RSS

Kenderaan sendiri VS Awam

Assalammualaikum..tipula kalau ada org tu cakap tak pernah naik kenderaan. Even naik roller blade pun dikatakan sebuah mesin kenderaan jugak, Definisi Kenderaan ni korang bleh cek sendiri kamus dewa bahasa dan pustaka..hehe...kegunaan kenderaan ni selalunya selaras dengan peredaran masa..ada macam2 kenderaan yang telah kita naik, dari basikal, skuter, roller blade, sampaila kereta, bas, komuter, dan kapal terbang...memang banyak...alhamdulillah kita semua telah diberikan peluang untuk menaiki semua jenis kenderaan tersebut....



Alhamdulillah, kita tak begitu mempunyai masalah kenderaan seperti orang lain...waktu sekolah rendah lagi, kita dah ajar diri kita naik basikal lebih kurang 8 kilometer  dari kawasan perumahan kita...merentasi jalan2 besar, yang banyak kereta, syukurla kita masih selamat lagi...bayangkan budak darjah 3 yg kecik molek (waktu muda2) dah mula naik basikal merentas jalan besar, kalau anak sedara kita sekarang nak buat macam tu, mesti kita tak bagi sebab sangat merbahaya, tapi kita heran, macam mana la kita boleh harungi semua tu yer..? kita yang paksa mak abah bagi kita naik basikal pergi sekolah dengan kawan2. Mak abah tak bagi, tapi kita buat jugak sebab nak pergi sekolah dengan kawan..degil betul kita ni...(-..-)



Kenderaan Ketika Belajar:
Darjah 1-3 = abah kita dah bayar yuran Van sekolah untuk hantar ambik kita pergi                  sekolah
Darjah 3-6 = Naik basikal (kadang2 jer abah hantar dengan kereta)
Form 1 – 6 = Naik Basikal (kawan2 lain da nek moto dan kereta tapi kita maintain                  basikal)
Tahun 1     = Jalan kaki dan naik kenderaan awam (van kuning UMT kat universiti)
Tahun 2-3  = Bawak kereta (mak abah bagi, Alhamdulillah)
Sem akhir  =  naik kenderaan awam sepenuhnya (time praktikal kat UMT, Skudai)

Sejak akhir2 ni bila naik kenderaan awam macam bas dan teksi, kita rasa macam da lama giler tak naik..macam la kita ni kaya sangat sampai tak naik semua tu, tapi bukan macam tu, sebenarnya kita tak berpeluang sebab dah ada kereta, tapi kita rasa seronok bila naik kenderaan awam sekarang  ni sebab kita rasa macam kita seorang yang sangat normal yang pergi kemana2 pun naik kenderaan awam, macam dalam filem Korea jerr!  Yerla, macam gadis cantik yang selalu naik kenderaan awam ke mana2 pun, hahahaha (^^) (Perasan!)



Tapi serius, kenderaan awam lebih murah sebenarnya, ok, contohnya kalau memandu dari Ipoh ke Johor, Duit minyak dan tol dah mencecah seratus lebih sedangkan kalau naik kenderaan awam (bas) baru jer 50 ringgit...

Tapi yang menakutkan sebenarnya tentang etika pemanduan pemandu kenderaan awam tu diragui...sekarang banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan awam, tapi bila dipikirkan , yg bawak kereta sendiri pun ada yg eksiden, dah benda nak jadi, memang akan jadi...bukan sebab salah kenderaan awam jer...


Kebaikan kenderaan awam ni bukan sahaja murah tapi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas..jadi, rasanya, tak ada masalah mahupun bawak kenderaan sendiri atau kenderaan awam, ikut keperluan masing2... pikirkan yang terbaik, keputusan tetap ditangan anda....

Walau apa pun, sama2 kita doakan agar semua pengguna jalan raya tak kira walau dimana mereka berada di seluruh dunia agar sentiasa berhemah dalam pemanduan dan terperlihara dari kemalangan....AMIN...

Cat Pictures Sources: Credit to Google

PTPTN atau PTPTIPU?

Assalammualaikum..
Hah.....dalam 2-3 hari ni, cuaca tak begitu baik di Johor, ujan lebat mencurah2, kilat berdentum sini sana...teringat lagu yang diajar oleh cikgu muzik waktu sekolah rendah:

Angin bertiup.....
Awan berarak....
Itu tandanya.....hari nak hujan...
Hujan pun turun..membasah bumi...
Penghuni alam...rasa bersyukur...

