RSS

Sakit anak2..sakit kita juga

Assalammualaikum
hari ni saja nak memgimbau kenangan sedih bila anak2 kita sakit. Sesungguhnya..sangat perit untuk melihat mereka sakit... dan kita selalu berharap sakit mereka tu berpindah pada kita kerana mereka masih kecil untuk merasa kesakitan..
Muhammad Al Fateh anak sulungku.. Namanya kami ambil sempena nama Sultan Muhammad Al Fateh..Satu satunya Raja yg juga Panglima perang yg berjaya menakluki kota Constatinapole yg sekarang ini dipanggil Istanbul. Aku melahirkannya tanggal 15 disember 2014 pukul 9.19 pagi (lewat 8 hari dari tarikh due date sebenar) dengan beratnya 3.95 kg secara C section sebab kepala baby besar dan aku tak mampu untuk melahirkannya secara normal..

Waktu mengandungkan Al Fateh.. Aku adalah seorang yg sangat happy, suka bersiar2 dan suka makan. Walaupun ada makanan yg aku tak suka makan..tapi aku tak pernah muntah atau sakit2 badan yg teruk..Cuma bila da sarat 8 bulan ke atas.. aku sakit dan cabut 2 batang gigi, susah tidur sebab rasa dada ketat dan mendapat gatal2 seluruh badan sehingga menggaru2 seperti beruk..hehe.. ada sekali aku demam panas tapi tak serius dan tak ganggu kandungan.

Aku ada bela kucing nama Bulus. Aku dan suami ambil dia dari sebuah keluarga di flat kampung melayu penang. Waktu ni aku  belum mengandung lagi.. Mak saudara aku tak setuju aku bela kucing sebab dia cakap kucing ni ada kuman yg boleh jadi penyebab perempuan tak boleh mengandung. Tapi aku tak percaya.. aku tetap nak bela.. Dia kucing yg baik dan bijak..berak kencing dekat bilik air..dia la yg teman aku sepanjang aku duduk sorang2 kat rumah bila suami aku pergi kerja. Bila aku balik Ipoh atau taiping..aku akan bawak bulus sekali.. tapi semakin bulus membesar.. aku kesiankan dia sebab hidup terkurung di rumah flat kami.. aku lepaskan dia bermain dekat Ipoh. Tapi sayang..umurnya tak panjang.. dia mati kena langgar kereta dan ditanam oleh abah aku di laman surau depan rumah aku duduk yg sekarang ni.. Walaupun bulus dah takder..bagi aku dia la kucing terbaik yg pernah aku bela..Tempat kubur dia pun dah jadi tapak menara telekomunikasi telefon.. Bulus dalam kenangan..

Ok..berbalik pada kisah anak sulung aku..Fateh adalah baby yg sangat comel. Kuat minum susu sampai putin aku sakit dan kadang2 berdarah la sebab dia gigit atau sedut kuat2. Dia jarang sakit.. walaupun kadang2 ada demam.. ia tak teruk dan akan sembuh dalam jangka masa yg pendek. Fateh sangat aktif. Waktu kecil mukanya garang..susahnya nak nampak dia senyum kecuali waktu dia tersenyum dalam tidur..tapi bila semakin membesar.. dia semakin ceria dan banyak senyum... hehe..Dia lambat berjalan.. umur setahun 5 bulan baru boleh berjalan dengan elok.. Dia juga lambat bercakap.. mulutnya riuh tapi perkataan yg disebutnya tak dapat dipahami. Sekarang umurnya dah 3 tahun dan dia masih Pelat. Banyak juga perkataan yg dia boleh sebut dengan jelas.. tapi bila buat ayat panjang..abis berterabur bunyinya.. Kadang2 geram juga bila kita tak dapat faham apa yang dia cuba sampaikan.. Dia sampai menangis2 nak kita fahami dia..Tapi kita tak faham langsung! Memang kesian..nak buat macam mana lagi? kami banyak beli buku dan mainan untuknya.. Dia bermain dengan baik sekali.. dapat bezakan warna dengan baik dan dapat bina bentuk mainan2 puzzle dengan sangat kreatif..
Appoinment 3 tahunnya pada 19 disember tahun ini. kalau Fateh masih pelat.. dia akan dirujuk kepada pakar kanak2 Hospital Ipoh. Kami juga perasan sesuatu iaitu semakin dia membesar.. semakin dia kerap demam. Sangat risau! Batuk..selsema.. makan pun kena bersuap..makan paksa.. walaupun dari kecil kami ajar dia minum air kosong banyak2 sampai belikan dia botol air yg mahal dan tahan lama.. ia masih tak dapat halang Fateh dari selalu demam. Kadang2 dalam setahun tu.. mesti ada 2 atau 3 kali dia demam atau tak sihat.. Ujian... kami da daftar dia untuk masuk tadika aiman 4 tahun.  macam manalah keadaan dia di tadika nanti. Dia masih pakai pampers dan minum susu botol perisa coklat Dutch lady saja. Harap akan ada perubahan yg lebih positif padanya bila dia mula bersekolah tadika nanti.. In syaa Allah Amin..

