Drafted on 18 Sept 2012
Assalammualaikum..
Syukur sangat ke hadrat Ilahi, aku dah pun selamat sampai ke Ipoh setelah menempuh perjalanan lebih kurang 7 jam dari Jertih, Terengganu. Lagi 30 minit nak sampai stesen bas, aku cepat2 telefon abah supaya aku dan abah sampai serentak di stesen. Jadi, tak perlulah tunggu lama2. Bahaya tau kalau tunggu lama2, jam baru pukul 4.30 pagi. Waktu ini memang tak ramai orang ada di stesen itu. Jadi, siapa nak teman aku kalau kena tunggu lama2?. Sebelum bertolak ke Ipoh semalam pun aku kena berteman. Alhamdulillah, aku dapat berkenalan dengan kawan baru. Aku lupa nak tanya nama dia, tapi yang pastinya, we had a great time together.!
Kawan Baru! |
Sesampai aku di rumah, waahhh! Home sweet home!! Pakwe aku, tuah dah siap tunggu depan rumah. Aku turun dan terus panggil dia. Sambil menggeliat2, dia perlahan2 menuju aku. Alahai! Manja sangat budak sekor ni! Belum sempat aku nak usap kepala dia, dia siap dah lentok di kaki aku. Ini kes rindu meroyan ni… sedangkan baru sebulan tak jumpa. Semakin besar dia dan semakin ‘handsome’.
Buka jer pintu rumah, tengok2, anak aku tengah tidur, ada anak patung ‘power rangers’ besar kat tepi dia. Aku curi kejap. Makk oi! Memang besar. Tapi Tuah lagi besar lah! Aku biarkan Tuah tidur dengan patung ni. Bagi dia ada teman tidur..haha
Patung power rangers |
Tuah Bawak Tido Patung tu.. |
Aloolololo...comelnyer! |
Haha...tetiba kepala dah hilang.. |
Macam biasa, bila sampai dari perjalanan yang jauh, kena la mesej bagitahu pada semua orang2 yang tersayang supaya mereka ini tak risau.
Selepas itu, perut mula menyanyikan lagu Rock kapak, ohh tidak! Makanan atas meja tak ada. Kita pun bangunkan tuah, ajak dia makan sama2 di dapur. Tuah makan ikan, kita makan roti pizza sejuk. Jadilaaaaa..buat alas perut.
Lepas perut dah kenyang, rehat pun sudah, tiba2 teringat pada ‘my lappy’. Oh my god! tiada siapa pun gunakan lappy aku. Dah berhabuk teruk! Kasihannya….tak apa, mulai hari ini, lappy ini akan kembali bersemangat.. ! macam aku! Semakin sihat! Dah Chubby pipi ini, makan banyak semasa tinggal di Kelantan..harap boleh turun semula berat badan ini..nanti nak ajak anak pergi jogging lah!
Jam dah pukul 5.50 pagi, sudah azan subuh.. haa..nak siap2 menghadap Ilahi, then nak bermimpi pula.. syukur sangat aku berpeluang lagi berada di rumah sendiri, dapat lagi berjumpa dengan mak dan abah, dapat lagi makan, dan masih bernafas… aku doakan semoga orang lain pun bernasib baik seperti aku…ataupun bernasib lebih baik dari aku..terutamanya untuk orang2 yang aku sayang…
0 comments:
Post a Comment