Hehe, terlupa la liriknya la...Go may ne!! (^^)Y


Selalu hari hujan, kita selalu cepat keluar ofis supaya tak terlepas bas, takkan la nak berjalan dalam ujan, tapi setiap kali naik bas, pemandu bas tu akan pasang radio tentang berita kuat2! Pekak telinga ni, kalau tegur karang kena tinggal tepi jalan pulak! Berita tu plak mesti pasal PTPTN..aduhh...


Sekarang ni hangat sangat isu tentang pemanduhan PTPTN, sampai semua remaja tak kisah dah tentang gossip artis, sampai tentang berita Rita rudaini bercerai dan Khairul che Fahmi putus cinta pun tenggelam dek isu PTPTN ni...memang hebat! Syabbas Beti...Syabbas!...
Tentang PTPTN, ramai pelajar dan bekas pelajar menyokong pemansuhan PTPTN.. pada pendapat kita, yer, memang betul, PTPTN ada interest yang tinggi, kalau tak silap, 3% kan dan juga kos pentadbiran....tapi kan PTPTN ada buat pertukaran ke PTPTN ujrah, so, kena la usaha sikit nak isi borang semula, sediakan dokumen2 semula macam mula2 ambik PTPTN dulu, susah sikit, apa salahnya, asalkan dapat penurunan kadar 3% tu menjadi 1%....(sapa yg tak wat, rugi looo)


Sekali lagi saja nak cakap, PTPTN ni adalah pinjaman wang untuk melanjutkan pelajaran sampai peringkat yang kita nak, kalau tak ada degree sekarang ni, nak wat pinjaman perumahan, pinjaman bank pun susah sekarang ni, tentang Interest PTPTN kisah sangat! Tapi interest pinjaman2 bank untuk bayar kereta, bayar rumah, sekarang ni tak kisah plak? Hehe...Ingatlah asal usul kita, tanpa PTPTN ni, kita bleh ker dapat degree macam sekarang ni? (kita pun mengingatkan diri kita sendiri)

Biasala, kalau namanya pinjaman, maksudnya kita kena bayar balik, soal pemansuhan tu jatuh nombor dua, kita kena sedar kita dah berhutang, so, “HUTANG” apa jadi pun mesti kena bayar...even kalau dah mati pun tetap kena bayar hutang tapi minta tolongla  pada yang masih hidup untuk jelaskannya..takkanla nak bangun jadi hantu pergi bayar PTPTN tu..nanti lari pulak2 staff2 kat PTPTN tu...rasanya, kalau dah mati, pinjaman PTPTN tu akan terbatal kan? Keluarga tak payah tanggung kan? Yer ker? Kita pun tak berapa pasti tentang hal ni... Bi Yan Ne! (^^)Y, tapi kalau betul tak payah bayar bila dah mati, baguslah, sapa2 yang tak nak bayar PTPTN tu bleh la guna cara ni..(ayat kurang hajo!), tapi harap jangan la bunuh diri, sebab nanti tak cium bau syurga taw!, ingat kita semua ada agama...

semua orang  dulu time pinjam duit dengan PTPTN, lupa ke yang PTPTN ni adalah satu “PINJAMAN”, dah terang-terangan kan? So, kenapa pinjam jugak kalau taw susah nak bayar? Sebab kalau tak pinjam, tak dapat belajar masuk universiti kan? Hmm..sebenarnya, banyak cara lain lagi nak halang daripada hutang PTPTN, pinjaman MARA ada, yayasan negeri, biasiswa JPA, biasiswa Persekutuan, kalau nak sangat pinjam PTPTN tapi tak nak bayar, kena dapatkan ijazah kelas pertama...bleh jer tukar PTPTN tu kepada biasiswa..



Ada yang gelar PTPTN ni ialah PTPTIPU, tapi rasa susah jugak nak gelar macam tu sebab time kita pinjam duit PTPTN, kita dah disediakan dengan dokumen perjanjian, kita jer yang main tandatangan jer dokumen tu tanpa baca, so, mana bleh marah lepas dah buat keputusan kan? Kita kena muhasabah diri dulu..maybe salah tu ada di pihak kita jugak, tak bleh nak salahkan pihak lain...

Bukan kita cakap tak boleh mansuhkan PTPTN, Cuma jangan terlalu mendadak kerana kepentingan diri sendiri yang tak nak bayar PTPTN, cuba bincang betul2, cari jalan penyelesaian yang terbaik, sebab PTPTN ni pun dah banyak berjasa pada kita khususnya anak2 melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi......kalau tak, setiap kali nak masuk universiti jer, keluarga kena jual tanah, jual barang2 kemas untuk tampung belanja anak2 ke Universiti, kan susah tu?


