Assalammualaikum..
sekarang pukul 10 suku pagi. Aku tengah tunggu akak aku. Dia ajak pi Pasaraya TF. Sambil duk tunggu tu..aku teringat percakapan aku dengan suami aku waktu sarapan tadi....
waktu tu kami tengah tengok tv cerita nasi lemak kopi o kat ruang tamu.. perbincangan tentang perlaburan masa depan. suami aku tanya "sayang tak nak ke belajar ilmu perlaburan..?" Aku jawab pendek " tak nak".. aku cakap lagi.." kalau diikutkan hati ni..sayang dah tak semangat nak buat apa2 pun. Even kalau nak tutup syarikat Fatin Oven ni pun sayang sanggup" Aku cakap macam tu sebab aku dah tak rasa minat da nak berniaga. alahan aku masih teruk. cuma da kurang muntah. tp aku tetap x boleh makan sesuka hati macam dulu. perut aku lapar sangat. aku tension. cepat marah. tak bersemangat nak teruskan hidup hari2. tak ada arah tuju. geram.
Lepas suami aku dengar aku cakap macam tu.. dia tanya lagi.." abis.. kalau abang takder?? " aku terdiam.. aku tanya.. "apa maksud abang takder?? "..dia jawab lagi.. " bila abang takder laaa.. paham tak..?" ooo.. baru aku paham.. dalam hati aku... nak je aku jawab jawapan gila iaitu..nanti bila abang takder.. aku nk bunuh dua2 anak aku..then.. aku kena tangkap..masuk penjara..then.. aku kena hukum gantung.. last sekali aku pun mati...setelll.. geram btulll... last last aku jawab pada suami aku dengan suara yg tinggi sikit.."ntahla.."
Kalau ikut fikiran logik akal..aku akan minta tolong mak abah jaga Fateh dan aku pulak akan cari kerja utk tanggung anak2 aku. Jadi ibu tunggal. tapi aku tak taw aku mampu atau tak.. hmmm..
pin pin!!! Kakak aku da sampai.. kami keluar pi shopping kt econsave..beli putin baby..then minum2.. mkn roti canai.. pastu amik rehan sekolah.. pastu pi hantar biskut ke kedai..dpt rezeki rm81. syukur pd Allah. pastu pi kedai rm2. adusss... letihnyaaa.. tenaga aku dah hampir abis.. perut lapar... sedihnyaaa.. aku da tak cergas macam dulu lagi..
sampai rumah. Suami pi solat jumaat.. makan limau.. tengok tv sekejap..then tidokan fateh.. aku pun mengantuk juga ni..huhu.. Suami aku balik solat jumaat..kami sembang2.. aku cerita pd dia roti canai econsave sedap tp aku makan kosong je la..tanpa kuah. yang lain aku tak boleh masuk.. pastu suami aku cakap.. "sayang tu boleh makan cuma sayang yang tak mahu makan".. Aku mendengus marah.. "abang.. abang tak paham apa yg sayang lalui.. sayang doakan abang takkan lalui alahan macam sayang ni sebab mungkin abang takkan mampu".. lepas tu.. suami aku capai helmet sbb nak pergi ke ofis semula.. Aku pun macam tak jadi nak tido.. solat pastu
try main game candy crush. hmm..
Aku sedar..tengah mengandung ni sepatutnya aku kena buat ibadat banyak. tapi aku pun tak tahu la.. nape perasaan aku mcm ni.. aku seolah2 malas sgt nk buat ibadat lebih.. cukup sekadar solat 5 waktu dan doa. sebab aku tak larat.. tapi itu semua alasan kan. Aku rasa aku jauh dgn Allah. mungkin juga aku ada rasa marah dgn Allah sbb bagi aku alahan ni. tapi aku kena sedar.. ini ujian Allah bagi.. kalau aku berjaya ujian ni.. aku akan lebih dekat dgn Nya..
