blog pejuang terulung
Assalammualaikum.. Lama da tinggal blog ni.. haha.. lagipun bukan ada orang nak baca... sekadar tempat utk melepaskan cerita saja...
Aku dilamar oleh suami waktu masih praktikal pada 23 Februari 2012
klu tak silap, aku bertunang lepas graduation pada 25 Disember 2012
dan Bernikah pd 31 oktober 2013
dan dikurniakan seorg anak lelaki yg comel pada 15 disember 2014
pada 3 Januari 2017 positive pregnancy test..in shaa Allah akn menambah cahaya mata lg bulan ogos 2017.. Alhamdulillah..rezeki Allah..
cuba korang tulis smua tarikh2 ni utk kenangkan semula peristiwa peristiwa penting dalam hidup. baru la korang akn nampak betapa banyak rezeki yg Allah bagi pada kita tapi kita lupa. kita selalu merungut dgn rezeki kita. kita hanya nampak rezeki orang lain lebih banyak daripada kita.
ya.. aku salah seorang daripada hamba Allah yg lupa akan rezeki kurniaan Nya. Mmg dari kecil aku anggap aku tak pernah dapat apa yg aku nak.
pertama sekali sekolah tadika. Mak abah aku bekerja. jadi aku tak boleh ditinggalkan sendirian. Akhirnya aku diletakkan dibawah jagaan opah sebelah mak. aku hari2 dihantar oleh bapa saudara ke sekolah tadika di kampung. Tapi konflik orang dewasa telah menyebabkan aku terpaksa bertukar ke tadika lain dan dijaga oleh mak saudara sebelah abah pula. Tapi ada konflik lagi..tukar lagi sekolah tadika..akhirnya aku tak tahu la aku habis tadika atau tak. abang kakak aku smua abis tadika dan ada gambar graduation tadika sambil pegang sijil tapi aku takder gambar mcm tu..Sedih sangat terpaksa tinggal kawan2 sebab sering pindah bertukar sekolah.
Bila waktu darjah 6, ambil peperiksaan utk masuk sekolah agama berasrama penuh..teringin nak masuk sekolah menengah agama Taayah Ipoh. Tapi Keputusan peperiksaan gagal. Terpaksa berpuas hati di sekolah harian walaupun diletakkan dalam kelas khas aliran agama yang sama silibus pelajarannya seperti di sekolah taayah. Sedih
Lepas PMR. Keputusan ok juga..Alhamdulillah.. memohon ke sekolah Mrsm atau Teknik. Hairan bercampur sedih.. semua permohonan tak berjaya. terpaksa berpuas hati dengan sekolah harian yg sama.
Lepas SPM. Keputusan Ok..Alhamdulillah.. Memohon universiti atau Matrikulasi. Kawan2 dapat tapi aku?? tetap tak dapat. Cuma dapat Diploma sains dari University Malaysia Sabah. Hati ini tak kuat utk merantau jauh. Kenapala tak dapat universiti yg dekat ajer?? hampehhh.. terpaksa menolak.
Masuk Plkn.. Alhamdulillah best sgt..tp 3 bulan je. Kenangan terindah tapi tak lama..
Masuk Pula Form 6 di sekolah harian. Jumpa kawan sekolah yang da masuk matrik dan universiti time cuti sekolah. dihalaunya kita dari bercampur dgn mereka.. Shohh..shohhh.. budak sekolah.. kata mereka.. tak ke sakit hati kita ni. Sedihhh!
dapat beberapa kali temuduga SPA. separa perubatan. Gagal..hehe.. walaupun cita2 di hati nak jadi Nurse.. kmudian hanya jadi juru rawat hati sendiri.. dulu aku slalu jaga org sakit kat hospital.. aku jaga kakak aku eksiden kt hospital waktu tingkatan 1.. aku jaga kakak aku lepas operation buang ketumbuhan perut waktu aku form 4.. aku jaga opah aku sakit buah pinggang berbulan2 time aku form 6 sampai masuk Universiti. Aku jaga Makwan aku sakit kanser perut berbulan2 kat hospital USM Kerian lepas abis universiti.. Tapi Allah x bagi pun aku jadi jururawat. apalah sebabnyer yer.. sampai makwan aku menangis kerana aku x dpt kejer lg sbb kna jaga dia.. dia cakap aku akn dpt pekerjaan yang terbaik nnti pada masa depan. . aku pun harap mcm tu..
