assalammualaikum,
sekarang sedang menulis pada pukul 9.35 malam. tapi menulis dalam wordpad sahaja,
bukan terus ke dalam draft blog...sebab line internet lembab sangat!
lepas siap menulis dalam wordpad, boleh terus cut and paste dalam blog dan terus publish...senang sikit!
hari ini diserang demam..tapi alhamdulillah, cepat kebah...
mungkin sebab ikut nasihat Doktor tercinta, Mr H.. dia suruh letak kain lembab di atas mata dan rehat...hehehe..Thank You my lovely doctor..
|
Thanks to my lovely Doctor Mr H..huhu.. |
hari ni hari terakhir berada di Kelantan...esok nak balik dah, rindu Ipoh..
Dulu waktu di UMT, suka sangat jumpa dengan Zam ala kazam sebab bila tengok muka dia, terubat rasa rindu pada rumah di Ipoh.. inilah jodoh, bertemu pula dengan Mr H.. sekarang ni, bila pandang muka Mr H pula, terbayang bandar Taiping kot...hehe..
Erm..masak nasi goreng sambal bilis malam ini, tapi termasak masin sikit..aduhai, kata orang, kalau masak masin2 ni, nak kahwin dah..bukan...sebenarnya aku baru saja beli garam, garam ni yang masin kuat sangat, mana tahu bubuh sedikit sahaja dah masin...lepas ni tobat dah tak mahu letak garam banyak2...takut nanti dapat darah tinggi pula... pantang masin2! kalau makanan manis lagi pantang! biasalah, pakar makanan kenalah jaga makanan...nanti dah kahwin, bukan kena jaga makanan sendiri sahaja, kena jaga makan suami, anak2 mak abah, mak ayah mentua, semuja orang lah!
lepas kenyang makan nasi goreng, tiba2, diri ini terasa mahu berkarya!
tengah main mesej dengan Mr H juga ni...teringat kenangan beberapa minggu yang lalu..
waktu tarikh 6 September 2012..iaitu tarikh hari jadiku..
sebelum ini, tarikh 6 september tidaklah begitu menggembirakan aku kerana banyak perkara yang agak menyedihkan telah berlaku..tetapi lain pula untuk tahun 2012 ini..
semua yang hitam bertukar putih,
yang suram bertukar seri...
waktu itu, lagi setengah jam nak pukul 12 tengah malam, aku rasa nak merajuk jer sebab tak ada siapa pun ucap birthday pada aku, aku sengaja hide birthday date aku dalam facebook, malas nak melayan komen birthday yang banyak... sendiri yang buat, sendiri tanggung la..hehe..
Mr H pun kata nak tidur dah, aku pun merajuk 2 minit dengan dia, 2 minit jer, tak boleh lama2..
ingat dia lupa birthday aku tapi rupanya tidak...memang dah lama dia ingat, dah siap bagi present lagi waktu bertemu dulu sebelum 6 september, dia bagi awal sebab takut susah nak jumpa dan tak sempat nak bagi present ni... alangkah gembiranya hati aku waktu itu..first time dapat present birthday dari dia..
tarikh 6 september 2012, pukul12 tengah malam, aku dapat mesej birthday dari Mr H, terharu sangat, dia dah tidur tapi dia setting mesej tu sampai pada aku dulu... dia memang pandai setting2 ni, aku saja yang tak tahu...aku pula waktu itu masih berada di Hospital USM jaga mak saudara tersayang.. mak, abang dan kakak2 aku semua ucap birthday pada aku hari itu, alhamdulillah mereka ingat...mereka pun bertuah setiap kali birthday aku sebab nombor2 telefon mereka berdaftar atas nama aku, jadi, mereka akan dapat call free hadiah birthday dari celcom dan maxis...
selepas itu, aku dapat mesej fesbuk dari Mr H dan Miss Farah ucap birthday.. best sangat! terharu...tak lama kemudian, dapat lagi mesej MMS bergambar dari Mr H.. gambar bersajak ucapan Selamat Hari Jadi..wah! istimewa tau! siapa2 yang tengok, mesti mereka cemburu dengan kita.. satu hari tu...dan hari2 seterusnya, malah sampailah sekarang...bila teringat sahaja tentang hari jadi, tersenyum sahaja...tersengih2 sorang2... macam orang gila pun ada.. terima kasih sangat kepada semua orang yang telah mengingati hari jadi aku... diri ini terasa sangat dihargai... Alhamdulillah... Syukur pada Allah....yeay!!!!
|
huhuhuhuhuhu... |