RSS

cerita minggu lepas

Assalammualaikum
arini ari jumaat.. aku terlambat bgun lagi sebabnya fateh banyak kali menyusu tgh mlm semalam. tambahan pula..aku terpaksa bangun pukul dua pagi bila Fateh menangis sebab tak jumpa botol airnya. dia suka minum air tengah2 malam. tapi semalam..aku tertinggal botol tu dalam kereta. Aku pun pi la buka pintu pepagi buta tu untuk ambil botol air fateh.. bila da dapat botol.. fateh minum dan tidur semula. Aku tahu Fateh Lapar sebelum tidur semalam. sebab tu dia kerap menyusu dengan aku. Dia ikut perangai aku tak nak makan banyak. aku tak nak makan sebab alahan. tapi fateh bukan paham pun. dia cuma meniru perlakuan aku je. dia sekarang bagaikan span yg menyerap maklumat perlakuan yg berlaku di sekeliling nya. klu baik kelakuan kita sebagai ibu bapa.. baiklah kelakuan nya juga.

semalam..lebih kurang pukul 10 pagi..Aku tiba2 dapat mesej dari kakak aku..cean. Dia cakap adik aku Nabilah masuk Wad sebab demam panas. Dia belum habis berpantang lagi. Sebab tu la demamnya dikira bahaya. Dengar cerita dia demam bengkak susu. kesian.. Aku dulu tak demam susu..cuma aku suka meradang bila putin aku sakit. Aku geram gak tapi nak buat macam mana? kena hadap juga sakit tu. klu tak..fateh asyik melalak je nak susu. Aku bersyukur kami tak perlu beli susu tepung untuk Fateh sebab susu aku banyakk!! Alhamdulillah.. cuma aku kena tahan derita sakit tetek dan putin la.. setiap hari.. setiap saat bila fateh menyusu. tu belum dia gigit putin aku lagi. Tapi bila dia gigit. Aku bagi tamparan skit padanya. takderla kuat... cukup sekadar nak mengajar.  kalau tak.. nanti dia gigit lagi.. jenuhhh!!!

Aku teringat.. Aku pernah ada benjolan susu di payudara sebelah kanan. Ia sangat jelas, tak sakit tapi menakutkan. dah la aku ni keturunan barah payudara. mak sedara dan sepupu sebelah ayah aku da 3 orang meninggal akibat kanser payudara ni. Aku sangat risau dan menyerah diri ke hospital besar ipoh. Nasib aku tak baik sebab Semua doktor yg cek aku doktor lelaki. aku kena scan dada dan buat 2 kali cucuk dada utk ambil sampel. Tapi time cucuk tu.. memang sakit..cuma sah la keluar cecair susu. memang pengalaman yang mengerikan la..

so semalam.. bila suami aku balik. Kami pun pi la jenguk adik aku di wad bersalin hospital batu gajah. Hospital ni bangunannya da lama tapi masih kuat. memang antik sangat pemandangan dalam bangunan wad adik aku. Macam bangunan zaman british dulu. penuh kesenian hasil kerja tangan orang dahulu yg jujur. Kalau shooting genre filem2 lama kat sini.. memang terbaiklah!! On da way balik ke rumah.. kami singgah di kelang kopitiam untuk beli ais kacang. sedap giler ais kacang jagungnya.. teringat aku waktu duduk di terengganu dulu.. selalu sangat makan ais kacang jagung parut di teluk ketapang sotong celup tepung. Rindunyaaaaa time tu...

ok.. berbalik kepada cerita ari jumaat..Lebih kurang pukul 12.30..suami aku balik mkn tghari. Aku bagitaw dia yang aku da buang kacang tanah yg dia goreng untuk aku. aku mngaku aku salah sebab tak tanya dia dulu. Mungkin mulut aku rasa tak sedap sebab alahan.. Bukan sebab kacang tu rosak. Selain aku rasa tak sedap... aku terbayang macam ada ulat dalam kacang tu sebab aku jumpa kacang yang belum bergoreng dah diserang ulat dan bubuk. aku harap suami aku paham.. kalau aku da terbayang macam tu.. aku memang tak boleh makan da kacang tu.