ok..back to the storyline..
lpas form 6..aku Mohon Masuk universiti sebab keputusan form6 aku pun ok. Alhamdulillah.. Gagal.. Apa ke salah diri ini? dari kecil sampai besar.. gagal jer memanjang.. di mana silapnya? cakap!!rasa mcm down giler.. kenapa orang lain tu senang jer dapat apa yang mreka minta? sedangkan keputusan aku lebih baik!!! apakah diri ini dilahirkan hanya untuk gagal??
setelah dipujuk kluarga..buat rayuan Universiti.. Alhamdulillah dapat. Abis Universiti with flying colours. Alhamdulillah.. tapi kerja pula tak dapat2. Kerja je la mengarut2 dulu.. Jadi kuli batak..angkat barang berat2.. pastu beberapa bulan kerja. ada konflik dalaman syarikat pulak. Letak jawatan. Pastu Berkahwin.
lepas tu..masih lagi mencari pekerjaan tapi gagal.. sampaikan lagi sehari nak beranak pun masih menghadiri temuduga. waktu berpantang pun pergi temuduga. apalah nasib aku.. akhirnya sijil degree tu tak guna pun. duk trsimpan dlm fail clear holder.. hanya jadi tatapan kenangan utk anak cucu kot.
sekarang jadi surirumah tapi meniaga kecil2lan dari rumah. tapi kalau sakit tak dapat la niaga. tak dapat la duit. cuba kalau kejer.. contohnya kejer krajaan.. klu sakit.. in shaa Allah masih ada gaji diberi wlupun sparuh gaji atau cuti bergaji.. tapi pekerjaan masih dalam tangan. hanya bersara umur tertentu atau mati je yang menamatkan pekerjaan.
Aku pn tak paham.. di mana salah aku. sedangkan ada org yg lebih teruk dari aku pun kejer lebih besar dan terjamin dari aku. tu pun dia duk merungut dgn kerja dia slalu.. tak bersyukur langsung. tak ke dia paham bahawa ramai yg mengidamkan nak kerja bagus seperti dia? hampehhh
sampai skrg la duk lagu ni.. Sekarang aku mabuk mengandung teruk. Kandungan baru 10 minggu.. Ramai orang cakap kalau alahan teruk ni sbb nak dapat anak perempuan..Banyak tempahan biskut.. kek.. aku terpaksa tolak sbb aku alah dgn bau2 makanan. aku tak boleh memasak. jadi duit pun kurang la.. tapi aku pikir positif.. Allah nak bagi aku rezeki anak. takpe la rezeki yang lain tu aku terlepas sebab anak ni pun akan bawak rezeki. tapi bila duk berminggu minggu rehat je macam ni.. rasa diri ni macam tak berguna pun ada.. rasa macam diri ini membebankan semua orang.. ni smua gangguan syaitan..aku tahu.. aku kena buang prasaan buruk ni jauh2..
Aku pun senaraikan la semua tarikh2 penting.. peristiwa2 penting.. supaya aku sedar Allah sebenarnya bagi terlalu banyak rezeki pada aku.. tapi aku lupa.. aku tak sedar..
cuba fikir balik.. dari kecil.. aku banyak kali tukar tadika.. wlupun sedih tapi aku la paling dikenali sekali dalam keluarga atau saudara belah mak atau abah. smua ambil berat tentang aku dan ramah dengan aku berbanding dengan adik beradik aku yang lain.. haaaa
aku gagal masuk sekolah asrama mungkin sebab aku tak mampu lagi untuk hidup berdikari waktu tu.. sampai la aku masuk Plkn.. Baru Allah benarkan aku masuk Plkn.. Plkn tu banyak mendisiplin kan diri aku.. lebih berbaloi baloi dari masuk sekolah asrama wlupun cuma 3 bulan. pengalaman yang takkan pernah aku lupa
pastu aku gagal masuk U sebab Allah nak ajar aku.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. Aku buat rayuan dan aku berjaya.
