|
Akulah Hang Tuah |
hai...assalammualaikum..miaw..miaw..
salam perkenalan.......
namaku tuah....Hang tuah...nama pahlawan melayu...rasa macam gagah kan?
aku adalah seekor kucing jantan..
aku ada 4 orang adik beradik, 2 jantan dan 2 betina dan aku anak adalah anak yang ketiga, kalau tak silaplah...tuan aku, Fatin yang cakap sebab dia yang tengok mak aku beranakkan aku dulu... entah2, dia silap tengok kot sebab warna badanku ini sama sahaja dengan warna badan adik beradikku yang lain.. tak mengapalah! lupakan saja... yang jelasnya, kami ini kembar empat sebab mak aku mengandungkan kami semua sekaligus... tak perlulah nak kena ada nombor2 giliran untuk keluar dari perut mak aku ini.. yang penting, aku dah pun ada di dunia ini...
ha...nama mak aku mama, nama bapak aku...ermmm...sampai sekarang aku tak tahu siapa bapa aku...
tapi aku ada seorang mak saudara, namanya memey... dia bukan dinamakan sempena nama Memey suhaiza yang rampas norman hakim dari Abby abadi tu yer!!! sorry sikit! sebelum memey muncul di dunia persada seni, mak saudara aku dah lahir dulu ....so! faham2 lah anda yer!..eh..emosional pulak.. yerlah, aku rindu pada mak saudaraku itu walaupun tak pernah bertemu...dia dah tak ada, dia dah meninggal akibat pendarahan yang teruk di dalam perut kerana keguguran anak di usia yang muda.... mak aku cakap, dia sangat cantik, bulunya lebat dan panjang2, tidak seperti bulu ibuku yang pendek2.. dia sangat comel dan disebabku itulah, walaupun umurnya baru beberapa bulan, dia sudah diminati oleh banyak kucing jantan yang lain.... dia ada menjalani hubungan sulit dengan seekor kucing jantan yang hebat dan akhirnya dia telah pun mengandung, tetapi, kandungannya tak kuat, akhirnya dia keguguran dan dia pun meninggal dunia, kuburnya ada di belakang surau Al-ihsaniah, di taman rapat damai, Ipoh...
|
sedih mengenangkan nasibku yang lalu |
so, asalnya aku ini dari keturunan mamaku dan juga mak saudaraku memey,
sebenarnya, mak dan mak saudaraku ini berasal dari Beruas, Perak, kampung jiran tuan aku...
nama jiran tuan aku ni ialah makcik Munah.. dia ni memang suka sangat pada kucing, rumahnya banyak kucing, dia ini peniaga Mee dan bihun sup di padar malam, memang sedap bihun supnya!! aku pun pernah rasa! apa?? salah ker kalau kucing makan mee??? tak salah kan? kucing pun bosan juga kalau asyik makan ikan dan daging sahaja! hehe.. ok, makcik munah ni sangat terkenal di kalangan kucing2 di situ disebabkan sifat pemurahnya yang suka bagi kucing makan secara percuma! antara makanan yang dia suka bagi ialah sisa2 ayam dan daging mentah. Sedap sangat!
Hmm..Kalau tak silap aku, waktu aku kecil dulu, aku gerun tengok muka salah seekor kucing makcik munah ini, nama kucing tu Doddy Al-Fayed, namanya diambil sempena nama kekasih Puteri Diana, Puteri Britain yang meninggal dalam kemalangan jalanraya beberapa tahun yang lalu, kalaulah anda masih ingat peristiwa ini... fuh!! warna badan Doddy ni sebijik macam warna kucing whiskas dalam iklan whiskas tu, mukanya samseng betul!!!! badannya gagah perkasa, setiap kali dia bergaduh di depan rumah tuan aku, dia mesti menang! dan aku pula, hanya mampu melihat dari tingkap sahaja, tak berani nak pergi dekat pun! takut nanti aku pun dibelasah sekali! mampus....! aku harap sangat nak jadi sasa dan gagah sepertinya.. ya!! dan sekarang, impian aku ini telah pun menjadi kenyataan! setelah beberapa tahun Doddy menguasai tempat di Taman rapat damai, kawasan perumahan tuan aku ini, dia tiba2 hilang tanpa dikesan! tidak tahu sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia... makcik munah sangat sedih dengan kehilangan Doddy, dia sangat rindu pada Doddy sampailah sekarang....haha! tetapi, aku pula sangat gembira dengan kehilangannya!! ini adalah keranaaaa........akulah yang telah menjadi Raja baru di Taman Rapat Damai sekarang!! hahahaaha... Akulah yang paling kuat!! dan tiada kucing2 lain lagi yang berani mendekati aku! hahahaha...
untuk pengetahuan kamu semua, semua kucing yang mahu memasuki kawasan aku harus melapor diri dulu kepadaku, kalau tidak!! mereka akan merana! hahahahaha...oppss...sorry..terlebih sudah...