Aku teringat waktu mengandung kan Al Fateh.. semuanya happy.. berjalan lancar.. jalan2.. meniaga biskut.. takder masalah. Aku rasa akulah perempuan yang paling cantik masa mengandung time tu..haha.. tambahan plak.. aku rajin solat sunat dan hampir2 khatam Al quran.. setiap hari baca at least 1 ayat Al Quran.. tapi sekarang..Kenapa semua berbeza bila aku mengandung anak kedua ni?????? aku buntu la.. aku harap sangat semua keadaan buruk aku ni akan berubah. Aku nak jadi hamba Allah yg beriman.. ibu yg baik. Isteri yg baik. Anak yg baik. adik atau kakak yg baik.. Menantu yg baik.. ipar duai yg baik.. semua yg baik2 je la..
Hmmm.. cukupla membebel utk hari ni.. Aku pun tak larat nak tulis da.. tadi baru lepas muntah sebab terbau nasi ayam yg suami aku tinggal utk anak aku atas meja makan... hmm.. tgok.. bau makanan pun tak boleh.. inikan pula nak makan makanan?? hmm... hari semakin petang..then malam.. aku seperti biasa mengharap kan hari2 berlalu dengan cepat...
okla..sekian
MENGQADHA TIDUR DUA TAHUN YANG TIDAK LELAP
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Wednesday, February 15, 2017
/
Comments: (0)
petikan cerita dari Facebook
Telah tiga malam setelah pemergian anak ketujuh saya ke pangkuan Rabbnya,saya melihat isteri saya tidur nyenyak bahkan berdengkur kecil hingga perlu dikejutkan waktu hampir Subuh.Ia sesuatu yg diluar dugaan saudara mara yg lain yg berbimbang dia tidak dapat tidur berikutan kehilangan anak buah hati pengarang jantungnya.Mereka hanya melihat kami kehilangan anak tetapi mereka tidak melihat hakikat disebalik tabir mata mereka.Saya coretkan disini buat iktibar.
Benarlah,anak yg kembali itu 'apple of my wife eye' bahkan 'my eye'kerana ketika bersekolah hanya dia anak yg tinggal dirumah sepenuhnya,berbeza dg semua anak yg lain yg tinggal diasrama.Tetapi isteri saya mungkin telah puas memberi khidmat(serve) kpd anak itu sebelum ia diambil kembali oleh penciptanya.Apa tidaknya bila dia yg melahirkan,membesarkan,tetiba Allah uji dg kanser tulang,dia berkampung di hospital hampir 2 tahun dipotong betisnya, tak cukup dg itu dipotong pehanya,melalui chemoterapy berkali kali hingga luruh semua rambut,kening yg cukup menyiksakan.Bertongkat,berkaki titanium dan menjalani proses berjalan semula dg fisioterapi,tetapi tetiba anggota tubuh lain pula dijangkiti kanser.Buah pinggangnya rosak,perlu dailisis,perutnya membusung,perlu ditebuk,tapping membuang air berkilo sebanyak 5 kali,darahnya hilang hingga berkali-kali diganti,raungan dan esakan tangis anak menahan sakitnya hanya tertahan oleh isteri saya sedangkan saya melarikan diri untuk tidak mendengarnya,kerana ia menghimpun seluruh rasa sedih.Dari makan menyuap sendiri,kpd disuap,dari makan apa saja,kpd makan yg lembut hingga akhirnya hanya titisan air,dari bersuci sendiri kpd ibu yg tolong bersuci,dari membuang najis ditandas,kepada membuang najis di bilik tidur, dipampers,dari solat berdiri,kpd berdiri sebelah kaki,kpd duduk dikerusi,kpd duduk di katil,hingga akhirnya solat cara tidur dg hanya niat pada pergerakan.
Semua itu dilalui dg penuh sabar oleh anak itu dan ibunya,akhirnya Allah menamatkan ujianNya dengan menjemput kembali Taqiyuddin ketika azan asar dimasjid dalam pelukan ibu dan abahnya. Tetapi muncul syaitan merasuk seorang penolong kanan sebuah sekolah menghantar message kepada saya bagaikan berkata 'padan muka' dg kematian itu keeana dendamnya kerana permohonan bertukar saya tolak dahulunya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah..Ya Allah,menitis air mata saya dan isteri membacanya.
