RSS

Wasiat Mati ketika hidup



Assalammualaikum,
Pertama sekali kita sgt bersyukur ke pada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, dapat lagi kita bernafas sehingga ke hari ini…. Walau apa pun yang telah melanda diri ini, ujian demi ujian, sehingga rasa diri ini tak daya lagi, tapi kita tetap kena bersyukur kerana kita masih ‘HIDUP’….

Kadangkala, ketika ‘HIDUP’ ni la kita banyak main, leka, lalai, kata orang Perak, “Ingka”!...tak sedar diri…dulu, diri ini sangat suka shopping, enjoy sana sini, emak ayah bagi kereta suruh belajar elok2, tapi kita suka nak enjoy jer..macam la dah hidup lama sangat! Tak ingat langsung tentang ‘MATI’



Pada 6 September 2011, hari jadi kita, time tu baru lepas hari Raya Aidilfitri, kita dah ada di Jertih, Terengganu, tinggal dengan mak Saudara, Makwan…dia sangat baik! Dari kecil dia jaga kita sampaila sekarang..tapi sayangnya, dia menderita masalah kesihatan yang serius, kita bawak kereta dengan makwan menghala ke Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan, makwan ada appointment dengan doktor, time tu lebih kurang pukul 10 pagi..jalan sangat lengang, tak banyak kereta, ada satu jer kereta Wira Biru lembab kat depan kereta viva kita, kita nak memotong sebab line bertentangan takder kereta langsung, TIBA-TIBA…….&#!^$%@%.. itulah hadiah hari jadi yang terburuk dalam hidup kita…



Lama jugak Kenangan buruk itu telah menghantui diri ini! Hilang semangat dan keyakinan diri tetapi Alhamdulillah tetap boleh berdiri lagi. Walaupun tak bermaya, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan, jika duduk termenung mengenang kisah lalu, takkan berhasil apa2 langsung..! Kini, da 7 Bulan berlalu dan tak disangka, kita berjaya mengharungi semuanya dengan baik, Alhamdulillah, tetapi enjoy semula!! Tak insaf2…..
Pada 23 Februari 2012, semuanya berubah…kita seperti sedikit demi sedikit mendapat sinar baru sehinggalah ke hari ni…pada hari sabtu yang lalu, Mr H telah nasihatkan supaya buat wasiat sebab ramai yang mati secara tiba2 tak sempat buat wasiat dan harta yang ada tergantung begitu sahaja, takder sapa nak tuntut…tiba2 hati ni terpikir tentang “MATI”…


Dah “MATI” pun kena wat kejer lagi!! Mestila! kena wariskan semua harta dan meninggalkan pesanan2 penting kepada yang masih hidup…. Contohnya, Laptop, Handphone, Baju2, duit dalam ASB, Bank, Dompet, Buku2, alat2 tulis, printer, kotak kerongsang kesayangan, kucing, bilik, akaun Facebook, Twitter, Blog2, Cimbclick, email yahoo, Gmail aiisssshh! Banyak rupanya, tapi time hidup rasa macam takder ape2 harta pun, tapi bila buat wasiat, baru sedar betapa banyaknya harta kita walaupun kita tak kejer lagi…kalau dah kejer, confirm lagi banyak dan lagi pening nak membahagikannya…..

Waktu tulis wasiat tu, kelakar pun ada sebab macam tak sangka kita tulis wasiat…ayat2 wasiat yang kita tulis pun macam kita tak sangka kita yang tulis… tak sangka….tak sangka!!!!! Wasiatkan harta kepada mak ayah, adik beradik, anak2 saudara, kepada yang tersayang…rasa diri ini semakin jauh dari mereka dan semakin menghampiri “MATI”…rasa sekejap jer hidup ni..sedih tiba2 menjelma…seakan2 harta dunia tidak lagi ada harganya, yang penting diri sendiri dan orang2 yang kita sayang….MasyaAllah! baru sedor!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...