Assalammualaikum,
erm...sekarang sudah pukul
7.50 pagi..baru lepas hantar sepupu pergi sekolah..wah! ini latihan untuk aku
hantar anak2 pergi sekolah pada masa depan.. kasihan pada anak2 muda
sekarang...terpaksa mengejar dunia ini pada usia yang sangat muda, dulu waktu
aku muda2, aku tahu main saja....aik? macamlah aku sekarang ni tua sangat..
Kalau dulu aku tak ambil
tahu sangat tentang hal yang berlaku di sekeliling aku, sekarang aku dah
berubah. Aku nak tahu juga apa yang telah terjadi di dalam Malaysia mahupun di
luar Malaysia. Sekarang ini hebat diperkatakan tentang filem menghina
Rasulullah yang bertajuk "Innocence of Muslims". Oleh itu, mahu saja
aku nak memberikan pendapat aku tentang filem ini di dalam blog aku walaupun
aku tahu blog aku hanya ada 7 followers saja. Aku tak kisah! Fungsi blog ini adalah tempat
mencurahkan perasaan aku selain merakamkan kenangan2 penting dan menyebarkan informasi
dari sumber luar.
http://allthingsd.com/files/2012/09/innocence_of_muslims_movie.png |
Filem innocence of Muslims,
filem menghina Rasulullah dan juga Agama Islam. Agaknya apakah yang mereka mahu
dari filem macam ini? Sila Klik Sini untuk baca berita ini
Sepatutnya, tujuan filem-filem
di dunia ini dibuat adalah untuk menghiburkan semua orang yang menontonnya dan
kalau ditayang ke dalam panggung pula adalah untuk mengaut keuntungan dari
jualan tiket wayang. Ini adalah kerana, mereka mahu mengumpul duit bagi
membayar modal pembikinan filem.
Tetapi aku sangat hairan
dengan pembuat filem Innocence of Muslims ini. Untuk apa sebenarnya mereka buat
Filem ini? Sekadar mahu menaikkan kemarahan orang Islam sedunia?
Aduhai.. Come
on! Tolonglah berfikir dulu sebelum buat filem ini. Bodoh sangat! Aku percaya
nyawa mereka yang membuat filem ini sekarang berada di hujung tanduk. Tunggu masa
saja nak jatuh pecah berderai. Mereka sendiri menempah maut. Sudahlah duit
modal pembikinan filem tak dapat (sebab dapat sponsor dari pihak2 tertentu kot), syarikat google dan youtube pun runsing
banyak terima aduan tentang Trailer Filem yang dimuat turun dalam laman mereka.
Semua rakyat Islam satu dunia mula membantah dengan membuat tunjuk perasaan. Ada
yang sampai meninggal dunia. Porak poranda semuanya!! Filem ini bukan hanya
membahayakan si pembuat filem ini tetapi juga menyusahkan orang lain. Rugi
saja! Dah buat dah, menyesal kemudian tiada gunanya lagi. Nasi sudah jadi
bubur.
Aku dengar cerita, producer
Filem Innocence of Muslims ni dah kena tangkap untuk disoal siasat. Sila Klik sini untuk baca berita ini.
Pelakon perempuan
yang berlakon dalam filem ini pun sampai tak berani nak keluar rumah, dia juga
telah menelan pil tidur untuk meleraikan ketakutan di hati bagi menenangkan
jiwa... takutnya... Sendiri buat,
sendiri tanggunglah!! Sila Klik Sini untuk baca berita ini
Agaknya mereka ni memang tak
puas hati betul dengan Islam. Ya la, Agama Islam telah terbukti sebagai agama
yang benar. Mereka marah dan malu sebab agama mereka tak sehebat agama Islam. Sekarang,
jikalau kita lihat, ramai orang dah peluk Islam secara sukarela sebab mereka
menyatakan Islam lah agama yang paling meyakinkan. Seperti contoh, ramai
pemain2 bola profesional seperti Thiery hendry (Sila klik sini untuk berita selanjutnya) peluk agama Islam. Dengar
cerita, Lionel Messi dan kaka pun nak peluk agama Islam juga tapi tak tahu lah sudah ke belum.
