Hey! Look... I am still smiling. ..right?
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Wednesday, October 09, 2013
/
Comments: (0)
Pantun kehidupan..
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Saturday, September 28, 2013
/
Comments: (3)
Gambar Hiasan |
Kulit Kerang di dalam kendi,
isinya pula dimasak kari,
kalau orang sudah tak sudi,
Tiba masanya mengundurkan diri,
Kalau suka menyendiri,
nanti tersisih sampai ke mati,
janganlah pula menjauhkan diri,
setelah dikasihi sepenuh hati,
Bunga-Bungaan kembang berima,
kumbang pun datang berdekat dekatan,
setelah ikatan kukuh bersama,
jangan pula di sia siakan,
Singgah di kedai tumpang berteduh,
kerana hujan turun bercurahan,
jika sudah tiada jodoh,
jadikan perpisahan satu pengajaran,
Angin laut menderu sasa,
nelayan tidak turun menjala,
kita semua manusia biasa,
sampai masa kan pergi jua...
Gambar Hiasan |
\
Nukilan : Fatin Hanani Hamdzah
Sajak Hijrah Manusia
Posted by
Fatin ohyeyeh
/
Comments: (0)
Gambar Hiasan - Dari google search |
Hijrah,
Perpindahan umat Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah,
Untuk mengembangkan agama Allah S.W.T.
supaya terbentuk satu kerajaan Islamiyah,
dan membantu manusia ke jalan yang benar,
Terlalu banyak dugaan yang dilalui,
terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki,
demi berhijrah bersama Rasulullah S.A.W yang dikasihi,
Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,
Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..
\Alhamdulillah...Moga Agama Islam, Agama Allah akan terus menang dan berkembang...
Amin..
Untuk Pemimpin Malaysia, Tun Dr Mahathir..We Love You
Posted by
Fatin ohyeyeh
/
Comments: (0)
Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar dari google search |
Wahai Pemimpin,
Kaulah pembangun semangat bangsa,
Kaulah yang mempertahankan agama,
Bertugas sebagai Khalifah negara,
Menjalankan perintah yang Maha Esa,
Wahai Pemimpin,
Kau lain daripada yang lain,
Kau tak pandang duit walaupun sesen,
Rakyat yang menjadi hal terpenting,
mengelak dari terumbang ambing,
Wahai Pemimpin,
kau telah membuka luas mata dunia,
Kau telah menjelajah setiap ceruk belantara,
Potretmu terpampang di mana jua,
kaula pemimpin Malaysia buat selamanya..
APA ITU ISTIDRAJ?
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Wednesday, September 25, 2013
/
Comments: (0)
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.
Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahu a'lam
COPY PASTE dari page fb : I am muslim and i am proud about it
Inilah yang dinamakan istidraj.
Gambar hiasan |

Kenapa rezeki dia lebih dari saya?? La Tahzan ~ Rezeki
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Tuesday, September 24, 2013
/
Comments: (0)
"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?
Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.
Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.
Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.
Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.
Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.
Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.
~Hamba Allah~
Copy paste from FB Hati Ini Milik Dia
Kata-kata tentang Rezeki
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Sunday, September 22, 2013
/
Comments: (0)
Aku paling tak suka bila kawan cakap, 'Untung lah kau, pointer tinggi nanti mesti senang dapat keje. Aku ni pointer rendah mesti susah dapat keje". Tup2 kawan aku dapat keje dah berbanding aku... biasa kan jadi macam tu???
manusia suka silap.. bukan pointer yang tentukan kerja.. tapi rezeki yang Allah bagi... semuanya berlaku dengan ketentuan Allah..
Aku Amat suka dengan post dari laman Jodoh Dan Rezeki, Cepat Atau Lambat... sila lah baca...
Then....
Kata pujangga tentang Rezeki
"Masing-masing dari orang miskin dan kaya harus menunaikan sabar dan syukur.
kerana, iman itu terbahagi dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur.
boleh jadi bahagian kesabaran orang kaya itu lebih banyak, kerana ia bersabar padahal ia mampu (untuk melakukan hal yang terlarang),
sehingga kesabarannya lebih sempurna dibandingkan orang yang kesabarannya yang disebabkan ketidakmampuan (yakni orang miskin) yang terhad.
