Keletihan mengedit blog... |
Yeay! Benda Dah Baru Broo..
Lupakanla Kami Tsunami…
Assalammualaikum…
Kita peminat subjek Geografi dari form 1..tentang Tsunami tu da lama kita taw.. Rancangan National Geografi….Rancangan kesukaan..pernah tengok macam mana ombak Tsunami kejar orang2 putih yang duk terbaring kat pantai berjemur…
Tapi dah lama da tak ingat tentang Tsunami….sampaila tiba satu insiden Tsunami yang besar melanda Acheh 26 Disember 2004..Hati ini fobia melihat pantai dan laut..Kejadian yg sepatutnya selalu berlaku di luar Negara kini berlaku di Malaysia dek tempias dari Indonesia…
Lepas kejadian tu, kita beli CD Tsunami Acheh, Tengok video2 tsunami yang ada kat internet…berkali2..kali..kali…ketakutan di hati ni tak dapat nak bendung..even mimpi tsunami pun selalu..kalau org ajak ke pantai, tak nak pegi da sebab takut..asyik terbayang jer walaupun kejadian tu tak pernah berlaku di depan mata..melihat gambar2, membaca tentang pengalaman orang yang mengalami kejadian tsunami..kehilangan keluarga, tempat tinggal..kawan2, haiwan peliharaan, pekerjaan, tak ada apa dah.. jadi zero.. kita tak dapat nak bayangkan diri kita di tempat mereka…mungkin kita tak tahan dan jadi gila..
Allah nak bantu kita ilangkan fobia kita..kita dapat PLKN kat Kem Ayer Tawar, Lumut, betul2 tepi laut…seminggu yang pertama slau gak menangis..sebab takut..tapi lama kelamaan dah ok…siap jadi pengemudi rakit yang paling popular di kem….menjadi juara sukan air di kem…dan juga wakil kem untuk bertanding dengan kem2 seluruh Malaysia..tetapi hanya berpuas ati menang tempat kedua dalam Seluruh Perak sahaja…
Semasa dalam PLKN, dapat Tawaran Diploma Sains di Sabah..woo..menggeletar badan ni bila mak call dan bgtaw hal ni..kepala tak dapat pikir, jauh tu, over the sea, tapi akhirnya menolak…kita belum bersedia untuk pergi jauh..
Selepas PLKN, rehat dua hari jer, kemudian masuk blaja Form 6, lepas selepas lulus STPM, memohon U, kena reject, tapi Alhamdulillah dapat UMT kat Ganu, ambilan kedua, betul2 tepi laut..Allah nak tolong kuatkan lagi perasan kita terhadap laut..dia hantar kita ke Ganu plak…tiap2 minggu pergi ke laut time di UMT, hati ni semakin lama semakin tenang di samping mendapat kawan2 yang best kat UMT..
Tapi, kemudian, Tsunami jadi lagi di Jepun, hati ni sedih semula…selalu ambik tau hal2 tsunami yang jadi tu..download video2 tsunami jepun di youtube, lihat gambar..semuanya menakutkan..even air di Pantai batu buruk pun naik hingga ke pagar Hospital akibat dari tsunami jepun tu..mengapa jadi lagi wahai tsunami..ingatkan tsunami dah lupakan kita semua..fobia datang kembali…tapi masih berani bertentang mata dengan laut…hati selalu berdoa kepada Allah agar laut tenang selama2nya..Alhamdulillah…Jepun yang kena Tsunami tu dah pulih…Acheh pun da elok..
Semalam, 11 April 2012, dunia terkejut lagi dengan amaran tsunami yang dikeluarkan sekitar lautan hindi akibat gempa bumi kuat di acheh..luka Acheh baru nak baik, tertoreh lagi…harap semua orang di Acheh sentiasa tabah melaluinya…
Hati ini risau pula pada keluarga yang duduk di pantai barat dan sekitar selat Melaka dan juga pulau2…Alhamdulillah dengar cerita amaran tsunami telah ditarik semula..hati ni tak keruan..sedih..harap jangan ada semua ini lagi…betul2 tak dapat bayang bagaimana diri ini kalau melalui ujian seperti mereka di luar sana…memang tak dapat bayangkan…
TAKUT ada..SUKA pun ada..atau TAK SUKA
Happy Princess
Assalammualaikum..saja nak citer...kenaper kita rasa macam princess jer dalam dua tiga hari ni..?? haaa....inilah citernyer...