lepas pukul 3 petang.. Fateh asyik menangis sebab dia nak main mesin potong rambut. Untuk elakkan dia terus2san menangis..aku ajak dia pegi rumah mak abah. Sampai je sana...Aku tengok bilik belakang rumah mak abah cantik dan kemas macam bilik pengantin. Aku tanya kakak aku kot suaminya ada balik.. dia cakap mana ada la.. Mak weh.. mak sedara kami yg nak datang satu family sebab depa nak lawat Bilah..adik aku.. Pastu.. aku pun tolong la kakak aku vakum lantai dan cuci kipas. Kakak aku lap semua kipas yg dicuci dengan cecair softlan...untuk melambatkan proses perlekatan habuk katanya. Lepas makweh sampai.. kami bersalam2man.. tetiba Fateh pulak meragam sebab tak dapat main almari dapur. Puas aku pujuk tapi dia tak nak berhenti menangis.. aku pun bawa dia balik rumah.. nyusu dan tidurkan dia..
Kakak aku pergi ke hospital lagi untuk jenguk adik aku petang ni.. apa lagii.. aku pun pesan la ais kacang !!..huhuhu

Keesokan harinya.. ari sabtu.. kami terima panggilan seawal pukul 6.00 pagi. aku tak suka terima panggilan di tengah malam atau subuh hari sebab aku tahu.. mungkin ada berita kematian. Dan aku betul. Mak mertua aku call untuk bagitahu yg bapa mertua kakak ipar aku da meninggal di hospital Taiping akibat Kanser Usus. Arwah dapat tahu kanser ni lebih kurang 3 bulan lepas. Tapi da terlambat sebab kansernya da stage 4. Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang2 yg beriman. Amin..

lebih kurang pukul 9 pagi kami siap2 nak balik kampung. Surau depan rumah kami ada buat event ceramah tapi hanya untuk muslimat sahaja. selain ceramah.. mreka juga buat gerai2 jualan.. Suami aku suruh aku pi jenguk, pergi bersosial sikit dan "get a live" jalan2 kt situ.  Aku betul2 takder mood dan aku tak nak. suami aku paksa aku jugak. aku berkeras tak nak sebab aku takut mreka ada jual makanan.. nanti aku tak tahan baunya. Pastu.. kami pun bertolak dari ipoh ke kampung Sungai tinggi Trong Taiping. Kami terus ke kampung sebab kami tahu kami takkan sempat hadiri pengebumian arwah mertua kakak ipar. Alhamdulillah..Pukul 12.30 tengahari, kami selamat sampai kampung. Tak tahu kenapa badan ni rasa letih sangat dan mata rasa mengantuk. Aku nak sangat tidur tapi aku kena jaga Fateh. Aku menyusu kan Fateh dengan harapan dia akan tidur.. tapi sangkaan ku meleset. Fateh tak tidur pun.. Aku yang tidur. Dia duk buat sepah dalam bilik dan akhirnya suami aku terjaga dan dia plak jaga Fateh. Aku memang da tak larat da, sampai suami kejut suruh bangun sebab azan pun aku tak bangun. lepas tu Fateh berakkk!! nampaknya..aku kena bangun juga untuk basuh berak dia. Aku mandikan dia terus supaya dia rasa segar dan nak tidur.. tapi dia tetap tak tidur. adehhh.. apala nasib aku hari ni.. hari da pukul 3..aku cepat2 solat zohor sebelum waktunya habis.

lebih kurang pukul 5.. Family suami aku sampai kampung. mereka beli banyak makan..pecal..kuih muih..satay..nasi impit..mertabak.. banyakla!! tapi malang nya.. satu pun aku tak boleh makan dan bau makanan tu sangat menjengkelkan!!! Aku cepat2 solat asar..pakai tudung dan dukung Fateh bawak dia main di luar rumah. Aku bawak dia round2 kebun dan tengok budak2 kampung bermain.. lepas tu aku rasa perut aku sakit. Aku risau dan terus turunkan fateh. Wuishh!! nasib baik tak jadi apa2 pada kandungan aku.. Kami pun main menyapu pasir je di laman. Aku tak dukung fateh da lepas tu. Aku takut.. Waktu maghrib.. baru lah fateh tido.. aku pun mandi dan solat maghrib cepat sebelum Fateh terjaga.

Malam ni.. aku makan roti jem blue beri dan minum nestum oat. tu je makanan yg aku boleh telan walaupun tak brapa sedap. janji perut terisi.. kalau perut kosong.. lagi rasa nak muntah membuak2.. da tiba waktu tidur yang ku nantikan.. selalu bila balik kampung..aku dan fateh tidur di atas toto di lantai sebab nak elak fateh jatuh katil. tapi kali ni fateh plak yg minta nak tidur atas katil. takper.. we give him a try. Aku harap aku boleh control dia malam ni. Hehe. oklah.. sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...