RSS

Sakit anak2..sakit kita juga

Assalammualaikum
hari ni saja nak memgimbau kenangan sedih bila anak2 kita sakit. Sesungguhnya..sangat perit untuk melihat mereka sakit... dan kita selalu berharap sakit mereka tu berpindah pada kita kerana mereka masih kecil untuk merasa kesakitan..
Muhammad Al Fateh anak sulungku.. Namanya kami ambil sempena nama Sultan Muhammad Al Fateh..Satu satunya Raja yg juga Panglima perang yg berjaya menakluki kota Constatinapole yg sekarang ini dipanggil Istanbul. Aku melahirkannya tanggal 15 disember 2014 pukul 9.19 pagi (lewat 8 hari dari tarikh due date sebenar) dengan beratnya 3.95 kg secara C section sebab kepala baby besar dan aku tak mampu untuk melahirkannya secara normal..

Waktu mengandungkan Al Fateh.. Aku adalah seorang yg sangat happy, suka bersiar2 dan suka makan. Walaupun ada makanan yg aku tak suka makan..tapi aku tak pernah muntah atau sakit2 badan yg teruk..Cuma bila da sarat 8 bulan ke atas.. aku sakit dan cabut 2 batang gigi, susah tidur sebab rasa dada ketat dan mendapat gatal2 seluruh badan sehingga menggaru2 seperti beruk..hehe.. ada sekali aku demam panas tapi tak serius dan tak ganggu kandungan.

Aku ada bela kucing nama Bulus. Aku dan suami ambil dia dari sebuah keluarga di flat kampung melayu penang. Waktu ni aku  belum mengandung lagi.. Mak saudara aku tak setuju aku bela kucing sebab dia cakap kucing ni ada kuman yg boleh jadi penyebab perempuan tak boleh mengandung. Tapi aku tak percaya.. aku tetap nak bela.. Dia kucing yg baik dan bijak..berak kencing dekat bilik air..dia la yg teman aku sepanjang aku duduk sorang2 kat rumah bila suami aku pergi kerja. Bila aku balik Ipoh atau taiping..aku akan bawak bulus sekali.. tapi semakin bulus membesar.. aku kesiankan dia sebab hidup terkurung di rumah flat kami.. aku lepaskan dia bermain dekat Ipoh. Tapi sayang..umurnya tak panjang.. dia mati kena langgar kereta dan ditanam oleh abah aku di laman surau depan rumah aku duduk yg sekarang ni.. Walaupun bulus dah takder..bagi aku dia la kucing terbaik yg pernah aku bela..Tempat kubur dia pun dah jadi tapak menara telekomunikasi telefon.. Bulus dalam kenangan..

Ok..berbalik pada kisah anak sulung aku..Fateh adalah baby yg sangat comel. Kuat minum susu sampai putin aku sakit dan kadang2 berdarah la sebab dia gigit atau sedut kuat2. Dia jarang sakit.. walaupun kadang2 ada demam.. ia tak teruk dan akan sembuh dalam jangka masa yg pendek. Fateh sangat aktif. Waktu kecil mukanya garang..susahnya nak nampak dia senyum kecuali waktu dia tersenyum dalam tidur..tapi bila semakin membesar.. dia semakin ceria dan banyak senyum... hehe..Dia lambat berjalan.. umur setahun 5 bulan baru boleh berjalan dengan elok.. Dia juga lambat bercakap.. mulutnya riuh tapi perkataan yg disebutnya tak dapat dipahami. Sekarang umurnya dah 3 tahun dan dia masih Pelat. Banyak juga perkataan yg dia boleh sebut dengan jelas.. tapi bila buat ayat panjang..abis berterabur bunyinya.. Kadang2 geram juga bila kita tak dapat faham apa yang dia cuba sampaikan.. Dia sampai menangis2 nak kita fahami dia..Tapi kita tak faham langsung! Memang kesian..nak buat macam mana lagi? kami banyak beli buku dan mainan untuknya.. Dia bermain dengan baik sekali.. dapat bezakan warna dengan baik dan dapat bina bentuk mainan2 puzzle dengan sangat kreatif..
Appoinment 3 tahunnya pada 19 disember tahun ini. kalau Fateh masih pelat.. dia akan dirujuk kepada pakar kanak2 Hospital Ipoh. Kami juga perasan sesuatu iaitu semakin dia membesar.. semakin dia kerap demam. Sangat risau! Batuk..selsema.. makan pun kena bersuap..makan paksa.. walaupun dari kecil kami ajar dia minum air kosong banyak2 sampai belikan dia botol air yg mahal dan tahan lama.. ia masih tak dapat halang Fateh dari selalu demam. Kadang2 dalam setahun tu.. mesti ada 2 atau 3 kali dia demam atau tak sihat.. Ujian... kami da daftar dia untuk masuk tadika aiman 4 tahun.  macam manalah keadaan dia di tadika nanti. Dia masih pakai pampers dan minum susu botol perisa coklat Dutch lady saja. Harap akan ada perubahan yg lebih positif padanya bila dia mula bersekolah tadika nanti.. In syaa Allah Amin..

