mengenang kembali kisah sedihku setiap kali di hari jadiku sendiri..... |
pada tahun 2011, tahun lepas...waktu itu baru lepas raya..
aku dan mak saudaraku yang duduk di Jertih ini dalam perjalanan pergi ke Hospital USM Kubang Kerian,
waktu itu lebih kurang pukul 9.30 pagi, hari selasa, tarikh 6 September...
mak saudaraku ada temujanji dengan doktor, suaminya ada hal lain dan tak dapat nak menghantarnya ke sana....`
macam biasa, semasa dalam perjalanan, aku dan mak saudaraku bersembang, bergelak ketawa mengenangkan hal2 waktu dulu2 yang lucu ketika duduk di kampung....
kemudian, kami ikut jalan shortcut, jalan kampung, di Kelantan ni, jalannya tak rata, berlubang2, pokoknya, semua jalan di Kelantan ini memang banyak sudah rosak dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain....
semasa aku bersembang dengan mak saudaraku, aku ada cakap"makwan, atin ingat nak duduk umah makwan lama sikitla, tak nak la balik ke UMT cepat sangat", mak saudaraku itu bersetuju sahaja, dia lagi suka kalau aku duduk terus dengannya..haha..
selepas memandu melalui bulatan sebelum menghala ke bandar Pasir Puteh Kelantan,
kami pun meneruskan perjalanan tanpa ada masalah,
biasalah, malang tidak berbau, kami tidak dapat meramal apa2 pun buruk yang bakal berlaku kerana suasana pagi itu sangat indah, sejuk, nyaman, kenderaan yang ada di jalan pun tidak begitu banyak, dan teratur..
semasa memandu di jalanraya Pasir puteh, berdekatan dengan sebuah Hotel "Tuah Inn", melepasi sebuah stesen Minyak Petronas yang terbesar di situ, aku ternampak ada sebuah kereta wira Hitam di hadapanku,
dia memandu agak perlahan, walaupun aku masih ada jauh dibelakangnya, aku dapat mengagaknya, tanpa buang masa, aku terus mengambil keputusan untuk memotong!
aku tidak nampak sebarang masalah ketika itu, keadaan jalan luas, rata, elok, di lorong jalan bertentangan pun tiada kereta, cuaca pun tak panas, tak silau, apa lagi??? boleh potonglah kan?
ketika aku memotong di lorong sebelah kanan, tiba2 kereta wira itu membelok ke kekanan seolah2 dia mahu masuk ke satu simpang, aku tidak sempat membrek lalu.......Panggggggg!!!!!
tidak dapat diselamatkan lagi, keretaku telah melanggar pintu tempat duduk pemandu kereta wira hitam itu,
semuanya berlaku dalam keadaan aku sedar!! aku nampak semua yang telah berlaku...
ya! aku nampak! dan sampai sekarang aku tak pernah lupa pun apa yang aku nampak ini...
hanya beberapa saat...................
semuanya bagaikan wayang!!! sangat menakutkan...
orang yang duduk di kampung berdekatan terus datang ke situ untuk melihat kami...
polis peronda yang sedang meronda di situ pun terus singgah untuk melihat kami juga...
mereka menyuruh aku membelakangkan keretaku sedikit untuk memberi ruang kepada pemandu kereta wira itu yang susah nak keluar....
aku tidak berhenti beristighfar, tidak berhenti!!!!! aku terus keluar tanpa menyedari kesakitan yang aku alami.. ketakutanku lebih besar dari kesakitanku ketika itu.....
aku harap sangat jikalau semua ini adalah mimpi, apa yang harus aku lakukan???? ini bukan kereta aku, tapi kereta abah aku, apa yang harus aku cakap pada abah nanti?? aaarrghh! serabut! serabuT!
tapi aku tetap rasa bersyukur, Allah banyak menolong aku...
Lebih kurang macam inilah kedaan kereta vivaku yang kemalangan itu (Gambar hiasan) |
Lebih kurang macam inilah keadaan kereta wira yang aku langgar itu (Gambar hiasan) |
selepas aku keluar dari kereta, orang yang aku langgar itu pun keluar dari kereta, tapi susah sikit dia nak keluar kerana pintunya melekat kuat kerana kemalangan itu..
takutnya aku bila melihat dia seorang lelaki berumur linkungan 30 an, berkulit gelap, berbadan sasa dan berkepala botak!, dia memakai kemeja dan seluar jeans, penampilannya seperti seorang gangster kerana setelah dia keluar dari kereta, dia telah menendang keretanya sebanyak 2 kali seperti melepaskan geram!
yang aku pula masih tak berhenti beristighfar, tetapi aku tidak menangis, cuma aku jadi blurrr.. tak tahu nak buat apa..
mujurlah orang kampung di situ banyak menenangkanku, mak saudaraku pula hanya duduk di dalam kereta sambil bersembang dengan orang2 di situ tentang bagaimana kemelangan ini boleh berlaku...
2 orang polis peronda pula tidak habis2 lagi menangkap gambar kereta yang remuk dan kesan hitam geseran tayar atau sepihan pecahan kereta di atas jalanraya...
