Sepanjang belajar di Terengganu, sangat banyak tempat yang telah dilawati, antara tempat tempat itu ialah:
|
Taman di Terengganu Equestrian Resort |
Tamannya sangat cantik, ada taman tasik banyak, ada kolam renang juga dan boleh jer kalau nak mandi...tapi kena bayar la skit..setakat RM 4 kot..tak ingat sangat dah..sekarang ni dah lama tak pegi, lalu kat depan jer..
|
Taman di Riyaz-Heritage Resort |
Taman kat sini sangat2 cantik dan indah, berlatar belakangkan bangusnan tradisional yang unik dan menawan..sangat semulajadi, tenang, berhadapan dengan laut....harga bilik kat situ mahal..orang kaya jer mampu duduk tapi sangat berbaloi laaa..tahu tentang tempat ni sebab pernah berkesempatan untuk antar kawan time dia kejer kat sini...
|
Kampung Losong Haji su |
Kat kampung ni terkenal sangat dengan keropok lekor losong atau lebih dikenali sebagai kepok losong. sepanjang jalan besar di kampung tu jual kepok....semua pun bersaing cari rezeki yang sama..cuma pelanggan jer kena pandai pilih dan tawar menawar kat situ..
|
Masjid Putih Kuala Terengganu |
Masjid ni ada di tengah2 bandar terengganu, sangat terkenal terutamanya kepada orang yang sedang duduk kat stesen bas sebab orang akan singgah sembahyang kat situ sebelum naik bas..saya pun selalu buat macam tu, sebab tu tahu tentang masjid ni...masjid ni putih jer..suci bersih, di dalamnya pun sangat cantik...
|
Terengganu Trade Centre |
kat sini lah tempatnya selalu sangat orang akan buat expo....macam2 jenis expo yang ada...sangat terkenal dan selalu sesak...tapi best woo...banyak barang bleh beli tapi kita window shopping jer laaa....
|
Planeterium Kuala Terengganu |
tempat ni sangat2 best, kat dalamnya banyak permainan yang mencabar minda sains kita. dan juga banyak komputer touchscreen kat dalam tu yang kita bleh main...bila sampai satu masa iaitu pukul 9 pagi , 12 atau 3 petang akan ada satu tayangan wayang yang sangat best..korang akan duduk kat kerusi yang berbaring dan wayang tu akan berada di atas korang...sound effect yang sangat bagus...ala2 wayang 3D laaa...sangat unik..terasa macam di alam angkasa betul jer...bayaran RM 3 kalau tak silap la...tapi sangat2 berbaloi!
|
Giant Kuala Terengganu |
inilah pasaraya yang kedua tersesak di kuala Terengganu..
|
Mydin Mall Kuala Terengganu |
Pasaraya yang pertama yang tersesak sekali di kuala terengganu...sebab pasaraya yg besar ada 2 jer..mydin dan giant..ada gak yang kecil2 tapi kurang dikenali la skit..
|
Kampung Nelayan Tok Jembal |
kampung ni dekat dengan universiti malaysia terengganu...seronok tengok mereka bawak ikan banyak2 balik..kat situ lautnya telah di kepung dengan batu besar untuk halang ombak besar bila nelayan nak naik sampan....so kat situ bleh mandi jugak...selalu lepak situ untuk mencari ketenagan bila stersss...sangat membantu...huuhu..suasana yang sangat cantik yang jarang dilihat sebelum ini...
|
Taman Stadium Kuala Terengganu |
stadium ni walaupun dah di tutup kerana kes runtuh, tetapi tamanya dan persekitarannya yang besar tetap dibuka kepada orang ramai. tamanya sangat cantik..macam tempat org jogging la..sangat tenang....tempat beriadah keluarga yang baik...ada banyak tasik, ada ikan jugak, ada tempat drift kereta kat situ, bleh tengok, ... taman taman yang cantik macam ni selalu menjadi pilihan kepada pengantin untuk tangkap gambar kawin kat situ...selalu nampak pun... so, nanti bleh la kita wat macam tu jugak yer..hhuhu...
|
Terengganu Waterfront |
jambatan ni sangat cantik pada waktu malam tapi time siang warna putih jer...macam satu jambatan multimedia kat putrajaya tu tau..cantik, selalu orang tangkap gambar kat sini..berdekatan dengan |I-city terengganu yang berlampu2 tu...jadilah ia semakin cantik...tempat ni jugak dekat dengan pasar payang dan china town.. best!
|
Taman Tamadun Islam |
inilah masjid kristal yang cantik dan juga ada mengatakan yang masjid ini masjid pertama didunia yang dibina dengan menggunakan kaca kristal, batu dan besi..entahlah...Wallah hualam..tak taw betul atau tidak hal ini..tapi masjid ini sangat2cantik..bila tiba malam...akan dipasang lampu yang bercahaya warna-warni.. ini tempat wajib pengunjung yang datang ke terengganu..berdekatan dengan taman tamadun Islam...masjidnya tak begitu besar, sederhana kecik sahaja sebab itu tak sesuai untuk digunakan sebagai tempat nak sembahyang Jumaat...tapi masjid ini selalu menjadi pilihan untuk majlis akad nikah........setiap kali kami pergi situ time cuti, mesti ada jer orang akad nikah...hehe...
