RSS

Berus Gigi Besar ke kecik?


Di tengah malam, jam 12.30 malam…dah masuk jam 6 oktober. Sepatutnya aku dah masuk tidur lepas habis main mesej dengan Mr H yang sedang sibuk bekerja di Kuala Lumpur sana. Tetapi mata ini tak mahu lelap. Dalam kepala terbayang makanan2 manis seperti coklat dan apam balik. Why? Hari ini banyak mengidam makanan. Tadi terlihat kuah rojak dalam peti ais, tiba2 terjadinya sedikit rembesan air liur di dalam mulut. Hehe..nasib baik tak meleleh. .. ini belum mengidam orang mengandung ni....bahaya la…takutnyaaaa…

Kepala pening2 lalat. Kesan dari ubat batuk. Batuk dah berminggu-minggu. Tak baik lagi. Risau juga dihati, takut batuk yang bahaya sekali…aduhai..harap2 janganlah..

Dengan keadaan yang pening2 lalat tu, aku mencuba bangun perlahan2 pergi mencari makanan di dapur. Hah! Ada roti, 2 keping…yes! Teringin benda manis seperti coklat! Aha! Ada milo…tapi milo ni kering serbuk kan…aha!!!! Ada susu pekat manis…sedapnya! Tak dapat coklat sebenar, coklat milo susu pekat pun jadilah….lepas makan benda manis, kenalah gosok gigi. Takut nanti, bangun pagi..mulut bau bangkai!!  Aku tebayanglah, macam manalah kalau ada orang makan budu sebelum tidur dan dia tak gosok gigi, hahahaha..confirm, bila dia menguap di pagi hari, kalau ada kucing melintas dia waktu itu,  arwahlah kucing itu dek terbau bangkai dari mulutnya..hahaha

Cakap tentang gosok gigi, teringat ada satu kisah aku waktu kecil2 dulu. Waktu itu baru darjah 1. Dulu, waktu tadika, aku sekolah di kampung. Sekarang, darjah 1, sekolah di Bandar Ipoh pula. Sekolah Rendah kebangsaan sungai Rokam. Pada suatu hari, cikgu berpesan agar murid2nya membawa berus gigi sebab ada program cara menggosok gigi yang betul. Bila aku balik dari sekolah, aku pun bagitahulah pada mak dan abah yang aku nak berus gigi baru sebab berus gigi aku dah tertinggal di kampung.

Kemudian, keesokan harinya, mak dan abah cakap yang mereka dah letak berus gigi dalam beg sekolah aku. Aku pun terus naik van dan pergi sekolah macam biasa. Sampai di kelas, Semua kawan2 aku keluarkan berus gigi. Mereka menunjuk2 berus gigi mereka. Macam2 gaya dan bentuk ada.. haha..memang dasar budak2 suka menunjuk2…haha…aku pun nak menunjuk2 juga! Aku pun cari berus gigi dalam beg. Tengok2. Ada 2 berus gigi. 1 kecil dan 1 sederhana besar. Aku pening……tapi aku gunakan yang besar sebab aku bangga nak menunjuk berus gigi akulah yang terbesar sekali..haha



Waktu dalam program berus gigi hari itu, aku ditegur oleh penceramah sebab aku menggunakan berus gigi yang besar dan tidak sesuai untuk kanak2. Biasalah, bila budak2 ditegur, kekecewaan di hati ni tak dapat dibendung lagi. Seharian aku muram saja. Aku geram sebab kena tegur! Malu pada kawan2! Penceramah tu tegur dengan baik, aku saja yang melebih2 kecil hati…biasalah! Budak2..hehe..

Bila sampai saja dirumah lepas habis sekolah, aku meradang pada mak dan abah bagitahu yang cikgu marah guna berus gigi besar! Then, mak cakap mak belikan berus gigi kecil, kenapa cikgu marah pulak? Selepas itu, tiba2 abah pula menyampuk cakap mak yang dia pun belikan berus gigi juga untuk aku…haha…mereka bertekak berdua! aku pulak tergelak! Rupa2nya, mak dan abah betul2 sayangkan aku…sampai kedua-dua mereka belikan berus gigi untuk aku…hehe….



-The End-

1 comments:

apit said...

yg awak 2 gosok gigi masa tadika guna berus gigi besar ke kecik??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...