RSS

Kubur Idaman

Semua orang mengimpikan sebuah rumah idaman...
ada yang mahu rumah besar, cantik, kemas...laman besar...ada taman...selesa...
Tapi pernahkah terfikirkan rumah kita selepas kita meninggal dunia?
ya... KUBUR... 

KUBUR tu dikira rumah juga tapi penduduknya ialah jasad yang sudah ditarik rohnya oleh ALLAH SWT..

Gambar Hiasan


KUBUR tu ibarat umah yang tak begitu besar... ikut saiz badan.. lagi besar badan.. lagi besar la kuburnya..
lagi tinggi ketinggian seseorang..lagi la panjang kuburnya....
tapi tak ada sesiapa pun yang mahukan kuburnya menjadi seperti rumah idaman mereka yang cantik, luas dan selesa... kerana mereka menganggap kehidupan selepas mati sudah tidak penting...yang penting... di dunia sahaja kena selesa... sebenarnya...sesiapa yang mengatakan sebegini... ia ternyata sekali SALAH..

TETAPI, saya juga pernah dengar cerita...ada orang yang sangat mengambil berat tentang kuburnya...seperti contoh..sebelum mati, mereka siapkan kubur yang cantik2...keranda yang ada air cond.. ruang dalaman kubur yang luas... dilengkapi pula dengan sistem pengawetan yang baik supaya jasad lebih tahan lama.. 

ada juga orang yang mewasiatkan supaya apabila dia mati, dia mahu segala harta kekayaaannya seperti wang, emas dan barangan2 kesukaannya ditanam bersama dengannya di dalam kubur supaya dia akan tetap menjadi kaya walaupun setelah dia mati...

waduh... waduhh... macam - macam karenah manusia zaman sekarang...

pada pendapat saya... sebagai orang Islam... terdapat cara lain untuk kita membina kubur idaman kita sendiri...

Gambar Hiasan
Melalui kaca mata seorang pemuda islam di dalam sajaknya;

Ciri-ciri Rumah yang Selesa

Tika kecil dahulu,
saya telah diajar,
akan perihal kubur.

Di mana kubur mereka yang soleh,
bakal menjadi seluas-luasnya,
dan terasa indah hidup didalamnya.

Dan kubur mereka yang tidak soleh pula,
bakal menjadi sesempit sempitnya,
terseksa tiada kepalang didalamnya.

Saya sungguh teruja tika itu.
Saya terbayangkan tanah lapang yang menghijau,
rama-rama yang berterbangan menebarkan kecantikannya,
dan bunga-bunga yang mekar membunga.
Semuanya dalam kubur yang luas,
kubur mereka-mereka yang soleh.
Menakjubkan bukan?
Bagaimana suatu lubang,
yang hanyalah 3 kaki lebarnya,
dan 7 kaki dalamnya,
oleh menjadi suatu taman,
yang tidak terhingga indahnya.

Wahai akhi sayang,
ukhti seTuhan,
inilah dia,
nikmat kurniaanNya,
penangan amal soleh.

Begitu jua,
dengan perihal makan dalam talam,
dan jua perihal menerima tetamu.
Talam yang diameternya tak seberapa,
tetap terasa luas dan mencukupi,
pabila dikongsi bersama orang-orang soleh.
Terasa bahagia,
tatkala lutut-lutut berlaga,
jari jemari saling menguis.

Rumah yang luasnya tidak seberapa jua,
tetap terasa indah dan berbunga-bungaan,
pabila dikunjungi orang-orang yang soleh.
Terasa nak senyum lebau je memanjang,
nak bawa depa langkah setiap inci rumah,
moga barakah limpahanNya mencurah-curah ke setiap pelusuk.

inilah dia,
nikmat kurniaanNya,
hanya buat mereka-mereka yang soleh.

Dan dengan hujah-hujah inilah,
saya menjelaskan rumah idaman saya.

Saya boleh beri ukuran,
sebagai ciri-ciri rumah idaman saya.
5000 kaki persegi,
5 tingkat, 20 bilik,
5 ruang tamu.
Sememangnya boleh.

Tapi,
Islam telah mengubah pemikiran saya, alhamdulillah.
Kini saya sedang mencari Syurga.
Dan Syurga,
sifatnya adalah tidak mampu difikirkan akal manusia,
tiada batasan nikmat yang bakal dikurniakanNya.

Saya inginkan sebuah mahligai di sana kelak,
mahligai yang tiada tandingan sifatnya.
Dan dengan ciri-ciri Syurga saya itu,
maka saya bina rumah idaman saya.
Rumah yang tiada batasan luasnya,
rumah yang tiada penghujung kebahagiaannya.

Jika kubur mampu menjadi luas,
dengan amal soleh.

Apakah sebuah rumah yang lebih luas,
tiada mampu kita luaskan dengan beribu kali ganda,
dengan keluarga yang soleh?

Ini rumah idaman kami, insyaAllah.

Moga Allah redha.

***

afiqsazlan..
2355.
30052013


Hmm... bagus juga nukilannya...
Di dalam beramal soleh... Al-Quran juga dikatakan adalah teman penerang kegelapan di dalam kubur..
Masya Allah...

Saya inginkan kubur yang begitu...
selain itu juga... saya inginkan juga keluarga saya  datang menziarahi kubur saya...membersihkan kubur.. memberi salam...membacakan yasin... sedekahkan Al-fatihah... bukan selalu... datang saat2 yang penting pun dah cukup.. seperti saat mengadakan tahlil, menurunkan batu nisan, mengingati hari jadi, hari raya aldilfitri,..hari raya korban... atau pada bila-bila masa yang dirasakan lapang dan sesuai..sekadar mengingati... dan.. jangan menangis di kubur saya... relakan lah saya pergi... sebab kematian tu adalah saat pasti.... saat PASTI yang dijanjikan oleh Allah... 





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...