RSS

MENGQADHA TIDUR DUA TAHUN YANG TIDAK LELAP

petikan cerita dari Facebook

Telah tiga malam setelah pemergian anak ketujuh saya ke pangkuan Rabbnya,saya melihat isteri saya tidur nyenyak bahkan berdengkur kecil hingga perlu dikejutkan waktu hampir Subuh.Ia sesuatu yg diluar dugaan  saudara mara yg lain yg berbimbang dia tidak dapat tidur berikutan kehilangan anak buah hati pengarang jantungnya.Mereka hanya melihat kami kehilangan anak tetapi mereka tidak melihat hakikat disebalik tabir mata mereka.Saya coretkan disini buat iktibar.

Benarlah,anak yg kembali itu 'apple of my wife eye' bahkan 'my eye'kerana ketika bersekolah hanya dia anak yg tinggal dirumah sepenuhnya,berbeza dg semua anak yg lain yg tinggal diasrama.Tetapi isteri saya mungkin telah puas memberi khidmat(serve) kpd anak itu sebelum ia diambil kembali oleh penciptanya.Apa tidaknya bila dia yg melahirkan,membesarkan,tetiba Allah uji dg kanser tulang,dia berkampung di hospital hampir 2 tahun dipotong betisnya, tak cukup dg itu dipotong pehanya,melalui chemoterapy berkali kali hingga luruh semua rambut,kening yg cukup menyiksakan.Bertongkat,berkaki titanium dan menjalani proses berjalan semula dg fisioterapi,tetapi tetiba anggota tubuh lain pula dijangkiti kanser.Buah pinggangnya rosak,perlu dailisis,perutnya membusung,perlu ditebuk,tapping membuang air berkilo sebanyak 5 kali,darahnya hilang hingga berkali-kali diganti,raungan dan esakan tangis anak menahan sakitnya hanya tertahan oleh isteri saya sedangkan saya melarikan diri untuk tidak mendengarnya,kerana ia menghimpun seluruh rasa sedih.Dari makan menyuap sendiri,kpd disuap,dari makan apa saja,kpd makan yg lembut hingga akhirnya hanya titisan air,dari bersuci sendiri kpd ibu yg tolong bersuci,dari membuang najis ditandas,kepada membuang najis di bilik tidur, dipampers,dari solat berdiri,kpd berdiri sebelah kaki,kpd duduk dikerusi,kpd duduk di katil,hingga akhirnya solat cara tidur dg hanya niat pada pergerakan.

Semua itu dilalui dg penuh sabar oleh anak itu dan ibunya,akhirnya Allah menamatkan ujianNya dengan menjemput kembali Taqiyuddin ketika azan asar dimasjid dalam pelukan ibu dan abahnya. Tetapi muncul syaitan merasuk seorang penolong kanan sebuah sekolah menghantar message kepada saya bagaikan berkata 'padan muka' dg kematian itu keeana dendamnya kerana permohonan bertukar saya tolak dahulunya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah..Ya Allah,menitis air mata saya dan isteri membacanya.

Saya mengajak anda merenung apa yg Allah takdirkan kpd kami ini untuk menjadi iktibar.Lihatlah Allah sengaja memilih anak yg paling banyak bersama ibunya dipotong-potong anggotanya,dirosakkan,ditarik balik anugerahnya,tidak lain untuk menguji kesabaran,meninggalkan seluruh kemewahan kerana menunggu anak dan bergelut dgnya di hospital,kemewahan hidup yg lain juga turut dikorbankan,puluhan ribu rm dibelanjakan atas tuntutan,saya menjual buku yg diyulis sendiri untuk melunas hutang pengajiannya yg tidak dapat diteruskan dan untuk membeli kaki palsu,menguji hal ibadat anak yg sakit dari peringkat ke peringkat.Semua itu dilalui dg sabar dan penuh kepayahan,dan bila ia ditamatkan, maka kami merasakan telah puas memberi khidmat kpd anak yg dipinjamkan itu dan redo melepaskannya.Itulah yg menyebabkan isteri saya tidur begitu nyenyak sejak malam pertama anaknya meninggalkannya,bagaikan mengqadho tidur yg tidak lelap lebih 2 tahun.Bukan tidak ingat pada anak yg terpaksa dilepaskan tetapi dia telah dijemput ke sisi yg lebih baik dari sisi kami.Ya Allah,ampunilah dia.

Saya mengingatkan anda,ini ujian bagi kami,anda  semua ada ujian tersendiri yg Allah telah atau sedang atau akan turunkan kerana itu janji Allah bahawa setiap orang akan diuji.Jika polis pencegah rusuhan memerlukan pengadang tubuh,kita yg diuji Allah perlukan pengadangnya berupa kesabaran,ketenangan,tidak resah gelisah,gundah gulana,tidak meraung,meratuih menyesali hidup. Sebaliknya banyakkan bersyukur,beristighfar, berzikir,banyak menyebut nama Allah.Jika ditimpa sakit,ingatlah kisah nabi Ayub.Anak saya yg bertanya mengapa dia disakitkan oleh Allah,bila dikisahkan kisah nabi Ayub kepadanya langsung akur dan redo kerana hujah saya sakit itu juga pilihan Allah.Begitu juga jika anda mengalami kepayahan hidup yg lain,lihatlah kpd rasul yg lain yg dipilih oleh Allah utk diuji sedemikian.

Tuhan sengaja,menguji kita.Bila anda diuji Allah,ubahlah jadual hidup supaya sesuai dg apa kita alami.Jangan pula bertindak sesuatu yg terkeluar dari garis agama.Jika sakit jangan berubat dg cara syirik, khurafat,jika miskin jangan buat dosa besar dg riba,meminjam dari along, jangan cari jalan pintas untuk senang, jika diuji dg kekayaan,janganlah kedekut, sombong,tamak haloba.Apa juga yg berlaku,janganlah terlepas dari berpegang kpd tali Allah,kerana dipenghujung setiap terowong,ada sinarnya,setiap sungai dan paya tetap ada tebingnya,setiap pasang air laut tetap ada surutnya,sekuat mana ribut melanda tetap ada redanya.

Jam sudah 3.20 pagi ketika ini.Helaan nafas nyenyaknya tidur isteri saya masih terdengar.Sesungguhnya dia isteri yg tabah dan sabar yg saya lihat dg mata kepala.Melahirkan 9 anak,menyusu dan membesarkan dan diuji dg kematian, dia tetap berdiri teguh memasak dan melayani anak yg lain bagai tiada apa pun yg berlaku.Maafkan saya mencoret kisah sendiri,saya berlindung dg Allah dari merasa riak,tetapi saya bercerita untuk menyatakan rasa syukur dan menyatakan kebesaran. Allah.Wallahuaa'lam.abdghaniharon
Tulisan ini ditujukan khas buat anak abah sebagai hadiah hari jadi abah,kpd anda semua yg sudi menjadi teman dan rakan, jomlah kita bersama ke syurga Allah dg berbuat kebaikan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...