Pada tanggal 22 Ogos 2017.. Alhamdulillah aku melahirkan seorang lagi putera yg diberi nama Muhammad Al Faris sempena nama Salman Al Farisi, Salah seorang panglima Perang Khandak sahabat Nabi yg mencadangkan dan merealisasikan penggalian parit besar sebagai kubu perang bersama dengan Rasulullah S.A.W. dan tentera2 Islam yg lain. Faris lahir pukul 4.32 pagi secara Normal.. Aku adalah manusia yg paling2 stress di dunia ini sepanjang mengandungkan Faris..terlalu banyak ujian yg Allah bagi sampai aku rasa dah tak tahan dan Fobia mahu mengandung dan beranak lagi.. Trauma!! tapi dengan kuasa Allah yg Maha Mengasihi lg Maha Mengasihani.. Dia mengurniakan aku dengan anak yg sihat dan ceria.. Lepas aku bersalin kan dia.. aku penat sangat.. dan Alhamdulillah Allah mudah kan aku berehat dengan bagi anak aku tidur dan tak pernah meragam. Cuma kadang2 merengek sikit2 sebab lapar nak susu.  sepanjang aku duduk wad dengan baby Faris. Semua nurse dan nurse2 pelatih yg banyak uruskan Faris. Aku tak payah susah2 nak mandikan atau tukar lampin dia.. Kerja aku susukan dia saja. Sampai la aku da balik ke rumah.. Dia masih tak selalu meragam.. Alhamdulillah.. senang nyaaaa nak jaga baby ni. Faris pun selalu senyum dan senang betul ambil gambar dia tersenyum sampai nampak lesung pipit.. hehe
Semuanya bermula bila umur Faris 1 bulan. Aku pergi klinik untuk appointment Faris sebulan. Alhamdulillah aku dan dia sihat. Cuma doktor ada perasan yg bahagian Skrotum nya tak cukup sebelah. Doktor bagi masa 3 bulan untuk buah zakar Faris turun sendiri. Kejadian ni jarang terjadi pada bayi yg cukup bulan. Tapi Faris yg kena pulak.. takpela.. kita tunggu la.. in shaa Allah akan ada perubahan yg baik.. Amin.. Time ni aku pun da mula cucuk perancang sebab aku tak mahu mengandung lagi dalam masa terdekat ni sebab rasa kesakitan beranak yg dahsyat tu masih segar di ingatan..

kemudian waktu seminggu lagi sebelum Faris capai umur 2 bulan. Faris diserang demam Panas.. kami sekeluarga sangat risau sebab awal sangat dia demam. Jarang budak2 bawah 6 bulan demam panas. Takut sangat kalau Faris ada masalah kesihatan yg lain sehingga menyebabkan dia demam tinggi sampai 39 darjah. Dia duk mengerang jer waktu dia demam, Menjerit bila kena jerlum air dan menangis bila rasa tak selesa. Aku waktu tu baru abis pantang. Tapi masih sakit2 badan walaupun dah berurut dan luka bawah dah baik. Sekarang aku kena pula berjaga malam jaga Faris..aku tak cukup tidur.. semua ni buat emosi aku tak stabil dan anak sulung aku jadi tempat aku melepaskan stress walaupun kadang2 dia hanya buat kesilapan kecil. Aku tahu aku macam dah tak betul ni... aku cuba beristighfar dan bertenang.. sekarang aku dah boleh solat..so.. Aku semakin tenang dan hubungan aku dengan anak sulung semakin baik. Dia pun suka bermanja dengan aku macam dia jadi baby.  hehe..
Berbalik kepada cerita Faris demam. Bila suhu badan Faris lebih 39 darjah.. kami cepat2 bawa dia ke klinik dan dia diberikan ubat dulu untuk kebah demam. Doktor pun pesan suruh bagi susu banyak2 sebab air susu ibu ada antibodi dan boleh sejukkan badan baby. Tapi demam Faris tak kebah lama. Dia kembali demam. Kami bawak dia semula ke klinik yg sama dan dia dirujuk ke kecemasan Hospital Ipoh pula. 3 orang jururawat kena pegang Faris waktu ambil sampel darah sebab Faris menangis sambil menronta2 kuat! Setelah beberapa jam dekat kecemasan.. Doktor sahkan tiada jangkitan kuman dalam darah Faris. Alhamdulillah. Doktor Suruh teruskan makan sirap panadol dan balik ke rumah. Tapi kalau Faris demam lagi lepas esok.. doktor suruh kami terus pergi ke kecemasan dan Faris akan terus admit masuk ward. Alhamdulillah keesokan harinya.. demam Faris pun kebah.. kalau ada pun panas badan skit2 jer..tak sampai 38.5 darjah. Faris kuat lawan demam!!! Faris hebat!! Syukur pada Allah ❤
Sekarang.. Seminggu lagi Faris nak appoinment 3 bulan.. Faris sakit lagi.. dia batuk2 teruk dan selsema. Kami bawa dia ke sebuah klinik swasta dekat rumah kami sebab hari ni hari ahad. klinik lain tak buka. Ramainya budak2 yg batuk selsema juga dan Faris lah pesakit yg paling muda di situ. Adehh.. sedih.. Doktor cakap dada dan pernafasan Faris ketat macam kena Asthma. Jadi Faris kena treatment Sedut kahak dan hingus serta Nebulizer. Masa sedut kahak tu.. of course la Faris menangis kuat.. tapi masa kena Neb pulak... dia senyap dan nampak lega.