|
Kucing yang masuk kena melaporkan diri terlebih dahulu |
oklah, berbalik kepada kisah aku waktu dulu2...
jiran tuan aku, makcik munah yang telah bagi mak dan mak saudaraku kepada tuan aku, Fatin...
sebenarnya, waktu itu, Fatin masih dalam kesedihan dan kemurungan kerana kucing kesayangannya, Abu, mati dilanggar kereta...dengar cerita, itulah kucing yang paling comel yang pernah dibela olehnya.... tapi, dalam sekelip mata sahaja, Abu, ditarik pergi menemui Illahi.... sedih..sedih...
jadi, makcik munah harap dengan kucing baru yang dia bagi ini akan menggembirakan kembali Fatin seperti dulu.... Alhamdulillah, sejak itu, Fatin kembali ceria, hehe..tuan aku ini, memang suka pada kucing... tanpa kucing dalam hidupnya, aku rasa dia boleh jadi gila! AKU SAYANG PADANYA...
Tuan aku jaga mak dan mak saudaraku dengan penuh kasih sayang, makan minum mereka dijaga, kesihatan pun sama....bertuah mana2 kucing yang dapat Fatin ni sebagai tuan tau!! ya!! Akulah tuah! dan ku pun bertuah kerana dapat bertuankan Fatin..haha! alamak! dah banyak sangat puji fatin ni, kalau dia kembang nanti!! susah!
selepas kematian mak saudaraku, memey, fatin amat sedih sekali, tetapi dibuangnya kesedihan itu jauh2 kerana dia tahu, dia masih lagi ada mama...iaitu mak aku...
dia jaga mama betul2 kali ini, dia tak mahu mama mati macam memey... selepas beberapa bulan, mama dah dewasa dan dia tahu, mama berhak tentukan hidupnya sendiri.... dia tahu dia kena melepaskan mama untuk hidup lebih berdikari...alhamdulillah...hidup mama elok sahaja, tapi selepas beberapa bulan, mama telah berkenalan dengan seekor kucing jantan, Fatin faham keadaan mama dan membenarkan hubungan mama dan kucing jantan itu untuk pergi lebih jauh lagi... erm...musim mengawan dan sampai, mama dan teman lelakinya itu pun tidak ketinggalan untuk melibatkan diri.... setelah beberapa minggu, mama telah disahkan hamil.....fuh!!! fatin amat risau sekali, risau kalau2 mama akan mengalami keguguran anak dan mati seperti kakaknya, memey .....alhamdulillah, mama baik2 sahaja...tiada apa2 komplikasi buruk dari kandungan mama... Fatin amat bersyukur kepada Allah....
selepas 3 bulan, mama tiba2 mengadu sakit perut, dia tidak keruan, dia asyik membuat bising dah ikut Fatin ke hulu ke hilir, Akhirnya fatin faham kehendak mama dan cepat2 menyediakan kotak dibawah meja belajar di bilik belakang rumahnya. mama segera masuk ke dalam kotak itu dan mula meneran...berlinangan air mata mama walaupun mama senyap sahaja. tidak lama kemudian, keluar seekor anak kucing dari mama...wah!!! tompok2 hitam putih..sama seperti mama...diikuti dengan 3 ekor lagi anak kucing yang bewarna sama... istimewa sangat peristiwa sebegini, kalau ada kamera, mahu saja tuan aku ini merakamkan saat mak aku beranakkan aku.... tapi waktu itu, Fatin masih belum mampu membeli telefon berjenama yang ada kamera seperti sekarang ini, handphone nokia 3310 tu sahaja yang ada..
seperti yang aku cakap di permulaan perkenalan diri aku tadi, aku ada 4 orang adik beradik semuanya....
2 jantan dan dua betina... yang betina, nama mereka Tun Fatimah dan Tun Teja...
yang jantan diberi nama Hang Tuah dan hang jebat...
Fatin sangat gembira....sekarang dia dan ada banyak kucing, dia jaga mereka dengan penuh kasih sayang..
tetapi selepas berapa minggu, semua anak2 kucing mula membesar dan mula pandai merayau2 di dalam rumah, haha...itulah aku dan adik beradikku, kami sangat nakal dulu..macam2 projek kami buat, pecahkan jam, tarik2 benang kain, koyak2kan kertas, berak dan kencing merata2....akhirnya ayah fatin dah mula runsing dengan perangai kami dan meletakkan kami di luar rumah..haha..padan muka aku dan adik beradikku............ kami membesar di luar rumah bersama2, tak boleh dah masuk dalam rumah, mak aku saja yang boleh... mak aku pun tahu anak2 dia ni sangat nakal..dia pun tak kisah pun kalau kami ini duduk diluar...
