RSS

Muka Kucing yang paling ketat sekali..haha


Dengan Nama Allah.. Assalamualaikum


Anda mesti biasa lihat gambar sebegini, lol pic yang menggunakan muka kucing ini. Tapi pasti ada yang bertanya samaada ianya photoshop atau gambar original.



Kucing ini telah dinobatkan sebagai The Grumpiest Cat In The World oleh pengguna internet. Kisah kucing ini menjadi sensasi di internet apabila abang kepadaTabatha Bundesen, tuan kucing tersebut meletakkan beberapa keping gambar née Tardar Sauce di Reddit pada 22 September 2012. Pelbagai spekulasi tentang gambar kucing bernama née Tardar Sauce atau lebih mudah digelar Tard, yang dikatakan dimanipulasi. Namun lebih banyak gambar mula muncul di internet bagi membuktikan ianya bukanlah manipulasi gambar.


 

Apabila video dan gambar tard menjadi semakin popular, mereka mula membangunkan laman sesawangGrumpyCats.com. Melalui laman ini mereka bukan sahaja meletakkan gambar dan video tard, tetapi juga melancarkan derma untuk membantu kuicng jalanan dan kucing di pusat pelindungan haiwan.

 

Apabila ditanya tentang baka Tard, mereka sendiri tidak pasti kerana Tard langsung tidak kelihatan seperti ibunya mahupun ayahnya. Tard kelihatan seperti kacukan Ragdoll atau Showshoe namun tidak ada baka itu di rumah mereka. Ibu Tard adalah Calico Domestic Short Hair dan ayahnya hanya kucing dengan belang putih kelabu.

 

 

Pernah mereka membawa Tard ke klinik haiwan namun doktor mengesahkan Tard adalah sihat. Rupanya begitu mungkin kerana genetik ataupun neurologi.

 

Q&A dari GrumpyCat.com 

1) Bepakah umur Tard: 
Dia (betina) lahir pada 4 April,2012.
2) Apakah baka tard:
Baka campuran tanpa diketahui secara jelas.
3) Adakah Tard dikacukkan? Dari mana Grumpy cat sebegini boleh diperolehi.
 Tard tidak dikacuk. Ianya berlaku secara tidak sengaja dan (alamiah).
4) Kenapa muka Tard begitu grumpy (ketat.. heheh)
Tard tidak grumpy, dia hanya sangat comel, suka dibelai dan manja.

5) Bolehkah saya ingin memilikinya:
Tidak. Tengok je gambar dekat website.


Diriwayatkan kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada née Tardar Sauce

 Si ibu:Cellie

Bapa Tard, si kucing belang

Percaya atau tidak kini Tard mempunya peminat yang ramai malah ada banyak gambar animasi Tard fanmade yang dihasilkan.

 













Mereka adalah adik beradik



 (Penggunaan kata 'ketat' di dalam post ini bagi menyesuaikan dengan jargon atau bahasa pasar. Grumpy secara Istilah membawa maksud pemarah, perengus)

Sumber Primari: The Original Grumpy Cat 
Sumber Sekunder:
http://www.huffingtonpost.com/2012/12/10/tard-the-grumpy-cat-speaks-pretty-freaking-adorable_n_2273523.html
http://now.msn.com/grumpy-cat-tardar-sauce-featured-in-photo-gallery

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...