Dan (demikian pula sebaliknya), boleh jadi kesyukuran orang miskin itu lebih sempurna.."
" keberkatan adalah sebaik-baik keuntungan.."
"Rezeki lebih atau kurang bukan sukatan redha Allah terhadap kita...kita tak pasti rezeki banyak juga tak semestinya rahmat yang Allah beri...Rezeki banyak boleh jadi jugak Istidraj dan ujian utk kita...
Banyak bersedekah adalah terbaik..."
" JIKA KITA BOLEH BERSYUKUR DENGAN APA YG KITA ADA..KITA TAKKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA. YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH."

Kubur Idaman
Posted by
Fatin ohyeyeh
/
Comments: (0)
Semua orang mengimpikan sebuah rumah idaman...
ada yang mahu rumah besar, cantik, kemas...laman besar...ada taman...selesa...
Tapi pernahkah terfikirkan rumah kita selepas kita meninggal dunia?
ya... KUBUR...
KUBUR tu dikira rumah juga tapi penduduknya ialah jasad yang sudah ditarik rohnya oleh ALLAH SWT..
Gambar Hiasan |
KUBUR tu ibarat umah yang tak begitu besar... ikut saiz badan.. lagi besar badan.. lagi besar la kuburnya..
lagi tinggi ketinggian seseorang..lagi la panjang kuburnya....
tapi tak ada sesiapa pun yang mahukan kuburnya menjadi seperti rumah idaman mereka yang cantik, luas dan selesa... kerana mereka menganggap kehidupan selepas mati sudah tidak penting...yang penting... di dunia sahaja kena selesa... sebenarnya...sesiapa yang mengatakan sebegini... ia ternyata sekali SALAH..
TETAPI, saya juga pernah dengar cerita...ada orang yang sangat mengambil berat tentang kuburnya...seperti contoh..sebelum mati, mereka siapkan kubur yang cantik2...keranda yang ada air cond.. ruang dalaman kubur yang luas... dilengkapi pula dengan sistem pengawetan yang baik supaya jasad lebih tahan lama..
ada juga orang yang mewasiatkan supaya apabila dia mati, dia mahu segala harta kekayaaannya seperti wang, emas dan barangan2 kesukaannya ditanam bersama dengannya di dalam kubur supaya dia akan tetap menjadi kaya walaupun setelah dia mati...
waduh... waduhh... macam - macam karenah manusia zaman sekarang...
pada pendapat saya... sebagai orang Islam... terdapat cara lain untuk kita membina kubur idaman kita sendiri...
Gambar Hiasan |
Melalui kaca mata seorang pemuda islam di dalam sajaknya;
Ciri-ciri Rumah yang Selesa
Tika kecil dahulu,
saya telah diajar,
akan perihal kubur.
Di mana kubur mereka yang soleh,
bakal menjadi seluas-luasnya,
dan terasa indah hidup didalamnya.
Dan kubur mereka yang tidak soleh pula,
bakal menjadi sesempit sempitnya,
terseksa tiada kepalang didalamnya.
Saya sungguh teruja tika itu.
Saya terbayangkan tanah lapang yang menghijau,
rama-rama yang berterbangan menebarkan kecantikannya,
dan bunga-bunga yang mekar membunga.
Semuanya dalam kubur yang luas,
kubur mereka-mereka yang soleh.
Menakjubkan bukan?
Bagaimana suatu lubang,
yang hanyalah 3 kaki lebarnya,
dan 7 kaki dalamnya,
oleh menjadi suatu taman,
yang tidak terhingga indahnya.
Wahai akhi sayang,
ukhti seTuhan,
inilah dia,
nikmat kurniaanNya,
penangan amal soleh.
Begitu jua,
dengan perihal makan dalam talam,
dan jua perihal menerima tetamu.
Talam yang diameternya tak seberapa,
tetap terasa luas dan mencukupi,
pabila dikongsi bersama orang-orang soleh.
Terasa bahagia,
tatkala lutut-lutut berlaga,
jari jemari saling menguis.
Rumah yang luasnya tidak seberapa jua,
tetap terasa indah dan berbunga-bungaan,
pabila dikunjungi orang-orang yang soleh.