pada suatu hari, ketika kami leka bermain di luar rumah, ada beberapa ekor kucing jantan suka menganggu kami, kami semua lari lintang pukang tetapi kakakku Tun teja sangat berani! dia cuba melwan semula kucing2 jahat itu, sampai terberak2 dia berlawan, bergelut dengan kucing2 besar itu, akhirnya dia telah diselamatkan oleh tuan aku..setelah beberapa hari..... tiba2 Tun teja hilang, Fatin amat sedih sekali... tapi dia masih kuatkan dirinya untuk menjaga kami yang lain.... setelah seminggu berlalu, tiba2 ada bau busuk seperti bangkai di bawah meja buruk depan rumah tuan aku...ayah tuan aku tak tahan dengan bau busuk itu, dia terus mengangkat meja buruk itu...alagkah terkejutnya ayah tuan aku melihat bangkai tun teja!!! tuan aku dengan perasaan sedih segera pergi menanam tun teja di kubur sebelah kubur mak saudaraku...di belakang surau...
setelah beberapa bulan, mak aku mengandung lagi..,.aku dan adik beradikku dah besar dan mak aku sudah tidak pedulikan aku lagi...kami masing2 buat hal sendiri sahaja..Fatin pula dapat tawaran belajar buat ijazah di Terengganu, tiada siapa lagi yang mahu menjaga kami...akhirnya, kami semua dibuang ke pasar Sungai Rokam....kecuali mak aku...ya..fatin sangat sayang mak aku, dia tidak sanggup nak buang mak aku..
tapi akhirnya, fatin terpaksa membuang mak aku jugak kerana mak aku meroyan sebelum nak beranak, jadi macam kucing gila, selepas beranak pula, dia dah mula cirit merata2...
kemudian, selepas 2 minggu aku dan adik beradikku dibuang ke pasar, masing2 memutuskan untuk hidup di haluan sendiri...kami dah tidak kenal antara satu sama lain, semua pun mahu berjuang untuk hidup sahaja...... ketika aku sedang sibuk meminta makan, menjerit2 sampai dah tak ada suara, aku terbau satu bau, ya! aku kenal bau itu, ini bau ayah tuan aku! ya! aku terus berlari ke arahnya dan alhamdulillah, dia masih kenal aku walaupun rupa aku sangat comot macam pengemis! ayah tuan aku bawa aku masuk kereta dan bawa aku balik semula ke rumah. bayangkanlah perasaan aku ketika itu, sedih, gembira, semuanya ada...hati ini sangat bersyukur padamu ya Allah..akhirnya, aku tahu, hidupku akan jadi lebih baik lagi selepas ini...
sesampai sahaja aku di rumah tuanku, ayah tuan aku bawa aku masuk dan aku terlihat tuan aku, fatin nampak sedih sahaja, aku dah tahu, tanpa kucing, hidupnya takkan ceria!!! aku dah cakap dah! faham sangat dengan tuan aku yang seorang ini...tetapi setelah dia lihat aku! dia terkejut! dia jerit! Tuahhh!!! aduh, sakit telinga aku, aku pun buat2 lah muka sedih! yerlah! dalam hati aku ini masih marah kepadanya, sanggup dia buang aku dulu! sampai hati dia buat aku macam sampah! tapi dia berkali2 minta maaf pada aku, peluk aku, bagi aku makan, mandikan aku, mula2 aku jual mahal jugak dengan dia, aku tahan diri aku dari bermanja-manja dengan dia, tapi aku sedar, akhirnya, aku tak tahan...aku rindu sangat padanya, ya...aku sudah memaafkannya....
sampai sekarang, hidup aku dengan fatin amat tenang...cuma aku kadang2 selalu berjauhan dengannya sebab dia masih lagi belajar di Terengganu, kadang2 sahaja dia balik untuk jenguk keluarganya dan aku... ayah fatin yang selalu jaga dan manjakan aku bila fatin balik terengganu..sekarang ni pula, ada Raihan, anak saudara Fatin, dia selalu buli aku, tetapi, kadang2 dia manja pulak dengan aku...alah!!!! budak2, tak apa lah...aku paham..kalau tidak..dah lama aku cakar gigit dia..hahaha... inilah kisah hidup aku... sekarang kalau tidak silap, umur aku sudah menjangkau 6 tahun... dah tua, muka aku pun dah menggerutu...tapi tetap kacak... ramai kucing2 betina gila pada aku, aku tak jual mahal...aku layan sahaja semuanya...sampai aku tak tahu berapa ramai anak yang aku ada, kadang2 anak aku pun aku tak kenal...tapi inilah salah satu tugas aku, meramaikan lagi kaum kucing di dunia ini...kucing2 jantan yang lain sangat cemburu dengan aku.... hidup aku mewah, bahagia, disayangi, dihormati..kuat, gagah, perkasa, ...inilah aku... Hang tuah!...bertuah hidup aku... alhamdulillah................
|
Aku Bertuah!!!! Yeeeaaahh!!!! |