Tabung simpanan nasional tu rasanya pilihan yang agak baik jugak, nak halang dari berhutang, sejak anak tu lahir, ibu bapa dah kena menyimpan, menabung duit tu sikit demi sedikit, nanti lama2 jadi bukit...... tak apala, harap isu PTPTN ni dapat diselesaikan dengan baik, bukan sebab hanya nak meraih undi, nak menang politik, tapi pikirkan la tentang kebajikan untuk semua...tahu PTPTN ni banyak masalahnya, tapi banyak jugak jasanya....apa2 keputusan biarlah dicapai dengan sepakat...
Semoga Malaysia terus aman sejahtera...Amin!

Itu Album Setem Abang Kita!


Assalammualaikum, Tak Sangka, rupa-rupanya ada jugak generasi muda yg masih suka kumpul setem, Mr H, memang tak disangka! Suka..suka..suka...Kita suka kumpul setem, tapi bukan kita yang start dulu..abang kita, Piji yang start dulu...Cuma kita jer yang “AMBIL” hobi tu daripada dia...

Kita ada lima adik beradik, 2 perempuan, 1 laki, 2 perempuan, abang kita ditengah2.. nama adik beradik perempuan bermula huruf “F” sebab ikut nama mak, dan abang kita mula huruf “H” ikut nama abah. Unik kan? Kuat betul cinta mak abah, sampai nama anak pun mereka plan sama2...kita pun nak macam tu la!

Abang kita, kita sayang abang kita tapi banyak la hal yang tak baik yang kita dah buat pada dia dari kecil sampai besar...beza umur kami 5 tahun, dulu time sekolah ampang rendah, waktu kita darjah 1 , abang kita darjah 5, kita pernah sepak abang kita, sebagai balasan, abang kitra buli kita dengan tarik beg kita dan baling jauh2. Dia tak salah, kita yang sepak dia dulu, tapi tiba2 guru disiplin, Cikgu Rahim nampak kami bergaduh, dia tak taw yg kami ni adik beradik, dia ingat abang kita buli budak perempuan, akhirnya dia kena cubit kat perut. Sedih kan, sebab kita abang kita kena denda macam tu...

Kat rumah kami ada 3 bilik jer, kami kan ada 7 orang semuanya termasuk mak abah, jadi kami selalu berebut bilik, atin slalu rampas bilik abang atin, BUKU SETEM dia, basikal mountain dia...semua atin amik, basikal tua dia, senapang putik terung atin ambik jugak, gegelung getah lastik cicak, seluar dia, baju2 dia..tapi dia tak marah pun...kadang2 jer marah, tu pun kejap2...bukan marah berpanjangan..




time sekolah ampang menengah, kita form 1, dia form 5, kelas dia kat tingkat 4 dan kelas kita kat tingkat 3, tingkat bertentangan, so dia bleh tengok kita dari atas..ada satu hari tu, time dia tengok kita, kawan2 dia mula2 tak taw kita ni adik dia, kawan dia ingat abang kita usya awek! Sekali abang kita jerit kuat2 kat kawan dia “Dia adik aku la bodoh!”, sejak hari tu, kita digelar “Adik Man” dek tempias gelaran “Man” yang abang kita dapat sebab mereka suka tengok kita yang muka sama jer macam abang kita Cuma yang lainnya kita perempuan dan pakai tudung..hehehe (^_^)

Sekarang ni, kita harap sangat dapat balas semula kebaikan yang abang kita wat untuk kita, mak kita pun cakap yang abang kita ni anak yang terbaik sebab dia tak pernah nak susahkan mak dan abah, lepas SPM, dia masuk kolej jap, mak senang hati bila anaknya mahu belajar, dan lepas beberapa bulan, dia dipanggil masuk tentera udara, lepas training, terus kejer tentera udara di subang, time kawin pun tak susahkan mak sangat sebab dia dah kumpul duit, dia jugak selalu nasihatkan kami agar bersabar dengan mak dan abah sebab mak abah pun dah banyak sabar dengan karenah kami, mak abah bising2 selalu sebab mereka sayangkan kami....sebagai balasan yang baik untuknya, Allah anugerahkan dia seorang isteri yang selalu menyenangkan dia dan seorang anak perempuan yang sangat sangat comel di dunia! Semoga abang kita dan keluarganya mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat wat selama-lamanya kerana dia Abangku yang terbaik! Harap sangat semua orang dapat abang yang baik seperti dia! Amin.....ya rabbul a’lamin..


Wasiat Mati ketika hidup



Assalammualaikum,
Pertama sekali kita sgt bersyukur ke pada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, dapat lagi kita bernafas sehingga ke hari ini…. Walau apa pun yang telah melanda diri ini, ujian demi ujian, sehingga rasa diri ini tak daya lagi, tapi kita tetap kena bersyukur kerana kita masih ‘HIDUP’….