Terasa nak senyum lebau je memanjang,
nak bawa depa langkah setiap inci rumah,
moga barakah limpahanNya mencurah-curah ke setiap pelusuk.
inilah dia,
nikmat kurniaanNya,
hanya buat mereka-mereka yang soleh.
Dan dengan hujah-hujah inilah,
saya menjelaskan rumah idaman saya.
Saya boleh beri ukuran,
sebagai ciri-ciri rumah idaman saya.
5000 kaki persegi,
5 tingkat, 20 bilik,
5 ruang tamu.
Sememangnya boleh.
Tapi,
Islam telah mengubah pemikiran saya, alhamdulillah.
Kini saya sedang mencari Syurga.
Dan Syurga,
sifatnya adalah tidak mampu difikirkan akal manusia,
tiada batasan nikmat yang bakal dikurniakanNya.
Saya inginkan sebuah mahligai di sana kelak,
mahligai yang tiada tandingan sifatnya.
Dan dengan ciri-ciri Syurga saya itu,
maka saya bina rumah idaman saya.
Rumah yang tiada batasan luasnya,
rumah yang tiada penghujung kebahagiaannya.
Jika kubur mampu menjadi luas,
dengan amal soleh.
Apakah sebuah rumah yang lebih luas,
tiada mampu kita luaskan dengan beribu kali ganda,
dengan keluarga yang soleh?
Ini rumah idaman kami, insyaAllah.
Moga Allah redha.
***
afiqsazlan..
2355.
30052013
Hmm... bagus juga nukilannya...
Di dalam beramal soleh... Al-Quran juga dikatakan adalah teman penerang kegelapan di dalam kubur..
Masya Allah...
Saya inginkan kubur yang begitu...
selain itu juga... saya inginkan juga keluarga saya datang menziarahi kubur saya...membersihkan kubur.. memberi salam...membacakan yasin... sedekahkan Al-fatihah... bukan selalu... datang saat2 yang penting pun dah cukup.. seperti saat mengadakan tahlil, menurunkan batu nisan, mengingati hari jadi, hari raya aldilfitri,..hari raya korban... atau pada bila-bila masa yang dirasakan lapang dan sesuai..sekadar mengingati... dan.. jangan menangis di kubur saya... relakan lah saya pergi... sebab kematian tu adalah saat pasti.... saat PASTI yang dijanjikan oleh Allah...
Lagi 44 tolak 1 hari = 43 Hari..
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Wednesday, September 18, 2013
/
Comments: (0)
Assalammualaikum...
Alhamdulillah....kita masih diberikan nikmat kehidupan dan masih hidup hingga ke hari ini..
Nikmat Allah yang paling besar...iaitu MASIH HIDUP, MASIH BERADA DI JALAN ALLAH dan MASIH SEHAT...
Kerana tanpa NIKMAT INI... Nikmat yg lain mungkin x senikmat yg diharapkan..
ini hanya pendapat saya sahaja...tak diiktiraf pun... tapi kalau anda menyokong pernyataan saya ni.. ucapkanlah dalam hati kalian Alhamdulillah...
ermmm.... pejam celik..pejam celik.. da tinggal lagi 43 hari untuk memasuki alam yang baru...
hati girang...tak sabar.. tapi pada masa yang sama...kerisauan pun ada... tapi jangan risau..
katakan pada hati..dan fikiran..dan pada diri sendiri..jangan risau.... kerana janji Allah itu pasti...
saat bernikah sahaja pasangan lelaki dan perempuan..Allah akn bukakan semua lohongan rezeki...
tapi walaupun begitu..USAHA tetap penting... tanpa USAHA.. tak boleh dapat apa2 rezeki... kecuali dengan izin Allah...
Bila Cakap tentang REZEKI.. mungkin orang akan terpikir tentang hanya tentang wang ringgit, pekerjaan dan harta semata... ingat... ia bukan sekadar itu... pada pendapat saya...
Kebahagian juga rezeki
ketenangan juga rezeki
ahli keluarga juga rezeki
kawan-kawan yang baik juga rezeki
anak anak juga rezeki
orang buat baik dengan kita pun rezeki
Alhamdulillah..bakal dapat suami soleh pun rezeki.. (^_^) wahai Mr. H..
apa jua kebaikan yg kita perolehi pun adalah rezeki..