Thiery Hendry |
Jikalau kita lihat pula perdebatan Islam dan
Kristian atau Yahudi di dalam youtube, Pendebat Islam selalu sahaja menang. Itu
juga menimbulkan kemarahan kepada mereka kan..
pada pendapat akulah, sebab itulah
mereka geram dan buat filem sebegini untuk memburuk-burukkan Islam di mata
dunia agar tiada siapa lagi yang mahu memeluk Islam.. Ohh! Rancangan mereka
gagal.. Lagi mereka nak memburuk2kan Islam, Lagi ramai yang akan peluk Islam.
Manusia tidaklah begitu bodoh untuk menilai yang mana baik dan yang mana yang
buruk. Allah sudahpun mengurniakan akal fikiran kepada kita...
Pernah tak dengar tentang
kartunis luar negara yang melukiskan kartun menghina Rasulullah? Dari sumber2 yang
dipercayai, kartunis itu dikecam teruk oleh Orang Islam Seluruh dunia. Oleh
itu, dia diberi perlindungan keselamatan oleh negaranya. Malangnya, pada satu
hari, tiba2, badannya terbakar sampai rentung. tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku. Mungkin ini adalah
balasan dari Allah. Sila Klik sini untuk berita selanjutnya
Mati terbakar! |
Sepatutnya berita seperti ini akan menakutkan semua
orang yang mahu menghina Islam dan Rasulullah tapi mereka makin kuat pula nak
menghina Islam... agaknya mereka nak merasa sendiri azab pedih yang si kartunis
tu dapat kot?? Baguslah kalau macam tu, Ya Allah, aku mohon sangat kepadaMu
agar melaknat si pembuat filem yang menghina AgamaMu ini ya Allah... biar
menjadi pengajaran kepada orang lain agar mereka tidak lagi berani nak menghina
Islam dan RasulMu ya Allah...
Tentang tunjuk perasaan
membantah filem ini, ya, aku percaya rakyat Malaysia pun ada buat. Walaupun tak
begitu besar dan gah. Bukan itu maksud tunjuk perasaan, untuk tengok siapa yang buat
besar-besaran atau tak, tapi yang penting, objektif tunjuk perasaan pembantahan tu yang
kena sampai!.
http://www.demotix.com/sites/default/files/imagecache/a_scale_large/1400-9/photos/1347726867-hti-protest-the-film-'innocence-of-muslims'_1449539.jpg |
Kita buat secara aman. Malaysia ini ada cara yang lebih baik.
Malaysia terus menghantar aduan kepada Syarikat laman Google dan Youtube. Malangnya,
mereka enggan menyekat video Trailer filem tersebut. Sila klik Sini untuk baca berita selanjutnya.
Mereka kata Video tersebut
tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan. Kepala hotak mereka tak
langgar!! Tak nampakkah video itu telah memporak poranda kan dunia? Sampai ada
orang yang meninggal dunia untuk membantahnya? Aduhaiii!!! Pandai berfikir
sampai boleh cipta laman Google dan Youtube tapi perkara yang dah jadi teruk
macam ni pun tak nampak ke??!!! Malaysia telah pun melabelkan Youtube sebagai
laman yang tidak sensitif! Mereka langsung tak mengambil kira perasaan orang
Islam sedunia.
Buat masa ini, aku tak
pernah pun jumpa Filem yang menghina Kristian dan yahudi yang dibuat oleh orang
Islam. Bagus pun kita tak buat. Kalau tidak, sama saja level kita dengan
kebodohan mereka. Apa yang kita boleh buat sekarang ini ialah teruskan membantah
sekeras-kerasnya tentang penayangan dan penyebaran Filem ini dengan menggunakan
media, internet, laman sosial dan juga secara nyata di negara masing2 ataupun
di luar negara. Kita juga boleh mengadakan sembahyang hajat secara
besa-besaran, memohon hajat, berdoa kepada Allah agar Islam lebih terpelihara
dari semua angkara jahat yang dibuat oleh musuh2 Islam sekarang dan juga
selama-lamanya.
Berdoalah kita tanpa henti, Allah ada dengan kita. |
2 comments:
betul tu..kita tak pernah pun rendah2xkan agama dorang tp dorang boleh pulak rendah2xkan agama kita..tak sensitif betul..kitakan hidup bermasyarakt..kenalah jaga perasaan org lain ynag berlainan agama dan kepercayaan..kenapa nak buat macm ni? tak faham betul..
Betul betull betull... tunjukkan protes kita!!!!!!
Post a Comment