Alhamdulillah.. sekarang dia ambil ubat titik dalam hidung. Walaupun batuk dan selsema nya masih belum berkurang..dia nampak dah boleh tidur dan suka bersembang dan senyum bila terjaga. Faris tak banyak meragam walaupun dia sakit. Sedih kami tengok dia.. kami ada cuba bagi dia sedut wap bawang putih tapi dia tak suka..takpela..esok kami try lagi buat wap tu..semoga dia cepat sembuh dengan usaha2 dan doa kami dan juga dengan izin Allah.. Tak sanggup tengok dia sakit lama2. Dia kecil lagi. Tak patut rasa sakit macam tu. Tapi ini dah nasib dia.. Moga ada hikmah disebalik kejadian dan moga anak2 kami akan jadi lebih sihat dan kuat di masa akan datang. Amin..

Hari Khamis ni appointment Faris 3 bulan. Doktor mesti nak cek buah skrotumnya. Tapi aku da cek dulu. pelik betul.. aku nampak macam skrotumnya da turun tapi pada sebelah yg dah ada.. so.. sebelah kiri takder buah.. sebelah kanan ada 2 buah.  Adehhh.. garu kepala aku.. macam mana la boleh jadi macam tu.. takpe.  kita tunggu doktor nak cakap apa nanti. bahaya juga kes ni sebab selagi buah zakar tu tak normal..nanti Faris kena operation.. Adoiii.. kesian taw kalau kena operate.. dahla Faris kecil lagi.. aku yg dah besar ni pun sakit bila jari terkena pisau.. harap2 la moga ada keajaiban dan kesembuhan segera dari Allah.. tak sanggup tengok Faris atau Fateh sakit lagi..  😭😭 Harap sangat supaya jangan ada lagi orang sakit mahupun orang tu dah dewasa atau budak kecil.. Amin..

Kenangan Bersalin Anak Kedua..

20 Ogos 2017... Jalan2 dengan suami dan mertua ke merata tempat.. kemudian mereka pun balik kampung..  Malam tu..tiba2 baby dalam perut tak bergerak.. mengeras je.. tunggu sampai Isyak..lepas Solat..terus ke hospital sebab risau sangat baby kurang dari 10 gerakan.. sampai dekat dewan bersalin.. mereka cek jantung baby ok..Mereka scan cakap baby ok.. Alhamdulillah syukur sebab memang rasa takut dan cuak sangat.. Mereka cek bukaan bawah dah 2cm. mereka terus tahan dan suruh duduk dalam bilik menunggu dewan bersalin sementara sebab dewan bersalin sebenar dah penuh.. Kesian pada anak sulung.. Ini kali pertama dia akan tidur malam tanpa aku di sisi.. Aku peluk cium dia dulu sebelum lepaskan dia balik dengan suami.. Mereka kena balik sebab dah pukul 1 pagi.. Lagipun rasa macam lambat lagi je nak bersalin.. bukaan bawah tak ada progress pun..
Lepas suami dan anak balik.. aku ditolak masuk ke dalam wad.. ada dah rasa sakit sikit2..lendir2 pun banyak keluar.. nervous nyerrr... hehe.. dalam wad tak dapat tidur lena sebab nurse asyik ambil Blood pressure dan suhu saja.. Aku bangun subuh..mandi dan keluar lendir banyak time aku kencing.. aku lap dengan tisu dan tunjuk pada nurse..Mereka cakap jangan risau.. ia bukan air ketuban.. fuh..lega.. lepas solat subuh..pagi2 lepas sarapan.. doktor datang seluk2 bawah.. sakit wehhh!! tahan jer la yg mampu..