Kita tahu kadang kadang rezeki orang lain mungkin lebih dari kita..
tapi kita tak tahu kenapa?
mungkin saja ibadat mereka lebih dari kita...hari2 sembahyang Dhuha ke...
walaupun orang itu tak pandai, tak cantik ke..tapi still dapat rezeki lebih dari kita...ingatlah..Hanya ALLAH yang pegang rezeki dan hanya DIA yang memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA dikehendaki..
kenapa kita nak menyibuk? kita nak rezeki...marilah sama sama kita pohon kepada Allah... (^_^)
tentang isu kenaikan minyak.. Ramai orang cakap yang semua orang akan jatuh miskin... semua barang makanan naik.. tapi pada pendapat saya.. rezeki itu datangnya dari ALLAH... kalau minyak naik setinggi mana pun.. ia tidak menganggu pemberian rezeki Allah terhadap seseorang itu..
Dalam hidup kita ada takdir yang kita boleh ubah dan ada takdir yang kita tak boleh ubah...
kita patut bersyukur kerana Allah menyerahkan sedikit takdir kepada kita untuk memilih jalan hidup kita sendiri walaupun kita ini hanyalah hambanNya. asalkan jangan lari dari landasan Syarak dan tidak melanggar segala larangan Nya... Bertuah kan kita?
YA HANANA...

Gambar ni dari google search..hehe |
Biskut 5 Pagi..
Posted by
Fatin ohyeyeh
/
Comments: (0)
Waktu telah menunjukkan hampir pukul 5 Pagi...Alamak... lewatnya..
bagaimana ini dong!! tak mengapa...dah biasa...tidur lewat..bangkit lewat...
tapi tak boleh buat selalu...kadang kadang sahaja boleh..
kenapa tidur lewat????
SEBAB BUAT BISKUT
Kenapa Buat Biskut??
SEBAB ADA ORANG TEMPAH
Kenapa dia tiba tiba tempah pula?
SEBAB DIA MAHU HANTAR BISKUT NI KE MESIR, UNTUK ANAKNYA...
sengaja buat biskut ni tengah malam supaya kurang gangguan.. biasalah..di rumah ini selalu menjadi kunjungan anak - anak saudara tercinta yang comel..walaupun comel..tapi tak boleh duduk diam dan suka kacau orang buat kerjaaa..... arrgghh..geramm....hehe...
wah..biskut turun temurun keluarga ni dah sampai ke Mesir..Alhamdulillah..tidak ku sangka..
Semoga Allah murahkan Rezeki Kami sekeluarga... Begitu juga dengan keluarga anda.. Amin.. Ya Allah..
Miss U (T_T)...

Biskut Nestle Cornflakes |
Miss U (T_T)...
Tragedi 6 September berulang lagi..
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Tuesday, September 17, 2013
/
Comments: (0)
Ingat tak post yang bertajuk tragedi 6 september...
tarikh itu... tarikh keramat...
tarikh hari lahirku..
ada 2 kejadian besar yang terjadi pada tarikh itu..tapi berlainan tahun..
6 september 2001 - Atuk kesayangan meninggal dunia
6 september 2011- Kemalangan teruk di Pasir Puteh ,Kelantan
ingatkan da tak ada lagi tragedi di hari jadiku ini..tapi rupanya ada.. semoga tiada lagi tragedi yang buruk bakal berlaku..
6 september 2013 - kira2 sepuluh hari yang lalu.. Bapa Mertua Kakakku meninggal dunia... apa kaitannya dengan aku? walaupun hanya bapa mertua along.. tapi...Arwah rapat sangat dengan keluarga kami.. tak sangka..sebelum arwah pergi...arwah ada menyebut mahu berjumpa along, anak2 dan adik along iaitu aku....
