kalau tragedi yang ditakuti di Amerika ialah tentang runtuhnya bangunan pencakar langit WTC pada 11 september akibat dilanggar oleh kapal terbang pengganas,
tragedi yang ditakuti oleh aku sahaja ialah bila terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 6 september 2011, dan kematian datuk tersayangku pada tahun 2001, juga pada tarikh 6 september...
tambahan pula, tarikh itu adalah tarikh keramat bagi diriku...
6 September.....Tarikh Hari Jadiku....
pada tahun 1999, waktu itu aku 11 tahun, baru darjah 5, kurang matang lagi tapi terpaksa mendukung tanggungjawab yang agak berat iaitu membantu ibuku menjaga datuk yang sakit di rumah...
asalnya, datuk aku tak sakit tapi dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tulang punggungnya retak..dan disebabkan hal itu, dia tidak boleh lagi berjalan....semua aktivitinya di atas katil sahaja...
aku adalah cucu kesayangannya sebab hanya aku sahaja yang rapat dengannya, aku duduk kampung dulu... dari umur 4 tahun sehingga 7 tahun..
akulah penghantar makanan kepada datukku dulu, opah yang suruh..
walaupun opah dan datuk dah bercerai, tapi mereka masih tinggal berjiran...
setelah datuk dibawah jagaan ibuku selama hampir setahun, mak saudaraku pula ingin menjaga datuk..
rumah mak saudaraku di kamunting, Taiping, kira2 2 jam perjalanan dari Ipoh..
setelah beberapa bulan duduk di Taiping, datukku telah sembuh dan boleh berjalan semula tetapi dengan menggunakan tongkat...selang beberapa bulan kemudian, tiba2 datuk terjatuh di dalam bilik air dan tulang punggungnya kali ini patah terus...
selepas kejadian itu, datuk terus lumpuh seumur hidupnya...
pada tahun 2001, ketika itu aku di tingkatan 1, mak saudaraku meminta aku dan kakakku ke Taiping untuk membantunya menjaga datuk kerana anak2 mak saudaraku masih kecil lagi dan tak dapat membantu untuk menjaga datuk..
tetapi, aku tak mahu! aku bosan! aku malas! aku banyak hal lain yang aku nak buat...
kemudian, selang beberapa hari kemudiaan, pada 6 september, keluargaku telah menerima satu panggilan telefon, mak saudara aku mengatakan yang datuk dah tak ada, dia telah kembali ke rahmatullah..
kematian ini telah meninggalkan kesan dalam diriku... disebabkan aku tak mahu menjaga datuk, datuk tiba2 meninggal... diri ini rasa bersalah sangat....sampai sekarang, aku masih lagi menyimpan sijil kematian datukku... dan juga sebuah buku bertajuk "Doa dan zikir untuk Pelajar" pemberian datukku...
buat kenangan ketika aku merindukan datukku..
kadang2 aku pernah termimpikannya sedang duduk bercerita kepadaku tentang pengalaman mudanya sebagai seorang askar kepadaku... sama seperti aku masih kecil dulu...
jikalau aku diberi peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan, aku ingin menjaganya semasa dia sakit dulu dan aku mahu katakan kepadanya selalu yang aku sayang sangat kepadanya....
Atuk! Atin rindu kat atuk.......
Al-Fatihah Buat Datukku, Ngah Mat Nasir.....
0 comments:
Post a Comment