Saya mengajak anda merenung apa yg Allah takdirkan kpd kami ini untuk menjadi iktibar.Lihatlah Allah sengaja memilih anak yg paling banyak bersama ibunya dipotong-potong anggotanya,dirosakkan,ditarik balik anugerahnya,tidak lain untuk menguji kesabaran,meninggalkan seluruh kemewahan kerana menunggu anak dan bergelut dgnya di hospital,kemewahan hidup yg lain juga turut dikorbankan,puluhan ribu rm dibelanjakan atas tuntutan,saya menjual buku yg diyulis sendiri untuk melunas hutang pengajiannya yg tidak dapat diteruskan dan untuk membeli kaki palsu,menguji hal ibadat anak yg sakit dari peringkat ke peringkat.Semua itu dilalui dg sabar dan penuh kepayahan,dan bila ia ditamatkan, maka kami merasakan telah puas memberi khidmat kpd anak yg dipinjamkan itu dan redo melepaskannya.Itulah yg menyebabkan isteri saya tidur begitu nyenyak sejak malam pertama anaknya meninggalkannya,bagaikan mengqadho tidur yg tidak lelap lebih 2 tahun.Bukan tidak ingat pada anak yg terpaksa dilepaskan tetapi dia telah dijemput ke sisi yg lebih baik dari sisi kami.Ya Allah,ampunilah dia.
Saya mengingatkan anda,ini ujian bagi kami,anda semua ada ujian tersendiri yg Allah telah atau sedang atau akan turunkan kerana itu janji Allah bahawa setiap orang akan diuji.Jika polis pencegah rusuhan memerlukan pengadang tubuh,kita yg diuji Allah perlukan pengadangnya berupa kesabaran,ketenangan,tidak resah gelisah,gundah gulana,tidak meraung,meratuih menyesali hidup. Sebaliknya banyakkan bersyukur,beristighfar, berzikir,banyak menyebut nama Allah.Jika ditimpa sakit,ingatlah kisah nabi Ayub.Anak saya yg bertanya mengapa dia disakitkan oleh Allah,bila dikisahkan kisah nabi Ayub kepadanya langsung akur dan redo kerana hujah saya sakit itu juga pilihan Allah.Begitu juga jika anda mengalami kepayahan hidup yg lain,lihatlah kpd rasul yg lain yg dipilih oleh Allah utk diuji sedemikian.
Tuhan sengaja,menguji kita.Bila anda diuji Allah,ubahlah jadual hidup supaya sesuai dg apa kita alami.Jangan pula bertindak sesuatu yg terkeluar dari garis agama.Jika sakit jangan berubat dg cara syirik, khurafat,jika miskin jangan buat dosa besar dg riba,meminjam dari along, jangan cari jalan pintas untuk senang, jika diuji dg kekayaan,janganlah kedekut, sombong,tamak haloba.Apa juga yg berlaku,janganlah terlepas dari berpegang kpd tali Allah,kerana dipenghujung setiap terowong,ada sinarnya,setiap sungai dan paya tetap ada tebingnya,setiap pasang air laut tetap ada surutnya,sekuat mana ribut melanda tetap ada redanya.
Jam sudah 3.20 pagi ketika ini.Helaan nafas nyenyaknya tidur isteri saya masih terdengar.Sesungguhnya dia isteri yg tabah dan sabar yg saya lihat dg mata kepala.Melahirkan 9 anak,menyusu dan membesarkan dan diuji dg kematian, dia tetap berdiri teguh memasak dan melayani anak yg lain bagai tiada apa pun yg berlaku.Maafkan saya mencoret kisah sendiri,saya berlindung dg Allah dari merasa riak,tetapi saya bercerita untuk menyatakan rasa syukur dan menyatakan kebesaran. Allah.Wallahuaa'lam.abdghaniharon
Tulisan ini ditujukan khas buat anak abah sebagai hadiah hari jadi abah,kpd anda semua yg sudi menjadi teman dan rakan, jomlah kita bersama ke syurga Allah dg berbuat kebaikan.

