Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki
seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat,Nabi hendak mengambil
jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas
jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong
belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya.Ketika Nabi kembali ke rumah,
Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi
menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan comel kucing itu.
Saya pun nak pakai tudung ^^ |
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di
rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu
sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeong ketika mendengar azan,
dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.Bahkan
kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan
layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah
serius, dalam sebuah hadis sahih Al-bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita
yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya
untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi
wanita ini adalah azab neraka.
Sayang dia.. |
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara
kucing. Aisyah binti abubakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan
merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdul Rahman bin
Sakhr al Azdi. diberi gelaran Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana
kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.
"
0 comments:
Post a Comment