tadi di fb..aku terbaca tentang sepasang suami isteri yg ada 6 orang anak lelaki. mreka tak kaya mana pun tapi ramai anak. makanya.. ramai org bertanya tips2 dalam penjagaan anak2 dan pengurusan masa serta kewangan keluarga. mreka cakap setiap anak mempunyai rezeki masing2. ya.. aku setuju dgn pernyataan ini.
lepas tu.. mreka ada cakap yang proses mengandung dan melahirkan anak juga sgt mudah. mreka bercerita tentang peristiwa melahirkan anak sulung mreka.. masuk labor room tak sampai 20 minit da bersalin. pernah satu ketika isterinya terpaksa drive seorang diri ke hospital utk bersalin dan proses bersalin sgt sekejap dan semua selamat. Aku pun nak macam tu.. tapi apakan daya..aku tak dapat.. mungkin aku dpt rezki yang lain.. tapi bukan rezeki proses bersalin yg singkat dan mudah.
Marilah aku bercerita tentang pengalaman aku mengandung kan anak pertama ni. Muhammad Al Fateh nama anak aku. Aku dan Suami merancang utk dpt anak setahun selepas kahwin dan alhamdulillah kami berjaya. Kami terpaksa merancang keluarga sendiri di awal perkahwinan sebab nak elak dapat baby cepat. Lagipun aku masih nak cari kerja dan banyak hadiri temuduga kerja. takut2 kot dpt panggilan kerja. takderla terganggu dgn kehamilan plak. nnti kna amik cuti bersalin plak time baru2 kerja.
Akhirnya semua temuduga kerja gagal. Aku putus asa. Dan kami berbincang utk dapatkan anak. Alhamdulillah.. setelah 5 bulan berkahwin. Aku disahkan mengandung 8 minggu. Aku cek sendiri kat rumah. Aku excited glerr. dan Alhamdulillah aku takder morning sickness. cuma aku sgt memilih makan. aku tak muntah atau pening2. Aku rasa aku ok jer.. Aku pernah ada pendarahan masa ni. aku ingat da gugur da. tapi Allah nk tetapkan rezeki Anak utk kami. Fateh terselamat..Alhamdulillah. Time tu plak aku ada bela kucing hitam nama bulus. bulus pun banyak menggembirakan hati aku. tapi dia mati kena langgar kereta dekat ipoh time kandungan aku 7 bulan.
ok.. back to the story.. perut aku semakin membesar. kulit perut aku meregang sampai pecah2 jadi corak belang harimau.. Pastu..aku diserang sakit gigi..mmg azab sgt..2 batang gigi kna cabut. then diakhir2 bulan sebelum bersalin.. aku diserang penyakit gatal2 seluruh badan. aku menggaru mcm beruk. kadang2 aku akan garu garu badan aku sampai luka..
seminggu sebelum due date bersalin. Suami aku hantar aku balik ke rumah mak abah aku. Kami terpaksa berjauhan. selepas berkahwin. aku tak pernah berjauhan dgn suami aku. inilah kali pertama. sedih bercampur rindu. tapi inilah dugaan. aku kna kuat.
selang beberapa hari kemudian. suami dpt kejer baru kat ipoh. dekat dgn umah mak abah aku. Alhamdulillah.. rezki aku dan anak aku. so suami aku cepat2 pindah. Dalam masa 2 hari je da selesai pindah barang rumah dari penang ke umah mertua di trong Taiping. Lepas tu..suami pun datang ke ipoh utk temankan aku sampai beranak.
hari jumaat. 12 dis 2014. aku ada temuduga pegawai kastam. Aku pergi walaupun aku da sgt sarat mengandung lebih due 5 hari. due date bersalin aku ialah 7 disember 2014. Orang temuduga tu sgt takut aku terberanak kat opis dia..haha.. dia asyik tanya aku ada sakit2 ke..klu ada..cepat2 mention pd dia.. hehehe
keesokan harinya..13 dis 2014. aku bangun kol 6.30 nak solat subuh. Aku tengok ada lendir darah pada seluar dalam aku. Alamak!! ok.. ni tanda nak bersalin. Aku cepat2 siap.. then pi sarapan. then suami hantar ke dewan bersalin. Di sana mreka cek bukaan bawah aku.. dah 4 cm. Ya Allah.. sakit proses cek bukaan tu. aku tak suka.