|
Chinatown |
Chinatown, tempat yang cantik...sebuah perkampungan cina yang cantik dan unik, tiap2 kali tahun baru cina, tempat ni akan jdi tempat yang paling bercahaya sebab dinyalakan dengan tanglung2 bercahaya...ramai orang tangkap gambar kat sini...
|
Pulau Duyung |
kat ni tempat orang wat kapal nelayan
|
I-city Kuala Terengganu |
tempat ni sama jer dengan I-city shah alam cuma belum siap sepenuhnya..siang2 nampak macam kurang cantik sebab tanahnya belum rata lagi tapi bila malam sangat cantik...selalunya lampu2 lah yang menyinari pemancing2 tegar yang memancing di kawasan itu sehingga lah ke pagi sebab tempat ni betul2 tepi laut.....
|
Teluk Ketapang |
tempat ni paling popular dengan makanan laut celup tepung..puas hati broo makan kat sini..makan lauk jer..dan semuanya sangat2 segar, sedap!!!! paling Favourite kat sini ialah air jagung parut dan air kelapa... puas hati yoooo!
|
Pantai pandak |
tak ramai yang tahu tentang tempat ni sebab ia jauh teperosok di pedalaman kampung di cendering...tapi tempat ni mula jadi popular bila jadi tempat penggambaran sebuah drama TV3 dan filem2 terkenal...tempat ni serius macam luar negara!! cantik, berbatu2, yang unik, lautnya biru, boleh panjat batu2 kat situ dan wat gambar ala2 titanic..hehe..dah selalu buat da...tapi serius tempat ni first time sampai kat situ rasa seperti di luar negara..tempat tu tak ada pokok kelapa banyak, yang ada hanya 3 batang pokok jer...unik tuuuuuuuuuuuuu...memang best kat sini...tempak lepak yang terbaik!!!!!!! sangat menenangkan jiwa sebab tempat tu sunyi, tak ramai orang, kalau ada pun bebudak askar laut yang jogging2 kat situ...tempat ni sangat dekat dengan lembaga kemajuan ikan Kuala Terengganu....cuba la cari...huhu
|
Bukit Besar |
bukit besar ni dekat dengan mydin mall..kat depan mydin mall tu ada tempat jogging..taklah depan sangat, dekat dengan bagunan JPJ kuala Terengganu jer...jalan la sikit dan menyeberangi jalan, naik ke bukit besar ni, ada jalan tar mengelilingi bukit ni..tapi still curam jugak...jalan la kaki perlahan2...sampai ke atas..jauh juga dan sangat letih..wat masa ni...dah 5 kali pergi tapi 2 kali jer sampai ke puncak..yang lain takderlaaa...surrender! tapi best! bukit ni ada lambang ALLAH PELIHARALAH TERENGGANU, besar!! kalau naik ke bukit tu lagi nampak besar|! kat puncak bukit tu ada menara TNB jer...bawaklah air secukupnya time naik bukit tu kerana anda akan sangat2 memerlukan air kat atas sana nanti...pergilah pagi2 atau petang2..baru ramai skit orang..taklah merbahaya...dan cuaca pun tak lah terik panas sangat..huhu
|
Bukit Puteri |
Bukit puteri ni..dekat dengan pasar payang atau istana, nak naik kena bayar RM1, tangganya banyak dan tinggi, agak letih sikit tapi bila naik ats tu akan berpuas hati kerana dapat tengok suasana bandar terengganu dari atas...di bukit tu ada 1 rumah api dan kubu pertahanan...ada banyak meriam kat atas, ada satu loceng besar jugak!, dan ada kubur2 pahlawan kat atas tu...best gak! tempat bersejarah yang dapat menambahkan pengetahuan kita tentang sejarah perang sudara Terengganu dulu2....
|
Masjid Terapung Kuala Terengganu |
masjid terapung Terengganu ni dah terkenal da dari dulu lagi, masjid ni dah lama, tapi tengok dalam TV jer la,...tak sangka sekarang berpeluang datang masjid ni...dah banyak kali pergi situ plak tu, hehehe
|
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu |
kat pantai ni banyak aktiviti, ada banyak kedai makan, ada kolam renang awam, ada KFC, ada A & W, ada ramai yang main layang2 kat sini, sangat cantik, dan ada kuda2 kat sini, kalau nak naik boleh tapi kena bayar RM 5 dulu kalau tak silap la, dan tempat ni sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga....
|
Muzium Terengganu |
|
|
|
dengar cerita, Muzium ni adalah muzium terbesar di Asia Tenggara, tak tau la betol atau tak tapi tempat ni memang sangat besar dan sangat banyak barang......tak larat nak jalan semua, kena spend time banyak kat sini kalau nak pusing semuanya...termasuklah di persekitaran Muzium tu...tapi semua tempat kat sini cantik dan best gak la..
|
Pasar Payang Terengganu |
Pasar payang..tempat shopping yang besar dan best, nak per? semua ada, buah-buahan, makanan, minuman, kepok, baju2, kain2, kasut, beg, alat2 umah, semua ada belaka la! cantik, murah juga kalau pandai tawar menawar...tempat ni sesak dan semua penjual kepoknya ayak duduk di tempat yang lebih tinggi dari pelanggan supaya mereka mudah mencapai barang2 yang diminta oleh pelanggan.. dulu orang tua jer yang berniaga kat situ tapi sekarang ni da ramai tak kisah tua atau muda....unik tapi kelakar pun ada..hehe..best! confirmla mak2 anda akan gila shopping di sini...!!!!!
0 comments:
Post a Comment