Pada tanggal 22 Ogos 2017.. Alhamdulillah aku melahirkan seorang lagi putera yg diberi nama Muhammad Al Faris sempena nama Salman Al Farisi, Salah seorang panglima Perang Khandak sahabat Nabi yg mencadangkan dan merealisasikan penggalian parit besar sebagai kubu perang bersama dengan Rasulullah S.A.W. dan tentera2 Islam yg lain. Faris lahir pukul 4.32 pagi secara Normal.. Aku adalah manusia yg paling2 stress di dunia ini sepanjang mengandungkan Faris..terlalu banyak ujian yg Allah bagi sampai aku rasa dah tak tahan dan Fobia mahu mengandung dan beranak lagi.. Trauma!! tapi dengan kuasa Allah yg Maha Mengasihi lg Maha Mengasihani.. Dia mengurniakan aku dengan anak yg sihat dan ceria.. Lepas aku bersalin kan dia.. aku penat sangat.. dan Alhamdulillah Allah mudah kan aku berehat dengan bagi anak aku tidur dan tak pernah meragam. Cuma kadang2 merengek sikit2 sebab lapar nak susu.  sepanjang aku duduk wad dengan baby Faris. Semua nurse dan nurse2 pelatih yg banyak uruskan Faris. Aku tak payah susah2 nak mandikan atau tukar lampin dia.. Kerja aku susukan dia saja. Sampai la aku da balik ke rumah.. Dia masih tak selalu meragam.. Alhamdulillah.. senang nyaaaa nak jaga baby ni. Faris pun selalu senyum dan senang betul ambil gambar dia tersenyum sampai nampak lesung pipit.. hehe
Semuanya bermula bila umur Faris 1 bulan. Aku pergi klinik untuk appointment Faris sebulan. Alhamdulillah aku dan dia sihat. Cuma doktor ada perasan yg bahagian Skrotum nya tak cukup sebelah. Doktor bagi masa 3 bulan untuk buah zakar Faris turun sendiri. Kejadian ni jarang terjadi pada bayi yg cukup bulan. Tapi Faris yg kena pulak.. takpela.. kita tunggu la.. in shaa Allah akan ada perubahan yg baik.. Amin.. Time ni aku pun da mula cucuk perancang sebab aku tak mahu mengandung lagi dalam masa terdekat ni sebab rasa kesakitan beranak yg dahsyat tu masih segar di ingatan..

