Assalammualaikum
selamat pagi.. jam aku menunjukkan pukul 6.36 pagi. pukul 5 Pagi ni aku dikejutkan dengan anak aku yg tetiba melalak..nak keluar bilik utk pergi ke peti ais sambil mulutnya menyebut "nak..nak.. nak!!" apekebenda pulak yg dia nak ni pepagi buta nii?? adehh... rupanya dia mimpi.. lepas dia tersedar..dia berhenti menangis dan duk tersimpuh depan peti ais tu dalam lebih kurang 10 minit.. pastu.. bila ada sekor lipas lalu dekat sinki tepi dia tu.. baru la dia takut dan datang pada aku.. aku pun dukung dia smula..nyusukan..dan tidurkan dia.
Selesai urusan anak.. aku tgok jam.. pukul 5.30.. awal lg..waktu solat subuh pun belum masuk. Patutnya aku pi la wat tahajud ke..atau baca Quran ke.. tapi aku main game candy crush plak. terpesong ikut setan. adehh..pukul 6 suku.. azan subuh berkumandang dekat surau depan rumah aku. Aku pun ambil wuduk dan solat. Aku tak mandi pun sebab aku yakin aku bersih.
Perut aku plak lapar.. baby dalam perut da minta makanan. semalam pun aku kurang makan sebab ikan bilis dan kacang tanah abis. Nasib baik la suami pi beli apam balik kat pasar malam hari rabu Rapat setia. Alhamdulillah aku boleh makan dan aku abiskannya sorang2. Anak aku plak tak berenti makan pisang. sampai 7 biji dia bantai. malam semalam.. sebelum tidur...terberak2.. bagusla..anak aku tu pun jarang berak.. 2 atau 3 hari sekali..memang perangainya ni sejak lahir lagi...huhu.. so.. bila dia berak..aku happy.. aku tahu anak aku pun happy sebab perut rasa lebih selesa lepas berak..
ok..back to the story.. aku pi buka peti ais cari makanan yg boleh dimakan..tapi takder.. yg ada hanya air revive dan air limau nipis suami aku buatkan semalam. aku minum air limau dan makan vitamin obimin. 10 minit kemudian.. rasa masih lapar..aku makan roti kosong dengan jem blueberry.. Alhamdulillah..terisi perut aku.. pagi2 ni aku kurang alahan.. malam2 je alahan teruk.. macam semalam..sebelum tidur..aku muntah.. kepala pun pening sebab angin da naik ke kepala kot. Hanya tidur je pengubat ketidakselesaan aku ni.. Sebab tu la setiap hari aku impikan hari berjalan dengan ceoat supaya wakti tidur malam tiba dan lenyapkan penderitaan badan aku..ðŸ˜
Tadi time aku tidur malam.. aku mimpi aku dan suami dapat borang untuk pergi melancong ke Jepun dengan tambang kapal terbang percuma.. Tapi kami ada masalah tak cukup duit nak perbaharui passport dan untuk perbelanjaan kami di Jepun. sedih kan.. aku mimpi macam ni sebab aku tertengok gamba Kawan Baik aku..Fatin Aina..dia melancong ke Osaka Jepun. bertuah dia kan.. Aku ni.. nak pergi Mekah pun tak mampu lagi... inikan pula pergi ke Jepun dan tempat2 lain. Memang tak laa... walaupun hati ini sangat teringin.
Aku pernah 4 kali je naik Kapal Terbang. First time balik dari langkawi ke Subang..dan dari Subang ke Kuala Terengganu. Then pergi balik dari Bangkok ke Malaysia. Suami aku plak pernah naik 2 kali kot.. pergi balik dari medan Indonesia ke Malaysia. Aku ke langkawi sebab pergi rumah along aku. Kalau la along aku tak duduk langkawi.. takkan merasa la aku pi langkawi . then aku pergi bangkok plak sebab jadi pelajar terpilih di universiti. Aku happy sangat time tu sebab aku bangga dapat pergi luar negara. Aku ada kawan baik. Namanya Nizam. Aku jelos giler dia dapat latihan Industri di Universiti Kasersart Bangkok Thailand. Last2.... sekarang aku plak dapat pergi ke universiti yg sama. walaupun hanya untuk lawatan 7 hari.. Tapi ia cukup memuaskan hati aku. Dari Form 6.. Aku memang asyik nak bersaing dengan dia.. Aku pun tak tahu kenapa. nantilah.. aku citer lebih lanjut lg tentang siapa Nizam ni dalam post yang lain..
