Assalammualaikum....
dah lama tak menulis blog dengan hasil nukilan sendiri...
di kesempatan ini, pagi yang indah ini, sambil bermain mesej dengan Mr H yang tersayang ini,
saya nak mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55..
dan juga selamat menyambut hari lahir kepada kawan saya, zam zam ala kazam...hehe
entah dia baca atau tidak blog ini, dia tak pernah tahu pun tapi tak apa la... tak semestinya nak dia tahu...
sekarang, tepat jam 9 pagi, di rumah mak Saudara, Jertih Terengganu, dengan sedang minum kopi tapi tak mandi lagi...jangan risau, sudah gosok gigi.
sedang melihat suasana pagi..bersyukur sangat dihati, badan ini masih sihat lagi... dan masih lagi boleh berdiri di atas kaki sendiri... mengenangkan mak saudara tersayang yang sedang susah payah melawan penyakit barahnya di hospital Kubang Kerian USM, hati ini terasa sayu lagi...
sejak hari raya ke-enam lagi, diri ini ada di negeri serambi Mekah ini, untuk menjaga mak saudara...
hati ini pada mulanya tak redha nak pergi tapi siapa lagi nak bantu kalau bukan diri ini?
Mungkin Allah dah aturkan segalanya, ini semua ketentuanNya...
24 Ogos 2012, setelah sampai lebih kurang pukul 4 pagi dari Ipoh Perak, naiklah teksi ke Hospital USM..
sesampai sahaja, terus naik ke tingkat 3, wad 3 Utara, mencari katil bernombor 12...
terdiam diri ini tatkala melihat sepupuku tidur sambil kesejukan di atas sekeping tikar nipis di lantai..
Mak saudaraku pula sedang tidur sambil menahan kesakitan....
ku bangunkan sepupuku, dia terus terkejut, membetul2kan rambutnya yang serabai dan salam tanganku dengan penuh hormat...
di dalam hatiku rasa sedih, apalah daya tubuh 4 kerat yang baru berusia belasan tahun itu terpaksa menanggung semua ini...sudahlah dia nak ambil peperiksaan SPM tahun ini...terpaksa menjaga ibu yang sakit pula...baru aku tahu, Allah mahu aku lihat semua ini...untuk insafkan aku...
Tiba2, datanglah seorang peniaga nasi kerabu ke dalam wad itu, mak saudaraku terbangun kerana suara penjual itu yang nyaring memanggil penjaga2 di situ untuk membeli sarapan yang dijualnya...
Mak saudaraku terkejut melihat diriku...sambil senyum, air matanya mengalir melihat anak saudara yang dia jaga dan tatang waktu mudanya dah datang!!
ku harap kedatanganku ini menguatkan semangatnya untuk sihat kembali...
Dia amat kuat! syukur sangat kepada Allah!
InsyaAllah dia akan sihat semula seperti sediakala!!
Amin....
hari ini, genap lapan hari ku berada di sini...
mula2 tak biasa tapi sekarang sudah alah bisa....
Alhamdulillah, sokongan keluarga dan tunang tersayang sentiasa ada...
menjadikan diri ini kuat walau apapun rintangan yang melanda...
duduk di sini lama2 pun tak apa, hati ini Redha dengan percaya Allah dan rahmat berkatnya itu ada...
semoga semua orang didunia selalu bahagia, kuat dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang...
kerna sesudah cabaran itu, akan ada nikmat manis yang menanti...
Amin........
Aku menyayangi hatimu kerana Allah
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Friday, August 31, 2012
/
Comments: (0)
Perempuan : "Aku selalu dipeluk Lelaki lain".
Lelaki : "Dan aku adalah Lelaki yang akan memelukmu dengan kasih sayang".
Perempuan : "You are not my FIRST kiss".
Lelaki : "And You are my First Kiss".
Perempuan : "Ramai Lelaki pernah menyentuh tubuhku".
Lelaki itu dengan sabarnya mengatakan: "Yang ingin aku sentuh adalah hatimu".
Perempuan : "Pernah ada Lelaki yang menganggapku sebagai pelacur".
Lelaki itu menatapnya : "Dan aku menganggapmu begitu baik, suci tak dinodai".
Perempuan itu menangis sambil tersenyum dan berkata: "Aku tak sesuai untuk dicintai oleh Mu !! Aku tak cantik !!".
Lelaki itu menatap matanya dalam², memeluknya, sambil tersenyum dan
berkata: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana Allah..''