21 ogos 2017.. suami dah minta kakak jaga anak sulung dan dia pun berkampung la dekat kawasan keluarga menunggu dewan bersalin. Kesian..tapi nak buat macam mana.. memang kena buat macam tu sebab aku mungkin boleh beranak bila2 masa je.. Aku dulu beranak czer.. Skrg ni aku nak try beranak normal.. so, aku kena tandatangan satu surat yg menyatakan aku sendiri yg buat keputusan ni.. Mereka akan jaga aku elok2 sebab aku ni pesakit yg ada previous scar.. kalau tak, nanti Rahim aku boleh pecah dan boleh bawa maut akibat tumpah darah dan sebagainya..

kira2 pukul 12 Tengahari, aku ditolak ke bilik menunggu bersalin..nama bilik tu ABC 2... Waktu tu bukaan dah 5cm dan contraction datang 3 kali dalam masa 10 minit... Sakitnya ya Allah..Tapi aku boleh tahan sebab ada waktu, sakit tu akan hilang... Time ni suami dan adik aku datang.. Aku minta izin keluar dewan untuk jumpa mereka.. Adik aku bagi coklat beras favourite aku sebalang... huhu.. happynya... tapi aku makan sikit jer sebab coklatnya beku dan keras..susah nak makan.. Suami pulak belikan coklat kit kat.. bestnyerrr...hehe..tapi aku takut makan banyak2 sebab nanti banyak berak plak.. dah la aku cirit birit berapa kali dalam dewan tu.. takut juga terberanak dalam jamban...huhu... Adik aku pun ada pesan.. nanti bila bukaan bawah tu dah sampai 9-10 cm.. sakitnya sampai boleh jadi gila.. whattt!!!!?? Takutnya!! tapi itu kenyataan...Aku kena bersiap sedia untuk hadapinya...

Seluruh dewan bersalin tu sangat sejuk... agaknya aircond yg paling maximum kot... Aku ada tanya anak saudara aku yg belajar doktor kt hospital tu..kenapa air cond kuat sangat?? mereka kata elok sejuk2 macam ni sebab dapat reduce contamination risk dalam udara kat sini.. ooo.. baru aku paham...hehe..

Waktu malam..lebih kurang pukul 8 malam... aku ditolak ke dewan bersalin sebenar.. sebelum tu.. nurse benarkan aku jumpa suami untuk minta maaf, ambil barang2 wad dan handphone.. kami sempat sembang kejap sebelum masuk suite nombor 2...Dalam suite tu jauh lebih sejuk dan lebih luas.. aku menggigil je sebab tak tahan sejuk.. sakit contraction semakin tinggi.. tapi aku masih boleh bertahan dan aku menolak ubat tahan sakit.... sombongnya aku.. kan!! macam lah kuat sangat!!!

Then.. mereka cucuk bawah tu untuk pecahkan air ketuban. Ia untuk cepatkan proses bersalin.. aku rasa macam berbotol2 air keluar tanpa perlu aku teran.. dan aku pun tak sedar bila aku terkencing sekali hehehehehe... sebab bila doktor nak buang air kencing aku.. dia kata pundi kencing aku kosong.. aku pun tak makan banyak sangat dan aku dah berak sebelum masuk suite ni sebab aku takut aku terberak saat teran bersalin nanti.. haha

Dah nak dekat pukul 11 malam..bukaan bawah tak ada progress.. mereka induce.. sakitnya ya Allah.. sangat tinggi tapi masih ada rehat2... aku dah tak tahan.. aku minta ubat tahan sakit.. dan mereka bagi setelah cek jantung baby dan aku baik... tapi lepas tu tetap ada rasa sakit.. cuma aku boleh la terlelap sikit2 bila waktu rehat sakit...