Rezeki mudah mengandung dan bersalin
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Sunday, February 12, 2017
/
Comments: (0)
Assalammualaikum
tadi di fb..aku terbaca tentang sepasang suami isteri yg ada 6 orang anak lelaki. mreka tak kaya mana pun tapi ramai anak. makanya.. ramai org bertanya tips2 dalam penjagaan anak2 dan pengurusan masa serta kewangan keluarga. mreka cakap setiap anak mempunyai rezeki masing2. ya.. aku setuju dgn pernyataan ini.
lepas tu.. mreka ada cakap yang proses mengandung dan melahirkan anak juga sgt mudah. mreka bercerita tentang peristiwa melahirkan anak sulung mreka.. masuk labor room tak sampai 20 minit da bersalin. pernah satu ketika isterinya terpaksa drive seorang diri ke hospital utk bersalin dan proses bersalin sgt sekejap dan semua selamat. Aku pun nak macam tu.. tapi apakan daya..aku tak dapat.. mungkin aku dpt rezki yang lain.. tapi bukan rezeki proses bersalin yg singkat dan mudah.
Marilah aku bercerita tentang pengalaman aku mengandung kan anak pertama ni. Muhammad Al Fateh nama anak aku. Aku dan Suami merancang utk dpt anak setahun selepas kahwin dan alhamdulillah kami berjaya. Kami terpaksa merancang keluarga sendiri di awal perkahwinan sebab nak elak dapat baby cepat. Lagipun aku masih nak cari kerja dan banyak hadiri temuduga kerja. takut2 kot dpt panggilan kerja. takderla terganggu dgn kehamilan plak. nnti kna amik cuti bersalin plak time baru2 kerja.
Akhirnya semua temuduga kerja gagal. Aku putus asa. Dan kami berbincang utk dapatkan anak. Alhamdulillah.. setelah 5 bulan berkahwin. Aku disahkan mengandung 8 minggu. Aku cek sendiri kat rumah. Aku excited glerr. dan Alhamdulillah aku takder morning sickness. cuma aku sgt memilih makan. aku tak muntah atau pening2. Aku rasa aku ok jer.. Aku pernah ada pendarahan masa ni. aku ingat da gugur da. tapi Allah nk tetapkan rezeki Anak utk kami. Fateh terselamat..Alhamdulillah. Time tu plak aku ada bela kucing hitam nama bulus. bulus pun banyak menggembirakan hati aku. tapi dia mati kena langgar kereta dekat ipoh time kandungan aku 7 bulan.
ok.. back to the story.. perut aku semakin membesar. kulit perut aku meregang sampai pecah2 jadi corak belang harimau.. Pastu..aku diserang sakit gigi..mmg azab sgt..2 batang gigi kna cabut. then diakhir2 bulan sebelum bersalin.. aku diserang penyakit gatal2 seluruh badan. aku menggaru mcm beruk. kadang2 aku akan garu garu badan aku sampai luka..
seminggu sebelum due date bersalin. Suami aku hantar aku balik ke rumah mak abah aku. Kami terpaksa berjauhan. selepas berkahwin. aku tak pernah berjauhan dgn suami aku. inilah kali pertama. sedih bercampur rindu. tapi inilah dugaan. aku kna kuat.
selang beberapa hari kemudian. suami dpt kejer baru kat ipoh. dekat dgn umah mak abah aku. Alhamdulillah.. rezki aku dan anak aku. so suami aku cepat2 pindah. Dalam masa 2 hari je da selesai pindah barang rumah dari penang ke umah mertua di trong Taiping. Lepas tu..suami pun datang ke ipoh utk temankan aku sampai beranak.
hari jumaat. 12 dis 2014. aku ada temuduga pegawai kastam. Aku pergi walaupun aku da sgt sarat mengandung lebih due 5 hari. due date bersalin aku ialah 7 disember 2014. Orang temuduga tu sgt takut aku terberanak kat opis dia..haha.. dia asyik tanya aku ada sakit2 ke..klu ada..cepat2 mention pd dia.. hehehe
keesokan harinya..13 dis 2014. aku bangun kol 6.30 nak solat subuh. Aku tengok ada lendir darah pada seluar dalam aku. Alamak!! ok.. ni tanda nak bersalin. Aku cepat2 siap.. then pi sarapan. then suami hantar ke dewan bersalin. Di sana mreka cek bukaan bawah aku.. dah 4 cm. Ya Allah.. sakit proses cek bukaan tu. aku tak suka.
