Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad SAW;
- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
- Kalau anda sedang duduk, baringlah.
Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain!
Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; “Ada seorang
lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di
sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan
kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan
beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil
berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku
menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab; “Sesungguhnya malaikat
mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam tetapi ketika
engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku
tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah
akan memuliakan hambaNya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil
mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al-Khurdi pula berkata; Rasulullah ada bersabda;
“Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati
anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia
duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring.”
Abu Hurairah al-Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah
bersabda; “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar,
maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Wallahuallam…
Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;
Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;