian:
  1. Fahamilah bahawa kesunyian itu anugerah maka redhalah.
  2. Jumpa atau keluar bersama rakan-rakan atau berjumpa dengan orang yang anda ingin jumpa.
  3. Terlibat dalam apa-apa aktiviti dimana anda boleh berjumpa rakan-rakan baru.
  4. Mencabar diri dalam sesuatu yang sukar yang menggunakan kretiviti yang tinggi.
  5. Mengambil risiko untuk mendapatkan kebaikan. Ini akan menjadikan anda lebih fokus tentang sesuatu.
  6. Lebih memahami mengenai perbezaan kesepian dan kesendirian.
  7. Berhubung dengan komuniti dalam talian iaitu dalam laman sosial secara sihat.
  8. Jangan terlalu memikirkan kesepian. Fikir mengenai perkara lain seperti sponsor saya makan.
Di bawah ini merupakan video muzik mengenai rindu. Tajuknya "Rindu setengah Mati" dari D'Masiv. Pelik ke perkataan rindu setengah mati? Pendapat saya, itu tidak mustahil.. Anda mungkin akan jumpa manusia yang rindunya membawa mati.. adoi... kesian.. apapun yang berlaku.. cuba dapatkan nasihat doktor pakar... jom layan...





Created by BeLOya2U

Hina tanpa sedar


Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid

am@hmetro.com.my

AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.
AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.
LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan.
LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan.
KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.
“Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.
“Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama,” katanya.

Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.
“Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.

“Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.

Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

“Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,” katanya.

Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.

“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak."


Pesanan ini untuk diingatkan kepada diri sendiri, kepada bakal suami dan juga saudara-mara dan kawan-kawan...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYG0VcPYi_rQGPt6fU_9He8eC5IEo0AGqPJOmslyLK6wKyb5w5FX5pBZCKO9j0_wN16LcOTAjWIgUIUTWDBuBBltyhZ6ivQkWTbWMdPFwOjGO7mp8UP_sNfKI3x5Js9AHw56jM/s1600/cat+teacher.jpg



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...