Kadangkala, ketika ‘HIDUP’ ni la kita banyak main, leka, lalai, kata orang Perak, “Ingka”!...tak sedar diri…dulu, diri ini sangat suka shopping, enjoy sana sini, emak ayah bagi kereta suruh belajar elok2, tapi kita suka nak enjoy jer..macam la dah hidup lama sangat! Tak ingat langsung tentang ‘MATI’



Pada 6 September 2011, hari jadi kita, time tu baru lepas hari Raya Aidilfitri, kita dah ada di Jertih, Terengganu, tinggal dengan mak Saudara, Makwan…dia sangat baik! Dari kecil dia jaga kita sampaila sekarang..tapi sayangnya, dia menderita masalah kesihatan yang serius, kita bawak kereta dengan makwan menghala ke Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan, makwan ada appointment dengan doktor, time tu lebih kurang pukul 10 pagi..jalan sangat lengang, tak banyak kereta, ada satu jer kereta Wira Biru lembab kat depan kereta viva kita, kita nak memotong sebab line bertentangan takder kereta langsung, TIBA-TIBA…….&#!^$%@%.. itulah hadiah hari jadi yang terburuk dalam hidup kita…



Lama jugak Kenangan buruk itu telah menghantui diri ini! Hilang semangat dan keyakinan diri tetapi Alhamdulillah tetap boleh berdiri lagi. Walaupun tak bermaya, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan, jika duduk termenung mengenang kisah lalu, takkan berhasil apa2 langsung..! Kini, da 7 Bulan berlalu dan tak disangka, kita berjaya mengharungi semuanya dengan baik, Alhamdulillah, tetapi enjoy semula!! Tak insaf2…..
Pada 23 Februari 2012, semuanya berubah…kita seperti sedikit demi sedikit mendapat sinar baru sehinggalah ke hari ni…pada hari sabtu yang lalu, Mr H telah nasihatkan supaya buat wasiat sebab ramai yang mati secara tiba2 tak sempat buat wasiat dan harta yang ada tergantung begitu sahaja, takder sapa nak tuntut…tiba2 hati ni terpikir tentang “MATI”…


Dah “MATI” pun kena wat kejer lagi!! Mestila! kena wariskan semua harta dan meninggalkan pesanan2 penting kepada yang masih hidup…. Contohnya, Laptop, Handphone, Baju2, duit dalam ASB, Bank, Dompet, Buku2, alat2 tulis, printer, kotak kerongsang kesayangan, kucing, bilik, akaun Facebook, Twitter, Blog2, Cimbclick, email yahoo, Gmail aiisssshh! Banyak rupanya, tapi time hidup rasa macam takder ape2 harta pun, tapi bila buat wasiat, baru sedar betapa banyaknya harta kita walaupun kita tak kejer lagi…kalau dah kejer, confirm lagi banyak dan lagi pening nak membahagikannya…..

Waktu tulis wasiat tu, kelakar pun ada sebab macam tak sangka kita tulis wasiat…ayat2 wasiat yang kita tulis pun macam kita tak sangka kita yang tulis… tak sangka….tak sangka!!!!! Wasiatkan harta kepada mak ayah, adik beradik, anak2 saudara, kepada yang tersayang…rasa diri ini semakin jauh dari mereka dan semakin menghampiri “MATI”…rasa sekejap jer hidup ni..sedih tiba2 menjelma…seakan2 harta dunia tidak lagi ada harganya, yang penting diri sendiri dan orang2 yang kita sayang….MasyaAllah! baru sedor!



Kata Kata khianat yang termaafkan..

Assalammualaikum…
Kita teringat…ada satu hari tu, dalam kelas seminar, kelas yg paling relaks dan enjoy, kita la presiden seminar..terima kasih sangat kepada semua kawan2 yang telah menjayakan seminar…. (^_^)y

Sambung citer, hari kelas tu, cikgu (lecturer) adakan “game”. Setiap kumpulan akan dipanggil ke depan dan kumpulan itu akan disuruh buat apa2 sahaja yang kumpulan lain nak…ada yang disuruh menari, menyayi, berlakon dan jawab soalan2 yang lucu2..
Kemudian, sampaila kepada giliran kumpulan kita, setiap orang disuruh menjawab soalan tentang percintaan….semua orang cakap ada pakwe, ada yg takda tapi harapkan ada…sampai giliran kita, kita jawab “My Love is only for my Husband”.. bersorak satu kelas…!! Kelakar pun ada..tapi pernyataan itu sangat penting bagi kita pada mulanya yang tidak pernah merasakan perasaan yang orang lain dah rasa iaitu “Love”…tapi akhirnya kita telah mengkhianati kata2 kita sendiri..

