Bersyukurlah atas nikmat-Nya
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Sunday, September 16, 2012
Assalammmualaikum...
Aku masih ada di Kelantan sekarang ini..hampir sebulan aku di sini...dah pandai kecek Kelate sikit2..
hehe...walaupun Kelantan ini banyak kekurangan dari segi kemajuan dan kebersihan, tetapi, orang2 Kelantan sangat peramah dan suka mengambil berat tentang sesama sendiri...kadang2 terasa seperti di sini seperti rumah sendiri....aman dan tenteram....
semalam, aku menonton Filem Korea yang bertajuk "The 2 faces of my girlfriend", jalan ceritanya sangat menarik! lawak tetapi sedih pun ada juga.... ia mengisahkan seorang perempuan yang sangat cantik. Dia mempunyai seorang teman lelaki yang kacak!. Mereka berdua bekerja dalam bidang pengajian sains alam sekitar kot. Mereka dalam misi ke Benua Antartika untuk membuat kajian. Tetapi, malangnya, teman lelakinya mati ketika menyelamatkannya yang hampir mati juga kerana kesejukan terkena ribut salji. Perempuan itu tidak dapat menerima hakikat bahawa teman lelakinya sudah mati. dia kemudiannya mengalami penyakit psikologikal serius yang membuatkan dia mempunyai 2 personaliti di dalam dirinya iaitu seorang gadis baik dan seorang gadis kasar yang pandai berlawan. Semasa dia sakit, dia bertemu seorang lelaki baru dan bercinta dengannya. Kegembiraan yang dikecapinya setiap hari membuatkan dia semakin sembuh dari penyakit gilanya. tetapi, semakin dia sembuh, semakin dia lupa kepada lelaki baru ini. akhirnya, dia sudah sembuh sepenuhnya dan terus lupa ingatan tentang segala kehidupan semasa bersama lelaki baru itu. tetapi lelaki baru itu masih setia melihatnya dari jauh buat selama-lamanya. Sedih sangat.....
selepas melihat cerita ini, terlintas di dalam diriku satu persoalan. hmm...kenapa ada sesetengah manusia itu hidup senang jer, dan sesetengah lagi tidak?? ada sesetengah orang tu pula, kalau nak dapatkan apa2 di dalam dunia ini, dia kena berusaha keras tetapi ada sesetengah orang tu, tak perlu berusaha pun boleh dapat apa sahaja yang dikehendakinya?? kenapa yer? (soalan dari seorang Hamba Allah yg kurang bersyukur)
tambahan pula, beberapa hari yang lepas, tiba2 dapat panggilan dari emak di Ipoh. Emak bagitahu yang kawan saya telah bertunang. sepatutnya, aku bergembira dengan berita baik ini. tetapi tiba2 hati ini jadi hampa. inilah contohnya...kawan aku itu. sudahlah anak orang kaya, pandai, cantik, comel, rajin, baik, dah dapat kerja yang bagus, dah bertunang, nak kahwin pula tu... bagaikan semuanya dia ada.... dalam hati aku, kalau la dia tidak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang, aku rasa mahu jer belasah dia cukup2.. bunuh pun tak apa...
dari dulu, sehingga sekarang, aku tidak mudah dapatkan apa yang aku ada, semuanya kena berusaha sendiri. kalau nak dibandingkan aku dengan kawan aku itu, dalam semua hal, dia mesti lebih "advance" lagi dari diriku, sama sahaja dengan kawan2 yang lain. semuanya mesti mereka yang lebih! tak pernah aku yang lebih dulu!
so, semalam, aku bercerita hal ini kepada sepupuku. dia ini masih lagi belajar di tingkatan 5 tetapi fikirannya jauh lebih matang dari aku! malu sungguh diri ini. dia berkata kepadaku "kenapa kita nak bandingkan diri kita dengan yang lebih tinggi dari kita? buat sakit hati sahaja, baik kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kita! barulah senang hati kita". aku tersentak. sedih pula rasa dihati... ya lah! banyak lagi orang yang lebih rendah dari diriku... kenapa aku tak pikirkan mereka? kenapa aku suka memikirkan orang yang hidup senang sahaja? baik aku memikirkan orang yang hidup susah!
Sepupuku berkata lagi "kalaulah susah sangat nak fikir, cuba bandingkan diri kita yang ada tangan ni dengan orang yang tak ada tangan, kudung! siapa yang lebih baik??? cakap!" lagi lah aku tersentak! lagilah insaf diri ini...
Sepupuku menasihati aku lagi "ada orang yang dia senang sangat sekarang ni tapi tidak tentu dia terus senang sampai bila2, kita pula susah sekarang, tapi nanti kita pulak yang senang, time tu, dia pulak cemburu pada kita" aku senyap sahaja dengar dia bermadah...
ya, aku tersedar dari lamunan, dari dulu2, aku hidup suka membandig2kan. tapi kini, tidak lagi, Allah telah menyedarkanku melalui sepupuku..sepatutnya, apa sahaja yang aku ada, aku patut bersyukur kepada Allah..
aku ada tangan, tentu saja aku lebih baik dari yang tidak bertangan! ya! aku akan ingat sampai mati perkara ini... Ya Allah, Ampunkan aku. Aku sudah melupakan rahmat yang Kau berikan kepadaku...
aku tahu, Allah tidak akan mengubah nasib aku sekiranya aku tidak mengubahnya sendiri. Ada nasib2 dan takdir2 yang aku boleh ubah dengan usahaku dan doaku kepada Allah... ya..aku kena kuat... cuma aku berharap, walau apa pun yang terjadi kepadaku, aku mahu terus berada di jalan-Mu ya Allah...Amin..
0 comments:
Post a Comment