RSS

PTPTN atau PTPTIPU?

Assalammualaikum..
Hah.....dalam 2-3 hari ni, cuaca tak begitu baik di Johor, ujan lebat mencurah2, kilat berdentum sini sana...teringat lagu yang diajar oleh cikgu muzik waktu sekolah rendah:

Angin bertiup.....
Awan berarak....
Itu tandanya.....hari nak hujan...
Hujan pun turun..membasah bumi...
Penghuni alam...rasa bersyukur...

Hehe, terlupa la liriknya la...Go may ne!! (^^)Y


Selalu hari hujan, kita selalu cepat keluar ofis supaya tak terlepas bas, takkan la nak berjalan dalam ujan, tapi setiap kali naik bas, pemandu bas tu akan pasang radio tentang berita kuat2! Pekak telinga ni, kalau tegur karang kena tinggal tepi jalan pulak! Berita tu plak mesti pasal PTPTN..aduhh...


Sekarang ni hangat sangat isu tentang pemanduhan PTPTN, sampai semua remaja tak kisah dah tentang gossip artis, sampai tentang berita Rita rudaini bercerai dan Khairul che Fahmi putus cinta pun tenggelam dek isu PTPTN ni...memang hebat! Syabbas Beti...Syabbas!...
Tentang PTPTN, ramai pelajar dan bekas pelajar menyokong pemansuhan PTPTN.. pada pendapat kita, yer, memang betul, PTPTN ada interest yang tinggi, kalau tak silap, 3% kan dan juga kos pentadbiran....tapi kan PTPTN ada buat pertukaran ke PTPTN ujrah, so, kena la usaha sikit nak isi borang semula, sediakan dokumen2 semula macam mula2 ambik PTPTN dulu, susah sikit, apa salahnya, asalkan dapat penurunan kadar 3% tu menjadi 1%....(sapa yg tak wat, rugi looo)


Sekali lagi saja nak cakap, PTPTN ni adalah pinjaman wang untuk melanjutkan pelajaran sampai peringkat yang kita nak, kalau tak ada degree sekarang ni, nak wat pinjaman perumahan, pinjaman bank pun susah sekarang ni, tentang Interest PTPTN kisah sangat! Tapi interest pinjaman2 bank untuk bayar kereta, bayar rumah, sekarang ni tak kisah plak? Hehe...Ingatlah asal usul kita, tanpa PTPTN ni, kita bleh ker dapat degree macam sekarang ni? (kita pun mengingatkan diri kita sendiri)

Biasala, kalau namanya pinjaman, maksudnya kita kena bayar balik, soal pemansuhan tu jatuh nombor dua, kita kena sedar kita dah berhutang, so, “HUTANG” apa jadi pun mesti kena bayar...even kalau dah mati pun tetap kena bayar hutang tapi minta tolongla  pada yang masih hidup untuk jelaskannya..takkanla nak bangun jadi hantu pergi bayar PTPTN tu..nanti lari pulak2 staff2 kat PTPTN tu...rasanya, kalau dah mati, pinjaman PTPTN tu akan terbatal kan? Keluarga tak payah tanggung kan? Yer ker? Kita pun tak berapa pasti tentang hal ni... Bi Yan Ne! (^^)Y, tapi kalau betul tak payah bayar bila dah mati, baguslah, sapa2 yang tak nak bayar PTPTN tu bleh la guna cara ni..(ayat kurang hajo!), tapi harap jangan la bunuh diri, sebab nanti tak cium bau syurga taw!, ingat kita semua ada agama...

semua orang  dulu time pinjam duit dengan PTPTN, lupa ke yang PTPTN ni adalah satu “PINJAMAN”, dah terang-terangan kan? So, kenapa pinjam jugak kalau taw susah nak bayar? Sebab kalau tak pinjam, tak dapat belajar masuk universiti kan? Hmm..sebenarnya, banyak cara lain lagi nak halang daripada hutang PTPTN, pinjaman MARA ada, yayasan negeri, biasiswa JPA, biasiswa Persekutuan, kalau nak sangat pinjam PTPTN tapi tak nak bayar, kena dapatkan ijazah kelas pertama...bleh jer tukar PTPTN tu kepada biasiswa..



Ada yang gelar PTPTN ni ialah PTPTIPU, tapi rasa susah jugak nak gelar macam tu sebab time kita pinjam duit PTPTN, kita dah disediakan dengan dokumen perjanjian, kita jer yang main tandatangan jer dokumen tu tanpa baca, so, mana bleh marah lepas dah buat keputusan kan? Kita kena muhasabah diri dulu..maybe salah tu ada di pihak kita jugak, tak bleh nak salahkan pihak lain...

Bukan kita cakap tak boleh mansuhkan PTPTN, Cuma jangan terlalu mendadak kerana kepentingan diri sendiri yang tak nak bayar PTPTN, cuba bincang betul2, cari jalan penyelesaian yang terbaik, sebab PTPTN ni pun dah banyak berjasa pada kita khususnya anak2 melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi......kalau tak, setiap kali nak masuk universiti jer, keluarga kena jual tanah, jual barang2 kemas untuk tampung belanja anak2 ke Universiti, kan susah tu?


Tabung simpanan nasional tu rasanya pilihan yang agak baik jugak, nak halang dari berhutang, sejak anak tu lahir, ibu bapa dah kena menyimpan, menabung duit tu sikit demi sedikit, nanti lama2 jadi bukit...... tak apala, harap isu PTPTN ni dapat diselesaikan dengan baik, bukan sebab hanya nak meraih undi, nak menang politik, tapi pikirkan la tentang kebajikan untuk semua...tahu PTPTN ni banyak masalahnya, tapi banyak jugak jasanya....apa2 keputusan biarlah dicapai dengan sepakat...
Semoga Malaysia terus aman sejahtera...Amin!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...