tak tahu la bila lagi aku dapat ke luar negara. mungkin takkan kot.. Aku harap sangat at least aku dapat ke Mekah. Tapi kena la setel ptptn dulu. kalau tak.. confirm la aku kena tahan dengan immigresen nnti. hampeh kan.. Agaknya kawan aku yang pergi osaka Jepun tu da langsam hutang ptptn.. sebab tu takder halangan ke luar negara.. Hebat..hebat.. Aku ni masih lagi tertunggak hutang ptptn sebanyak Rm7.6k. Selalunya aku bayar rm50 sebulan..tapi sejak Fateh Lahir.. Aku da tak bayar da..sebab banyak juga perbelanjaan bertambah sejak ada anak. tambahan plak pendapatan suami cukup2 utk kami.. pendapatan aku plak ke laut.. kadang2 ada.. kadang2 takder. ntahla.. aku pun rasa macam sangat takder mood utk berniaga.. Aku nak kerja tapi aku risaukan anak2 dan suami aku.. hurm...
Aku kadang2 terpikir.. dari dulu lagi aku banyak pikirkan orang lain.. Nak jaga opah aku la..jaga kakak aku la.. pastu jaga mak sedara aku la..tak nak jauh dari family la... last2 sampai aku sendiri tak bekerja. Agaknya kalau dulu aku buat dek jer dan tak pikirkan sangat tentang family aku..tentu aku da berjaya sekarang kan? sebab kalau nak berjaya bukan ke perlukan pengorbanan? kita takkan dapat semua yang kita nak kan? apala yg aku pikir ni kan.. teruk aku kan.. tapi inila yg aku pikir sekarang.. adakah aku seorang yg tak bersyukur? aku pun tak tahu..
Tapi aku memang kurang pengalaman bekerja. Sejak aku abis SPM lg..aku da minta dekat mak ayah aku..aku nak kerja.. tapi diorang tak pernah benarkan.. sampai la aku abis form 6.. aku tak pernah merasa kerja dan pegang duit hasil titik peluh aku sendiri.
Mak ayah aku terlalu protektif. Ia mungkin sebab apa yg pernah berlaku pada kakak2 aku membuatkan kebebasan aku disekat. aku akur jer. Aku ikut je cakap mak ayah aku. Waktu di universiti pun.. kalau kawan2 ajak bercuti..aku tak pergi walaupun mak ayah bagi aku kereta sendiri time blaja dulu... sebab apa?? sebab mak ayah aku tak bagi.. asalnya mak ayah aku tak tahu aku kerja part time restoran dan katering di terengganu. kalau aku bgtaw.. confirm la tak boleh kan.. hmmm.. tapi lama kelamaan diorang tahu juga dan ikut kemahuan aku. asalkan aku pandai jaga diri. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan kawan2 yg baik..yang takder ajak aku buat benda tak elok. sampai abis U.. Aku jaga Makwan.. lepas beberapa bulan.. ilmu di kepala pun da kurang.. semua temuduga pun tak lepas.. akhirnya dpt keje jadi kuli kedai komputer. pastu gaduh dengan bos.. dan berenti kejer. sampai sekarang aku tak berjaya lagi dapat kerja. aku tahu aku kurang pengalaman bekerja. sapa yg nak amik aku?? takde sapa nak aku la... sekarang aku da lembab da.. nak tulis borang apa2 pun..semua terkial2..tulisan aku buruk..semua ilmu universiti aku da lupa.. sia2 je kan berpuluh ribu duit habis belajar dulu.. haha.. begitula hidup aku..
apapun yg terjadi.. hidup mesti diteruskan.. sekarang aku ada suami..ada anak..nak masuk 2 anak da.. aku taw rezeki tu datang dari Allah.. teruskan jer hidup..teruskan jer solat.. sampai la ajal aku menjemput..
ok.. sekian..
0 comments:
Post a Comment