ya.. aku selalu ikut kakak aku balik kampung mertuanya...sebab abang ipar minta aku temankan kakak aku tu.. sayangnyerrrr dia pada bini dia...kebetulan aku pun da tak bekerja.. jadi aku pun macam lembu cucuk idung.. ikut jer apa org cakap...apa yg org suruh..hehe.. so.. ikut jer la along dan anak2 balik kampung di teluk intan.. sebab tu la aku rapat dengan arwah.. arwah ni ramah orangnya...aku ni pun mulut bising... dapat masuk la keramahan kami berdua ni...bkn dengan arwah jer...semua adik beradik abang ipar aku ramah... dan baik2...memang ngam! macam adik beradik sendiri...alhamdulillah,... beruntungla kakak aku dapat family mertua macam tu... rasa macam di rumah sendiri bila ada di kampung tu...
sambung cerita..pada tarikh keramatku itu.... kami (Aku, Mak dan along dan anak2) mahu menziarahi arwah yang saat itu sedang dirawat di hospital teluk intan akibat sakit Gout. Tapi alhamdulillah dia masih boleh bercakap..cuma arwah lemah dan hanya mampu baring... kami bertolak ari ipoh pukul 11..kiranya perjalanan hanya mengambil masa 1 jam dan kami akn sampai pukul 12 tengahari, waktu utk melawat pesakit dalam wad. tiba2 dalam perjalanan.. kami dpt panggilan yang arwah tiba2 kritikal.. along yang sedang memandu hampir hilang tumpuan memandu dan hampir melanggar kereta lain...fuuhh..tp alhamdulillah.. dia sempat brek.. kami pun meneruskan perjalanan dan kami selamat sampai di wad kecemasan teluk intan.. sesampai saja kami di pintu lif.. kakak ipar kakak ku menangis teresak esak sambil terus memeluk kakakku... rupanya arwah da menghembuskan nafasnya yang terakhir hanya 10 minit sebelum kami sampai... sebelum arwah meninggal..Arwah nak jumpa kami..tapi tak sempat... aku tak menangis...aku nak tahan.. sebab tak elok menangisi pemergian sapa2 pun.. selagi boleh tahan..aku tahan..
Jadi, kami pun balik kampung siapkn rumah utk upacara pengebumian.. orang kampung pun da banyak berkumpul walaupun jenazah belum sampai.. ada beberapa perkara yang orang kampung berkerjasama siapkan tetapi agak pelik cara persediaan mereka itu. Antaranya ialah :
1. letak beras dalam bekas jag kaca untuk letak duit sedekah orang ramai.
2. pusing2 kain tuala tuala utk bagi orang lelaki yang menguruskan jenazah di tanah perkuburan.
3. balut kain pelikat setiap satu dalam surat khabar utk bagi orang sebagai sedekah.
itu adat orang kampung agaknya.. tak apalah..asalkan adat tu tak bertentangan dengan ajaran agama Islam.. tidak apa utk diamalkan....
Kemudian... sesudah itu.. jenazah sampai.. tetapi jenazah dikebumikan lewat kerana menunggu kepulangan abang iparku dan adiknya yang bekerja di langkawi.. pukul 6.30 petang abang iparku dan adiknya sampai, mereka terus meluru masuk untuk melihat jenazah ayah mereka sambil menangis....tiba2 seluruh rumah diselubungi kesedihan yang teramat sangat.. kasihan pada keluarga mertua kakakku ini.. dalam masa beberapa tahun ni.. selalu dikejutkan dengan berita kematian..mula2..biras kakak ku meninggal akibat denggi, kemudian mak mertua meninggal akibat jatuh bilik air, kemudian biras kedua kakakku meninggal kemalangan jentera dalam kebun kelapa sawit...dan sekarang,...bapa bertua kakakku pula meninggal.. belum habis lagi sedih...da dikejutkan lagi dengan kesedihan...beratnya ujian mereka ini ya Allah..
akhirnya air mata ku jatuh jua menyaksikan betapa sedihnya mereka menangisi pemergian ayah mereka.. aku tak dapat bayangkan kalau la mak dan abah aku pergi nanti.. aku tak tahu sama ada aku boleh menempuh saat itu atau tidak...sedih memang sedih.. apapun... yang pergi tetap akan pergi..dan takkan kembali... kita yang hidup kena teruskan hidup walau apa pun yang terjadi... nanti waktu kita pula... walau kita tak tahu bila.. janji Allah itu pasti...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.. Al-Fatihah...