kemudian waktu seminggu lagi sebelum Faris capai umur 2 bulan. Faris diserang demam Panas.. kami sekeluarga sangat risau sebab awal sangat dia demam. Jarang budak2 bawah 6 bulan demam panas. Takut sangat kalau Faris ada masalah kesihatan yg lain sehingga menyebabkan dia demam tinggi sampai 39 darjah. Dia duk mengerang jer waktu dia demam, Menjerit bila kena jerlum air dan menangis bila rasa tak selesa. Aku waktu tu baru abis pantang. Tapi masih sakit2 badan walaupun dah berurut dan luka bawah dah baik. Sekarang aku kena pula berjaga malam jaga Faris..aku tak cukup tidur.. semua ni buat emosi aku tak stabil dan anak sulung aku jadi tempat aku melepaskan stress walaupun kadang2 dia hanya buat kesilapan kecil. Aku tahu aku macam dah tak betul ni... aku cuba beristighfar dan bertenang.. sekarang aku dah boleh solat..so.. Aku semakin tenang dan hubungan aku dengan anak sulung semakin baik. Dia pun suka bermanja dengan aku macam dia jadi baby.  hehe..
Berbalik kepada cerita Faris demam. Bila suhu badan Faris lebih 39 darjah.. kami cepat2 bawa dia ke klinik dan dia diberikan ubat dulu untuk kebah demam. Doktor pun pesan suruh bagi susu banyak2 sebab air susu ibu ada antibodi dan boleh sejukkan badan baby. Tapi demam Faris tak kebah lama. Dia kembali demam. Kami bawak dia semula ke klinik yg sama dan dia dirujuk ke kecemasan Hospital Ipoh pula. 3 orang jururawat kena pegang Faris waktu ambil sampel darah sebab Faris menangis sambil menronta2 kuat! Setelah beberapa jam dekat kecemasan.. Doktor sahkan tiada jangkitan kuman dalam darah Faris. Alhamdulillah. Doktor Suruh teruskan makan sirap panadol dan balik ke rumah. Tapi kalau Faris demam lagi lepas esok.. doktor suruh kami terus pergi ke kecemasan dan Faris akan terus admit masuk ward. Alhamdulillah keesokan harinya.. demam Faris pun kebah.. kalau ada pun panas badan skit2 jer..tak sampai 38.5 darjah. Faris kuat lawan demam!!! Faris hebat!! Syukur pada Allah ❤
Sekarang.. Seminggu lagi Faris nak appoinment 3 bulan.. Faris sakit lagi.. dia batuk2 teruk dan selsema. Kami bawa dia ke sebuah klinik swasta dekat rumah kami sebab hari ni hari ahad. klinik lain tak buka. Ramainya budak2 yg batuk selsema juga dan Faris lah pesakit yg paling muda di situ. Adehh.. sedih.. Doktor cakap dada dan pernafasan Faris ketat macam kena Asthma. Jadi Faris kena treatment Sedut kahak dan hingus serta Nebulizer. Masa sedut kahak tu.. of course la Faris menangis kuat.. tapi masa kena Neb pulak... dia senyap dan nampak lega.

Alhamdulillah.. sekarang dia ambil ubat titik dalam hidung. Walaupun batuk dan selsema nya masih belum berkurang..dia nampak dah boleh tidur dan suka bersembang dan senyum bila terjaga. Faris tak banyak meragam walaupun dia sakit. Sedih kami tengok dia.. kami ada cuba bagi dia sedut wap bawang putih tapi dia tak suka..takpela..esok kami try lagi buat wap tu..semoga dia cepat sembuh dengan usaha2 dan doa kami dan juga dengan izin Allah.. Tak sanggup tengok dia sakit lama2. Dia kecil lagi. Tak patut rasa sakit macam tu. Tapi ini dah nasib dia.. Moga ada hikmah disebalik kejadian dan moga anak2 kami akan jadi lebih sihat dan kuat di masa akan datang. Amin..

Hari Khamis ni appointment Faris 3 bulan. Doktor mesti nak cek buah skrotumnya. Tapi aku da cek dulu. pelik betul.. aku nampak macam skrotumnya da turun tapi pada sebelah yg dah ada.. so.. sebelah kiri takder buah.. sebelah kanan ada 2 buah.  Adehhh.. garu kepala aku.. macam mana la boleh jadi macam tu.. takpe.  kita tunggu doktor nak cakap apa nanti. bahaya juga kes ni sebab selagi buah zakar tu tak normal..nanti Faris kena operation.. Adoiii.. kesian taw kalau kena operate.. dahla Faris kecil lagi.. aku yg dah besar ni pun sakit bila jari terkena pisau.. harap2 la moga ada keajaiban dan kesembuhan segera dari Allah.. tak sanggup tengok Faris atau Fateh sakit lagi..  😭😭 Harap sangat supaya jangan ada lagi orang sakit mahupun orang tu dah dewasa atau budak kecil.. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...