Walaupun aku past U aku dgn CGPA yg tinggi.. aku tak berjaya dapat kejer mungkin sebab Utk tebus dosa2 aku. time aku masuk U. Aku banyak enjoy.. makan sedap2 sedangkan aku tak pikir mak abah aku makan apa kat rumah. aku banyak enjoy. jalan sini sana.. tak ingat dunia dengan kereta yang mak abah aku bagi.. aku pakai pun pakaian yg tak lengkap tutup aurat. mcm mana doa nak makbul walaupun aku hari2 solat. time U dlu pun aku ada tinggal solat. lambatkan solat. kluar laki pempuan..dating pun kira maksiat la. mak ayah aku sian cari duit utk aku tapi aku duk blanja joli main bowling la.. shopping la.. karaoke la.. tak guna betul aku kan?? so..da sedar sekarang? aku sedar..
Time kejer plak sblm kawin tu.. Mmg gaji tinggi.. hampir rm3k.. Wlupun keje teruk..x cukup tdo.. xde cuti.. travel semenanjung mesia.. angkat barang berat2.. jadi kuli.. banyak tinggal solat.. bergaul bercampur laki pmpuan.. duit gaji jadi tak berkat.. gaji banyak tp mcm x cukup je.. akhirnya berenti secara tak bertauliah.. main lari je sebab geram dgn bos.. tak matang btul kann.. haha.. hampeh..
sekarang da kawin.. Allah bg aku seorang suami yang sgt baik dan penyayang.. the best husband!! tapi aku jadi suri rumah.. mula2 mmg best tapi lama2 bosan weh.. kita da terbiasa life bersosial dgn dunia.. sekali kena duk umah je.. da biasa bergaya cantik2.. kluar rumah jalan2.. skali kena duk umah je.. time suami ada.. boleh la sembang.. time suami kejer.. duk la bercakap dengan tv dan dinding.
so..aku pujuk suami nak bela kucing.. Dapat la seekor kucing Hitam pekat melikat bernama bulus. terubat la skit kesunyian.. Lepas tu Alhamdulillah aku disahkan mengandung anak pertama. tapi Allah plak tarik nyawa bulus time kandungan aku 7 bulan. sian.. sedih.. tapi berfikir positif.. Allah nak bagi aku anak yang aku kandung ni.. yang berganda2 lg bermakna dan tak ternilai harganya.. Be Positive.
beberapa minggu sebelum Fateh lahir.. suami dpt kerja kat Ipoh dekat dengan umah mak abah aku.. so..kami hidup menumpang la sekejap rumah mak abah sampai Fateh lahir. Lepas umur Fateh sebulan.. kami dapat rumah sewa berjiran dengan mak abah. sangat sangat bersyukur dengan nikmat Allah.. tengok!! Allah bg rezeki yg sangat banyak.
kmudian..pada hari lahir suami nov 2016, start perniagaan kek dan biskut dari rumah. bekerja sambil jaga anak di rumah. mula2 mmg down juga rasanya sbb asyik duk rumah je. takder kawan.. wlupun selalu berhubung dengan kawan2 mlalui wassap dan facebook.. tak sama bila kita berkawan secara langsung dan nyata.. Still being positive. Allah nak lindung aku dari aku mengulangi kejahilan aku yang dulu..Alhamdulillah bila duk rumah..Aurat dan solat aku lebih terjaga.. anak2 dan suami terjaga.. family pun dekat..Aku rasa inilah pekerjaan terbaik aku yg makwan aku pernah doakan utk aku dlu.. Alhamdulillah..
So, sekarang.. Nikmat Allah apa lagi yang kita nak nafikan?? kalau tak tulis mcm ni.. aku tak nampak apa salah aku.. apa rezeki yang aku dapat.. apa yang aku dah buat.. apa yg aku kena buat.. apa yg buat aku jadi down.. mcm mana nak positif.. macam2 lah!! jadi harap sangat kalau korang rasa down. .. tulis mcm ni..luahkan.. nnti korang sndiri akn dapat jawapannya.. korang akn nampak apa yg korang dapat ni adalah sebab dosa yang korang da buat.. kekecewaan yg melanda ni pun smua dtg dr diri sendiri.. bukan Allah yg buat mcm tu.. Allah bagi smua benda baik.. kaula yg kena guna nikmat Allah tu sebaik baiknya..
ok.. sekian..
0 comments:
Post a Comment