Alhamdulillah, aku, mak saudaraku, dan juga orang yang aku langgar itu selamat, inilah buktinya kekuasaan Allah....
kemudian, aku terus menelefon bapa saudaraku, dia meninggalkan kerjanya lalu terus bergegas ke tempat kemalangan, dia juga telah memanggil kereta penunda untuk menarik keretaku ke balai polis bagi siasatan lanjut...kemudian, bapa saudaraku pergi melihat keadaan kereta wira itu pula,
alangkah terkejutnya dia melihat yang kereta wira itu memakai cermin gelap yang melebihi had yang telah ditentukan oleh polis, cukai jalan kereta pun tiada.....
orang kampung di situ juga memberitahu bahawa pemandu kereta wira itu duduk berdekatan di situ, mereka kenal dengannya dan mereka bercerita kepada kami yang pemandu itu memang selalu kurang ajar dan selalu buat masalah dengan mereka...
mereka kata bagus juga dia terlibat dalam kemalangan ini, tambahan pula keretanya tiada cukai jalan dan memang sah kalau dia dipersalahkan dalam hal ini...mereka juga mengajar aku dan bapa saudaraku cara2 nak buat laporan polis, mereka mengambil kesempatan di atas kejadian kemalangan ini untuk membalas dendam ke atas pemandu wira hitam itu...waduhh!! ini sudah jadi macam dalam filem ni... tapi Alhamdulillah, Allah telah menolongku, memang aku sedar atas apa yang telah berlaku ketika kemalangan itu, aku tahu aku tidak bersalah! aku perlu menegakkan keadilan!
Selepas itu, aku ditemani bapa saudaraku untuk di soal siasat di balai polis berdekatan,
mereka menyoalku dengan bermacam2 soalan, semua keteranganku diambil dan ditaip masuk ke dalam komputer.....setelah semuanya selesai, aku disuruh membayar beberapa ringgit untuk membeli salinan laporan polis yang aku buat.....setelah semua urusanku dengan pihak polis selesai, aku dibenarkan pulang dan semasa di rumah, aku telah meminta tolong kepada bapa saudaraku untuk menelefon mak dan abah dan memberitahu tentang kemalangan ini, aku tiada kekuatan untuk memberitahu mereka sendiri.....
aku masih trauma, senyap sahaja duduk di rumah mak saudaraku,
tapi alhamdulillah, trauma ku tidak begitu teruk, cuma aku mula rasa sakit2 badan, mak saudaraku juga begitu.... baru aku sedar, betapa sakitnya pinggang sebelah kananku, tadi tak terasa pun!!!
aku letak sedikit minyak urut berangin dan berehat....
selepas sembahyang Maghrib, aku menerima satu panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali,
rupa2nya, itu ialah nombor telefon pegawai polis yang mengambil keteranganku tengahari tadi...
dia memberitahuku semua siasatan telah selesai dan aku didapati tidak bersalah atas kemalangan yang berlaku....Alhamdulillah!!!! syukur padamu ya Allah! sungguh besar rahmat pertolonganmu kepadaku, hambamu yang telah banyak berdosa kepadamu ini.... kemudian polis itu juga mensihati aku agar lebih berhati2 ketika memandu dan ambillah iktibar atas kemalangan yang telah berlaku, dia juga cakap akan mendoakan keselamatanku selalu dan minta aku jangan trauma atau lemah semangat! ini semua adalah pengalaman yang semua pemandu akan rasa...waktu itu, barulah menitis air mataku.... aku mengucapkan terima kasih kepadanya.........sangat2 berterima kasih!
malam itu, alhamdulillah, barulah aku mula tersenyum dan mula bersembang dengan sepupuku seperti biasa...
mak saudaraku juga sudah lega......
tapi apabila nak tidur malam itu, aku asyik teringat tentang kemalangan tadi... aku cuba melelapkan mata...
tetapi sesudah mata ini dipejamkan, kemalangan itu asyik berlaku berulang2 kali di dalam benak fikiranku...
aku tak mampu tidur.......memang tak mampu walaupun dah baca doa tidur... tapi lama kelamaan, aku terlelap juga.... selepas itu, aku bermimpi tentang kemalangan juga...
keadaan ini berterusan selama beberapa minggu...ya, aku dalam trauma...
selepas kemalangan itu berlaku, aku naik bas untuk balik ke UMT, di UMT, aku tidak tinggal di rumah sewa kerana rumah sewaku agak jauh dari tempat belajar, aku mengambil keputusan untuk hidup menumpang di bilik asrama adik angkatku...alhamdulillah, semua rakan sebiliknya tidak kisah, malah sangat baik kepadaku... aku kena kuat!!! banyak kerja yang aku kena selesaikan, aku tidak boleh terus trauma atau bersedih!! FYP aku tak siap lagi!!!! aku kena kuat!!! alhamdulillah, Allah telah membuat ku kuat!!!
aku hari2 berjalan kaki ke kuliah, haha, berat badanku turun mendadak! tapi baguslah! aku boleh kurus!..
kini, sudah setahun berlalu, aku bersyukur, aku berjaya menghadapi segala yang berlaku tahun lepas dan masih lagi bernafas sehingga ke hari ini... dalam keadaan aku susah nak siapkan FYP aku dulu, alhamdulillah, sekarang, result FYP aku dapat gred A! aku dah tamat belajar pun sekarang, cuma nak tunggu majlis graduasi aku yang akan berlangsung bulan 11 nanti.... alhamdulillah, aku pun dah bertunang!, dengan orang Taiping, hehe, dia banyak memberikan semangat kepadaku untuk teruskan hidup! banyak kebaikan yang berlaku kepadaku sekarang, cuma kadang2 adalah sedikit ujian Allah bagi kepadaku tetapi aku masih boleh uruskannya kerana aku rasa ujian tahun lepas lebih berat lagi...kata orang, alah bisa, tegal biasa....
aku harap sangat semua orang yang sedang menghadapi ujian Allah bersabar dan teruskan berdoa, insyaAllah, sesudah kesusahan, akan ada kesenangan manis yang menanti...Amin!!
Auchakk!! Happy2 kan diri selalu! jangan sedih2 lagi! |
0 comments:
Post a Comment