Duduk kat umah sewa…hati ini sangat cemburu melihat kawan2 semua dah berteman…ada orang hantar ambil pergi kelas, pergi keluar makan, karaoke, tolong hantar ambil barang, jumpa keluarga, tolong2 kenduri sama2, jogging sama2… tiba2 rasa rendah diri menyelubungi diri..nak lupakan semua tu, sibukkan diri adalah pilihan yang terbaik….kita tak payah nak ingat semua hal tu kerana akan sampai jua masa kita…(kata2 memujuk hati la konon)

Time cuti semester 4 bulan, semua pelajar kos makanan sibuk wat FYP..kita pun sama la..tapi time cuti sem takder duit blanja, mak ada bagi duit tapi sebagai seorang pelajar yang mempunyai kereta, kena pikir duit minyak lagi selain duit makan dan sewa umah, duit nak enjoy lagi, duit nak wat FYP lagi, adoi..pening broo! Semua ni telah diselesaikan dengan dapat kejer part time di Restoran yang agak terkemuka kat Gong Badak Kuala Ganu..Alhamdulillah…Sehari dapatla RM30..Cukup lepas duit makan, enjoy dan minyak, duit yang mak bagi, reserve untuk bayar sewa umah dan FYP



Seronok sangat kejer kat restoran tu, kita dijaga oleh tawkey dan pekerja2 restoran tu macam adik beradik…makan sama2, kerja sama2, main kad sama2, gua da belajar main daun terup woo..hehe (Taiko sekejap)…tapi kejer tetap kejer… balik pukul 2 pagi, pukul 8 masuk lab, balik kol 4 ptg, kejer kol 5.30 ptg, wah! Memang mencabar dan letih tapi hati ni sangat happy…sangat happy…happy! Happy jer~!

Kat restoran tu ada seorang pekerja yang agak baru kot, tak pernah nampak la sebab kita slalu gak kejer kat restoran tu time semester 3-5..rupanya dia baru kejer kat situ, baru 3 bulan, dia ni abang seorang tukang masak restoran tu…ntah la apa masalah dia, slalu berebut customer dengan kita! Geram woo! Last2, kita malas nak berebut, kita biar jer dia, agaknya dia anggap kita tak pandai kejer sedangkan dia tak taw yg kita pernah kejer kat situ! Tapi lama kelamaan kami dah serasi la..Tawkey sayang kita, tak bagi kita kejer berat2 dibelakang tabir, dia nak kita comel2 jer amik order dan hantar makanan sebab kita ni peramah! Pelaris la katakan..kui kui kui kui kui…(ayat penipu)

Ada satu hari ni, restoran lengang, kurang org, so kami bleh la lepak2 skit, time tu pun dan nak tutup kedai da, duduk kat tempat wat air tu, datangla pekerja yang slalu berebut dengan kita tu, dia duduk dengan kita, sembang2, jadi happy plak, sekali rasa sangat serasi sampaila dia ajak keluar, itulah kedua kali laki ajak kuar, hati ni sangat seronok tapi kita tolak..so, kami kejer mcm biasa jer tiap2 hari..hati ni happy..happy happy..kejer sambil tersenyum..bila da happy, kita pun couple sama2..baru taw, best sangat couple tapi tak seindah yg disangka bila datang cabaran sebenar…Seperti yang semua tahu, hubungan “Couple” yang melanggar perintah Allah selalu tak berkat dan tak berpanjangan…hubungan kita ditentang oleh ibu bapa, susah sangat nak wat keputusan…

Akhirnya kata ibu bapa lebih diutamakan, Hati ni sangat sedih, kecewa, tak bermaya, marah, geram, berharap agar semua jadi normal semula tapi tak….


Alhamdulillah, tak disangka2, keputusan yang dibuat walaupun sangat pedih ditoreh2 berakhir dengan kegembiraan berganda2 dari apa yang dirasakan time “Couple” dulu… kita taw kita dah khianat kata2 kita tapi kita bersyukur Allah bagi kita peluang untuk kita memperbaiki diri kita ni dan hubungan kita sekarang...apa kegembiraan berganda2 yang kita dapat?? Biarlah ia menjadi rahsia kita, Allah dan beberapa orang yang tertentu sahaja…(^__^)..Syukur sangat, harap semua orang akan jadi lebih baik dari kita…kita doakan semua orang lebih bahagia di dunia dan akhirat….!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...