then..bukaan tak naik2..aku ditolak ke wad.. aku menanggung kesakitan doktor cek bukaan jer taw!! keesokan harinya..14 dis 2014.. bukaan 6 cm.. aku ditolak ke dewan bersalin lebih kurang pukul 3.30 ptg. duk diruangan menunggu bersalin. then pukul 7 mlm. aku ditolak ke bilik dewan bersalin yg luas. mreka induce aku pukul 8 kot..aku pn da lupa.. Sakittt!! aku jadi ikan keli ats katil bersalin tu. lebih kurang pukul 10 atau 11 malam kot.. suami aku masuk temankan aku. dia tengokla aku kesakitan mcm mana.. then aku da lemah. mreka bg aku ubat tahan sakit. aku pn terlena sekejap. suami aku pun da kluar. tak nak ganggu aku tidur.
pukul 2 pagi.. bukaan da 9 cm tapi aku tak boleh teran. aku tak rasa nak teran. aku cuma rasa sakit jer. then.. mereka suh tunggu sampai kol 5 pagi.. bukaan tak naik.. mreka ajar aku teran tapi aku tak rasa nak teran. then.. sampai pukul 8 pagi.15 dis 2014.. doktor pakar datang dan suruh aku operate...Aku dicucuk bius dekat belakang dan lepas beberapa minit. semua sakit aku hilang. Aku sgt lega. aku tak sedar bila mreka potong perut aku.. then aku dgr suara baby menangis. Alhamdulillah.. akhirnya.. berjaya juga lahirkan Fateh pukul 9.19 pagi. Mreka tunjuk jantina Fateh pd aku dan suruh aku cium dia. mreka timbang dan mandikan fateh.. balut dgn kain dan letak dekat celah kangkang aku. Aku ditolak ke wad. Baby aku diazankan oleh suami aku.. ramai family belah suami dtg tgok baby. aku plak dah lumpuh ats katil sebab kesan bius belum hilang.
petang tu.. pukul 6.. minum petang.. aku da boleh duduk. aku minum la milo depa sediakan.. lepas tu aku muntah.. sian makcik cleaner kena lap muntah aku. Then aku tak berani nak makan atau minum byk sebab takut muntah lagi. anak aku.. nurse jaga..mandikan dan bg susu. Aku pn tertidur.. aku terjaga pukul 5 pagi. aku risau anak aku tak bergerak langsung. Aku pun bangun perlahan2 dan usik anak aku.. Alhamdulillah hidup lagi.. fuhh.. saspen.. aku pn tgok muka dia.. comel betul..
Aku berpantang kt umah mak aku. sampai la Fateh umur 2 bulan. kami pindah rumah sewa selang sepintu dari umah mak abah aku. Aku pn tak tahu.. sejak ada anak ni..rambut aku slalu gugur.. mcm nak botak jadinya. kena banyak kali sapu rumah. then.. aku senang naik marah.. Fateh tu banyak kali kena marah dgn aku dari kecik sampai sekarang. Aku tak tahu kenapa aku jadi mcm ni. takder da nak control control depan suami. kalau aku dpt menjerit.. mmg aku jerit betul2. aku harap sgt perangai buruk aku ni akan berubah.
sekarang. tahun 2017.. da 3 tahun berlalu. aku mengandung lagi. Alhamdulillah cuma alahan aku sgt teruk. Aku suka mengandung. tapi aku tak suka alahan dan aku tak suka sakit bersalin. aku takut duduk berhari2 dekat hospital. aku takut kena operate lagi.. Aku takut aku akan dera mental anak ni mcm yg aku buat kat fateh... Aku sayang anak2 aku.. tapi tu la.. proses aku mengandung dan bersalin tu tak mudah.. susahhh... aku pun harap sangat mcm org lain tu.. masuk labor room.. setengah jam da bersalin.. siap suami boleh tengok lagi dari awal sampai la bersalin.. tp kalau la ditakdirkan kena operate lagi.. mmg suami aku takkan dapat tgok lagi laaa.. hampeh kan..
tu la.. aku nak cakap ...rezeki proses mengandung dan bersalin yg mudah bukan rezeki aku. tapi Alhamdulillah aku dpt rezeki anak yg sihat..suami yg baik.. susu Badan yg banyak..keluarga yg amik berat. Aku bersyukur.. aku tahu kita xkan dpt smua benda dlm dunia ni.. dpt skit pun lebih baik dari tak dapat apa2 langsung kan..
ok.. sekian..