Dalam Kenangan...Arwah Encik Haron (Lelaki Bersongkok hitam) |
Gambar Tuah Waktu Kecik..
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Sunday, September 15, 2013
/
Comments: (0)
Tuah Umur 3 Minggu kot.. |
Assalammualaikum...
Haha...tadi ada junior minta resipi kek lapis laici... mira.. comel sangat orangnya.. jumpa dia kat kenduri rumah terbuka sha food kat simpang pulai... tak sangka dia da banyak berubah..da tak pakai cermin mata..dulu nampak skema gler.. sekarang dah jelita.. semua orang berubah.. aku je yang x berubah lagi..hehe... sama jer.. saiz sama.. xL lagi.. tapi takper.. asalkan sihat walafiat...lupa nak tangkap gambar dengan dia.....klu x..boleh tnjuk bukti..
sambung cerita.. tengah belek2 fail lama dalam komputer..tiba2..terjumpa gambar tuah waktu kecil..haha...
comelnyerrrr.. rindu dekat dia time baby ni.. tengok dia..perut dia..boroi sejak lahir lagi..haha..
warna pink..hidung besar.. mata sepet.. sekarang ni da banyak berubah..
Tuah Yang Gagah (Time Muda) |
Tuah Sekarang...tengok citer kartun kat laptop..muka..tak boleh tengok..ganas sangat..(2013) |
Tuah ni umurnya da 8 tahun kalau tak silapla.. ada bawak dia pi jumpa doktor sebab dia pernah ada luka besar di tengkuk akibat bergaduh.. doktor cakap tuah ni da tua.. 8 tahun tu ibarat macam da 60 tahun.. fuhh..
kepala tuah ni lebar...kalau dia masuk ikut pintu depan yang berjaring besi tu..dia kena sengetkan sikit kepalanya..kalau tak..nnti sangkut.. aduhai..tuah..tuah..salah satu penghibur hatiku saat di rumah.. hehe..
moga pjg umur yer tuah.. hehe..dan terus bersama keluarga kami.. (^_^)Y
Sudah Kembali setelah 9 Bulan menyepi..
Posted by
Fatin ohyeyeh
on Wednesday, September 11, 2013
/
Comments: (2)
Assalammualaikum...
dah lama tak taip blog ni...saja buat pembaharuan blog...sebagai satu langkah untuk dapatkan semangat baru.. setelah lama lemah tak bermaya..
Alhamdulillah.. aku da kejer.. gaji pun tinggi... tapi semuanya sementara.. tak apa.. aku sedang mencari kerja baru ni.. kalau sapa2 yang sudi boleh la tolong..hehe
tak sangka jari jemari ni masih lagi cekap menaip komputer walaupun da lama tinggal..
sejak kali terakhir menggunakan blog ni..pos terakhir bertarikh 25 disember..beberapa hari selepas bertunang..
da 9 bulan berlalu... 6 bulan bekerja.. 3 bulan tanam anggur..hehe,,,2 Bulan lagi nak jadi isteri orang..
waaaaa... lepas ni insyaAlah nk hidup di tempat baru..suasana baru..orang2 baru...
hati ini berdebar...cuma doa, istighfar, nasihat dan melakukan apa yg aku mahu boleh melapangkan hati.. termasuklah bila bersama insan tersayang.. Mr H... dan Ibu Bapa..serta adik-beradik..
kawan kawan? ermm... lama tak hubungi kawan2.. maafkan saya kawan2.. bukan berniat menjauhi..tetapi banyak perkara yang telah berlaku sejak akhir akhir ini..
tak apa..semuanya bakal akan menjadi elok.. nanti insyaAllah pada hari perkahwinan.. kalau ada rezeki..kita akan berjumpa lagi wahai kawan-kawanku..
semoga semua orang berjaya dalam hidup....aku pun mahu begitu... bukan sahaja untuk menyara keluarga..
tetapi juga untuk berbakti kepada ibu bapa dan negara... semangatnya!!! InsyaAllah... moga semuanya bakal menjadi kenyataan...
Amin...

Senyum senyum selalu..senyum membawa semangat yang positif dalam diri... |