drafted on 19 Sept 2012
Assalammualaikum..
Hari ini, lepas subuh, aku terus bersiap2 nak keluar pergi
bersenam. Dekat kawasan rumah aku ada banyak padang dan ada banyak tempat untuk
bersenam. Tapi……. Bosan kalau nak bersenam seorang diri, aku nak juga berteman.
Aku ajak mak tersayang tapi dia tak nak. Aku terus bangunkan anak aku, nasib
baik dia mahu. Dia memang pantang dengar kalau aku cakap aku nak keluar. Kami
pergi ke padang dengan berjalan kaki.
Dalam perjalanan, terjumpa satu kawanan
burung merpati. Kami serbu tempat itu, burung2 itu berterbangan serentak!!
Wahh… rasa seperti di luar Negara, macam di dataran London!!.. dah lama tak
keluar berjalan2 awal pagi macam ini.. indahnya….
Waktu tengahari pula, aku rasa macam kurang sihat. Mata ini
berat..sangat mengantuk dan pening kepala. Tapi semua itu hilang lepas makan
masakan Mak! Hari ini mak masak asam pedas Ikan Patin. Woo…sedap sangat! Rasa
macam nak makan dengan pinggan2 lauk itu sekali! Haha.. Dulu mak jarang masak
sebab dia masih berkerja. Tapi dia tetap masak untuk makan malam kami.. letih2
pun dia masih fikirkan kami. Begitu juga dengan abah, kalau mak kerja, abah
yang masak untuk kami. Masakan emak atau abah sama sahaja sedapnya Cuma abah
lebih pandai padankan jenis2 masakan yang boleh dimakan pada waktu yang sama.
Jadi, mak akan masak apa yang telah dipersetujui bersama selepas bermesyuarat
dengan abah dahulu.
- Mak sangat pakar dalam memasak benda berempah seperti kari dan rendang. Dia juga pakar dalam menggoreng sayur dan masak sambal tumis serta nasi lemak. Dia juga pakar buat biskut dan kek. Fuh, memang sangat sedap.
- Abah pula pakar masak benda bersantan seperti masak lemak cili api atau gulai lemak sayur dan juga goreng bercili kering. Perrgghh! Memang terliurlah!
- Terlupa pula kepada kakak aku yang nombor 2, pakar masak benda bersup, sup ikan dia paling2 sedap. Dia juga pandai masak nasi ayam! Tapi sebenarnya dia pandai masak semuanya kot sebab apa sahaja yang dia masak memang sedap.
- Kakak pertama pula pandai masak macam2 lauk sebab dia suka mencuba resipi terbaru dari buku atau dari laman2 blog masakan. Hmm…semua resipi yang dicubanya agak menjadi!
- Abang aku? Hmm..walaupun dia tak pandai masak tapi dia sangat pakar dalam merasa makanan! Kalaulah dia terkenal di Malaysia, mesti dia boleh jadi juri rancangan masterchef. hehe
- Adik aku pulak pandai masak benda2 yang jarang ada dirumah seperti pancake dan roti canai.
- Aku?? Haha, rasa2nya masak nasi guna rice cooker, nasi goreng, bubur nasi, cucur, makanan segera seperti Maggie dan nugget serta air milo. Yeah! Hebat la juga kan!
Emak dan abah, insan teristimewa dalam hidupku. Menjaga kami
5 beradik. Penat lelah mereka tak pernah mengeluh. Malah sayangkan kami tak
kira apa yang terjadi. Walau kami dah banyak buat salah pun, mak abah tak
pernah buang kami dari hidup mereka.. tapi kami yang tak pernah fikirkan
perasaan mereka. Ternyata kami amat pentingkan diri sendiri. Minta maaf sangat
pada mak dan abah.. .
Memang betul kata orang, seseorang itu takkan memahami
perasaan ibu bapa sehinggalah dia telah menjadi ibu bapa. Tetapi, kalaulah waktu
itu ibu bapa kita masih hidup, beruntunglah kita kerana masih lagi diberi kesempatan
untuk menebus kesalahan kita. Tetapi bagi yang tidak bernasib baik, dimana ibu
bapa mereka telah kembali ke Rahmatullah, sesal kemudian tiada berguna. Oleh
itu, ambillah peluang dari sekarang. Jangan tunggu lagi..walaupun kita tak
merasa jadi ibu bapa, kita tetap kena sayang mereka. Syurga dibawah tapak kaki
ibu, dan ayah pula tempat untuk kita bergantung.. tanpa mereka, tidak bermakna
kita didunia ini….
Oleh itu, mari sejenak kita fikirkan tentang ibu bapa kita
dan kita sama2 doakan mereka, semoga
mereka panjang umur, diberi kesihatan, diampunkan dosa2, murah rezeki dan Berjaya di dunia dan di
akhirat kelak…Amin….
3 comments:
ikan paten??sesuai la dgn nama Fatin 2..
wah hebat dah 2 klu pandai masak nasi guna rice cooker..haha..yg 2 adik ipar belah saudara tiri belah nenek pun pandai wat..hahaha..
Syg ibu bapa sebelum mereka tiada..
hehehehe...alaa....pandai gak tu!! hmm...sayangilah mak ayah kita...
pandai la..pandai la..
Post a Comment