then..bukaan tak naik2..aku ditolak ke wad.. aku menanggung kesakitan doktor cek bukaan jer taw!! keesokan harinya..14 dis 2014.. bukaan 6 cm.. aku ditolak ke dewan bersalin lebih kurang pukul 3.30 ptg. duk diruangan menunggu bersalin. then pukul 7 mlm. aku ditolak ke bilik dewan bersalin yg luas. mreka induce aku pukul 8 kot..aku pn da lupa.. Sakittt!! aku jadi ikan keli ats katil bersalin tu. lebih kurang pukul 10 atau 11 malam kot.. suami aku masuk temankan aku. dia tengokla aku kesakitan mcm mana.. then aku da lemah. mreka bg aku ubat tahan sakit. aku pn terlena sekejap. suami aku pun da kluar. tak nak ganggu aku tidur.
pukul 2 pagi.. bukaan da 9 cm tapi aku tak boleh teran. aku tak rasa nak teran. aku cuma rasa sakit jer. then.. mereka suh tunggu sampai kol 5 pagi.. bukaan tak naik.. mreka ajar aku teran tapi aku tak rasa nak teran. then.. sampai pukul 8 pagi.15 dis 2014.. doktor pakar datang dan suruh aku operate...Aku dicucuk bius dekat belakang dan lepas beberapa minit. semua sakit aku hilang. Aku sgt lega. aku tak sedar bila mreka potong perut aku.. then aku dgr suara baby menangis. Alhamdulillah.. akhirnya.. berjaya juga lahirkan Fateh pukul 9.19 pagi. Mreka tunjuk jantina Fateh pd aku dan suruh aku cium dia. mreka timbang dan mandikan fateh.. balut dgn kain dan letak dekat celah kangkang aku. Aku ditolak ke wad. Baby aku diazankan oleh suami aku.. ramai family belah suami dtg tgok baby. aku plak dah lumpuh ats katil sebab kesan bius belum hilang.
petang tu.. pukul 6.. minum petang.. aku da boleh duduk. aku minum la milo depa sediakan.. lepas tu aku muntah.. sian makcik cleaner kena lap muntah aku. Then aku tak berani nak makan atau minum byk sebab takut muntah lagi. anak aku.. nurse jaga..mandikan dan bg susu. Aku pn tertidur.. aku terjaga pukul 5 pagi. aku risau anak aku tak bergerak langsung. Aku pun bangun perlahan2 dan usik anak aku.. Alhamdulillah hidup lagi.. fuhh.. saspen.. aku pn tgok muka dia.. comel betul..
Aku berpantang kt umah mak aku. sampai la Fateh umur 2 bulan. kami pindah rumah sewa selang sepintu dari umah mak abah aku. Aku pn tak tahu.. sejak ada anak ni..rambut aku slalu gugur.. mcm nak botak jadinya. kena banyak kali sapu rumah. then.. aku senang naik marah.. Fateh tu banyak kali kena marah dgn aku dari kecik sampai sekarang. Aku tak tahu kenapa aku jadi mcm ni. takder da nak control control depan suami. kalau aku dpt menjerit.. mmg aku jerit betul2. aku harap sgt perangai buruk aku ni akan berubah.
sekarang. tahun 2017.. da 3 tahun berlalu. aku mengandung lagi. Alhamdulillah cuma alahan aku sgt teruk. Aku suka mengandung. tapi aku tak suka alahan dan aku tak suka sakit bersalin. aku takut duduk berhari2 dekat hospital. aku takut kena operate lagi.. Aku takut aku akan dera mental anak ni mcm yg aku buat kat fateh... Aku sayang anak2 aku.. tapi tu la.. proses aku mengandung dan bersalin tu tak mudah.. susahhh... aku pun harap sangat mcm org lain tu.. masuk labor room.. setengah jam da bersalin.. siap suami boleh tengok lagi dari awal sampai la bersalin.. tp kalau la ditakdirkan kena operate lagi.. mmg suami aku takkan dapat tgok lagi laaa.. hampeh kan..
tu la.. aku nak cakap ...rezeki proses mengandung dan bersalin yg mudah bukan rezeki aku. tapi Alhamdulillah aku dpt rezeki anak yg sihat..suami yg baik.. susu Badan yg banyak..keluarga yg amik berat. Aku bersyukur.. aku tahu kita xkan dpt smua benda dlm dunia ni.. dpt skit pun lebih baik dari tak dapat apa2 langsung kan..
ok.. sekian..
0 comments:
Post a Comment