RSS

Miss H ku sayang!


Assalammualaikum..
Seronok main make up2 dengan kawan2 (Miss N and Miss I)...teringat time main make up dengan Miss H time abang Miss H kawin...Miss H ni jarang pakai make up..tu yang bila make up tu..nampak lain sangat muka..
Bertemu dengan Miss H pada Julai 2008, first time jumpa, time tu baru masuk hostel kat UMT. Muka bodoh2 jer lagi..ahahaha....jumpa Miss H dengan ibunya...tengah kalut2 angkat barang ke dalam hostel...waktu tu memang tak kenal...tapi adalah sembang sikit2...dia dah la tak pergi orentasi UMT untuk ambilan kedua..bleh pulak dia balik ke rumah semula...hehe....



First time masuk Hostel..jumpa dengan Miss FIZ, dan Miss IMA letak barang jer tapi orangnya tak jumpa2 lagi...rindu sangat saat first2 time jumpa...(^^). Kemudian, First week kat hotel tu, start semua berdikari, basuh baju sendiri guna tangan, bawak handphone dalam poket sebab takut mak call...mak selalu call sebab rindu..first time berjauhan dengan mak kat Terengganu...ingat lagi time mak, abah dan abang yang hantar kita daftar kat UMT, lepas daftar tu, mereka tinggalkan kita dengan Mr Z kat depan blok B2 kat kerusi batu....rasa nak nangis je time tu sebab first time kena tinggal..tapi kuatkan semangat..tak nak nangis depan Mr Z...nanti dia ejek!..


Sambung cerita, ada satu hari tu, time basuh baju, handphone jatuh dalam baldi kain berendam...waaa! habis, tak boleh guna da! Miss H dan Miss FIZ yang cadangkan supaya buka handphone tu dan jemur tengah panas selama beberapa hari....hampir seminggu kot jemur...sambil tu, minta tolong kat Miss H pinjam handphone dia...dia dengan baik hatinya bagi pinjam....(^^), alhamdulillah handphone kita pun dah baik semula dengan izin-NYA..
Lepas tu, rasa macam dah serasi dengan semua orang, Miss IMA, Miss FIZ dan Miss H semuanya dah baik...kemudian, kita kena ke Bidong...best kat Bidong! Banyak benda belajar dan pengalaman tu memang tak dapat lupa la bila kita bersatu dengan alam...balik jer dari Bidong! Miss H bukak pintu dan menjerit nama kita dan peluk kita...Miss FIZ dan Miss IMA pun...rasa diri ini sangat berharga...busuk2 pun kita boleh dipeluk.....kami semua memang rapat...Kami juga ada masuk pertandingan antara blok, pentomin, koir, menari..best!..rindunya....dah lama berlalu tapi rasa macam baru jer semalam..


Miss H ajak kita ke rumahnya...first time gi rumah dia, terkejut! Banyaknya kucing!! Gebu2...ada 2 kucing gebu, nama Blacky dan oYen..kucing yang lain namanya Pendek, Kincan dan panjang serta beberapa ekor anak kucing yang kecik2 yang lain..yang tak tahannya, dia juga ada bela seekor biawak besar bawah rumahnya..biawak tu pulak kadang2 suka serang kucing dia..aduhai....
Waktu semester pertama dan kedua, kami ada bela seekor ikan laga namanya ungu, dia sangat comel dan berwarna biru keunguan, sebab tu namakan dia ungu, kami jaga dia sama2, tuka air akuarium sama2, bagi makan ikan sama2...kadang2 bagi ikan tu makan semut yang kami tangkap kat tepi2 bilik kami..hehe...lagi satu hobi kami ialah kumpul resit dobi baju..ada satu bilik jiran kami kat hostel, mereka tampal resit baju yang mereka ada sikit demi sikit kat tepi pintu sampai dah jadi tinggi dah..jadi kami pun selalu antar dobi sekaligus satu bilik punya baju tiap2 mingu untuk dapatkan resit dobi jugak sebab kami nak lawan bilangan resit dobi mereka... :p


Kami satu row kat blok hostel tu memang bising giler!!! Kecoh habis! Main bola kat beranda bilik tu sampai bilik lain marah2, ada satu bilik tepi bilik kami tu suka gelak kuat2 sampai bergema...Tiap2 bilik kot ada perangai masing2, ada kawan yang palapes suka gosok kasut jer kerjanya, gosok kasut depan bilik air plak tu, hehe, ada yang suka bergayut tepon lama2 sampai tengah malam...ada yang suka main game...kongsi2 game, ada kes kena rasuk hantu la sampai menyorok semua ramai2 dalam bilik sama2..ada yg suka jirus2 air kena kan orang dalam bilik air, sambut birthday pulak dengan tuang air milo basi, pecahkan telur dan baling2 tepung sambil record video...,



Ada juga sekali tu pergi berenang bersama, keluar ke bandar ramai2 sampai sewa 2-3 kereta, main kucing, susukan kucing yang terbuang, makan sama2, basuh pinggan sama2, bekerjasama sorokkan perkakas elektrik terlarang sama2 bila ada sport check, suka tangkap gambar, earth hour sama2, menari lagu2 hindustan, korea dan jepun, belajar sama2, gi kuliah sama2, naik van kuning UMT sama2, jalan kaki kat jalan bewak, hias bilik sama2, karaoke ramai2 dalam bilik dan juga kat bandar, hantar kawan2 naik bas balik kampung, tidur sama2, mengarut sama2, sahur, puasa dan berbuka sama2, Rindunyerr!


Then ada diantara kami yang kekal berhubung sampai ke hari ini dan ada juga yang duduk umah sewa sama2 dan still contact sampai sekarang! Ramai! Terumatamanya dengan miss H..kami dah terlalu rapat, yang lain pun baik jugak tapi dengan miss H ni lain, dia dah jadi adik kita, ibu dia pun ibu kita, mak abah kita dah jumpa sama2, abang dia abang kita, mereka melindungi kita seperti mereka melindungi  dan menjaga ahli keluarga mereka sendiri, kita tak taw macam mana nak balas jasa baik mereka..mereka sangat baik dan kita doakan semoga mereka akan hidup bahagia dan berjaya di dunia dan juga akhirat...mereka layak ya Allah, mereka banyak juga mengajarku mendekatimu ya Allah, Kau berkatilah hidup mereka selalu, Amin...



Kita doakan semua orang akan dapat melalui pengalaman2 yang manis dalam hidup seperti apa yang kita dah rasakan ni, semoga semua orang didunia ni dikurniakan sahabat yang menemani di saat suka dan duka...buat selamanya.....


Miss H, u always make me laugh and happy! but we're still can cry together too....u r my best friend and family  forever......



Cat pictures: credit to google

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...