RSS

Kata Kata khianat yang termaafkan..

Assalammualaikum…
Kita teringat…ada satu hari tu, dalam kelas seminar, kelas yg paling relaks dan enjoy, kita la presiden seminar..terima kasih sangat kepada semua kawan2 yang telah menjayakan seminar…. (^_^)y

Sambung citer, hari kelas tu, cikgu (lecturer) adakan “game”. Setiap kumpulan akan dipanggil ke depan dan kumpulan itu akan disuruh buat apa2 sahaja yang kumpulan lain nak…ada yang disuruh menari, menyayi, berlakon dan jawab soalan2 yang lucu2..
Kemudian, sampaila kepada giliran kumpulan kita, setiap orang disuruh menjawab soalan tentang percintaan….semua orang cakap ada pakwe, ada yg takda tapi harapkan ada…sampai giliran kita, kita jawab “My Love is only for my Husband”.. bersorak satu kelas…!! Kelakar pun ada..tapi pernyataan itu sangat penting bagi kita pada mulanya yang tidak pernah merasakan perasaan yang orang lain dah rasa iaitu “Love”…tapi akhirnya kita telah mengkhianati kata2 kita sendiri..

Duduk kat umah sewa…hati ini sangat cemburu melihat kawan2 semua dah berteman…ada orang hantar ambil pergi kelas, pergi keluar makan, karaoke, tolong hantar ambil barang, jumpa keluarga, tolong2 kenduri sama2, jogging sama2… tiba2 rasa rendah diri menyelubungi diri..nak lupakan semua tu, sibukkan diri adalah pilihan yang terbaik….kita tak payah nak ingat semua hal tu kerana akan sampai jua masa kita…(kata2 memujuk hati la konon)

Time cuti semester 4 bulan, semua pelajar kos makanan sibuk wat FYP..kita pun sama la..tapi time cuti sem takder duit blanja, mak ada bagi duit tapi sebagai seorang pelajar yang mempunyai kereta, kena pikir duit minyak lagi selain duit makan dan sewa umah, duit nak enjoy lagi, duit nak wat FYP lagi, adoi..pening broo! Semua ni telah diselesaikan dengan dapat kejer part time di Restoran yang agak terkemuka kat Gong Badak Kuala Ganu..Alhamdulillah…Sehari dapatla RM30..Cukup lepas duit makan, enjoy dan minyak, duit yang mak bagi, reserve untuk bayar sewa umah dan FYP



Seronok sangat kejer kat restoran tu, kita dijaga oleh tawkey dan pekerja2 restoran tu macam adik beradik…makan sama2, kerja sama2, main kad sama2, gua da belajar main daun terup woo..hehe (Taiko sekejap)…tapi kejer tetap kejer… balik pukul 2 pagi, pukul 8 masuk lab, balik kol 4 ptg, kejer kol 5.30 ptg, wah! Memang mencabar dan letih tapi hati ni sangat happy…sangat happy…happy! Happy jer~!

Kat restoran tu ada seorang pekerja yang agak baru kot, tak pernah nampak la sebab kita slalu gak kejer kat restoran tu time semester 3-5..rupanya dia baru kejer kat situ, baru 3 bulan, dia ni abang seorang tukang masak restoran tu…ntah la apa masalah dia, slalu berebut customer dengan kita! Geram woo! Last2, kita malas nak berebut, kita biar jer dia, agaknya dia anggap kita tak pandai kejer sedangkan dia tak taw yg kita pernah kejer kat situ! Tapi lama kelamaan kami dah serasi la..Tawkey sayang kita, tak bagi kita kejer berat2 dibelakang tabir, dia nak kita comel2 jer amik order dan hantar makanan sebab kita ni peramah! Pelaris la katakan..kui kui kui kui kui…(ayat penipu)

Ada satu hari ni, restoran lengang, kurang org, so kami bleh la lepak2 skit, time tu pun dan nak tutup kedai da, duduk kat tempat wat air tu, datangla pekerja yang slalu berebut dengan kita tu, dia duduk dengan kita, sembang2, jadi happy plak, sekali rasa sangat serasi sampaila dia ajak keluar, itulah kedua kali laki ajak kuar, hati ni sangat seronok tapi kita tolak..so, kami kejer mcm biasa jer tiap2 hari..hati ni happy..happy happy..kejer sambil tersenyum..bila da happy, kita pun couple sama2..baru taw, best sangat couple tapi tak seindah yg disangka bila datang cabaran sebenar…Seperti yang semua tahu, hubungan “Couple” yang melanggar perintah Allah selalu tak berkat dan tak berpanjangan…hubungan kita ditentang oleh ibu bapa, susah sangat nak wat keputusan…

Akhirnya kata ibu bapa lebih diutamakan, Hati ni sangat sedih, kecewa, tak bermaya, marah, geram, berharap agar semua jadi normal semula tapi tak….


Alhamdulillah, tak disangka2, keputusan yang dibuat walaupun sangat pedih ditoreh2 berakhir dengan kegembiraan berganda2 dari apa yang dirasakan time “Couple” dulu… kita taw kita dah khianat kata2 kita tapi kita bersyukur Allah bagi kita peluang untuk kita memperbaiki diri kita ni dan hubungan kita sekarang...apa kegembiraan berganda2 yang kita dapat?? Biarlah ia menjadi rahsia kita, Allah dan beberapa orang yang tertentu sahaja…(^__^)..Syukur sangat, harap semua orang akan jadi lebih baik dari kita…kita doakan semua orang lebih bahagia di dunia dan akhirat….!! 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...