Contraction semakin hebat.. aku macam nak gila... dah mula menggigil2 pegang besi yg gantung botol drip tu dan besi katil...lebih kurang pukul 2 pagi.. nurse tanya nak panggil suami masuk ke? aku kata tak nak sebab macam lambat jer lagi nak beranak.. tapi mungkin nurse tu lebih berpengalaman dan lebih tahu yg aku nak dekat beranak dah.. dia tetap panggil suami masuk untuk bagi semangat..aku terkejut gak saat tetiba suami ada dekat sebelah aku..pegang tangan aku.. dia tak duduk pun.. mulutnya terkumat kamit baca ayat2 Al Quran untuk bantu aku lawan kesakitan... aku bersyukur sangat ada suami sepertinya..time ni.. dia siap hulur aku air suruh minum tapi aku tak nak sebab aku memang rasa macam tak nak apa2 pun selain dari cepat melahirkan baby ni.. aku mula stress sebab kenapa la aku ni tak senang beranak macam orang lain.. adehhh..
Bermula lah episod teran meneran..  mereka asyik seluk bawah jer untuk cek bukaan.. bila dah capai 10 cm.. sakit yg paling maksimum.. tak pernah dalam hidup aku rasa sakit macam tu.. orang kata sakit bersalin macam sakit perut berak cirit...tipu!!! tu semua tipu!!! hakikatnya sakit yg aku rasa ni sangat tak tertahan!!

Mereka ajar aku teran.. nafas kena panjang..tapi aku tak pandai.. staff2 yg bertugas malam tu tak putus2 bagi semangat... Aku cuba teran tapi tak boleh.. sakitnya.. mereka bagi aku sedut gas ubat tahan sakit... aku rasa lega sikit dan mengantuk.. aku rasa macam tak kuat nak teran.. nurse suruh aku mengiring sebelah kiri dan teran bila sakit contraction datang... aku teran la sikit2... dan mereka datang pantau aku lagi.. mereka cakap dah keluar kepala baby skit..mereka tarik tangan aku untuk bagi rasa kepala baby dekat bawah tu... mereka cakap ibu kena kuat..kena teran..dah lama sangat baby terperangkap kat bawah tu.. kalau biar lama sangat..nanti bahaya.. baby boleh lemas.. aku dengar mereka cakap macam tu.. tetiba aku bersemangat.. aku cabut tudung aku.. cabut pencengkam rambut aku..dan aku cuba teran lagi... mereka bersorak la tengok semangat aku.. okay.. aku teran.. tak sangka pulak tetiba mereka gunting bawah tu... makkkk oiiii!!!! sakitnya... tersentak kejap.. kaki pun cramp2.. apakah kesakitan ini!!!! ya Allah! !!! aku teran la jugak lagi sikit2... Akhirnya.. pukul 4.32 pagi.. aku selamat melahirkan baby boy seberat 2.95kg.. mereka letak baby tu atas dada aku.. comelnya!!! sambil tu mereka keluarkan uri.. then potong tali pusat..timbang baby ..lap2 baby.. pakai tag.. semua depa buat kat situ laju jer.. memang pakar lah! kemudian mereka balut baby dengan kain hijau dan letak di katil baby..suami dan nurse bawak baby keluar untuk suami azankan.. aku pulakkk.. rasa enjoy sebab semua kesakitan aku hilang serta merta..
Aku ingat proses bersalin habis takat tu jer.. rupanya ada Ujian Allah yg lain pulakkk... Uri aku tak abis keluar.. depa duk seluk tangan masuk bawah tu untuk keluarkan serpihan uri yg tertinggal.. sakitnya macam nak beranak kali kedua.. bergema la aku menjerit... tadi time beranak tak menjerit.. sekarang time ni aku menjerit sesuka hati aku...huhu.. Proses ni penting sebab takut kalau serpihan uri tu boleh membusuk dan akan ada jangkitan dalam rahim yg boleh bawa maut. Setelah penat bersakit dan menjerit.. mreka bagi aku sedut gas tahan sakit lagi utk legakan aku.. Alhamdulillah aku ok dah lepas tu..

Tak abis lagi.. setelah rehat dalam 30 minit..ada lagi Ujian Allah...!! Jahit tempat bersalin yg mereka gunting tu.. waduhhh!!! mereka ada cucuk bius sebelum jahit tapi bukan untuk semua tempat.. jadi bila mereka jahit tempat yg tak kena biusss...menjerit lagi la aku!!! Allahuakbar!!!! kuat2.. dah macam dekat medan perang... Aku sedut lagi gas tu..rupanya tak hilang sakit..cuma mengantuk saja lebih... letihnya...sakitnya ya Allah.. Tolong la hambaMu ini ya Allah.. tapi yg aku heran..aku tak menangis pun sakit2 macam ni.. tapi kalau terjatuh atau terkena pisau dekat rumah.. bergenang juga air mata tu.. heran kan!!

Beranak pukul 4.32 pagi.. pukul 6.30 pagi baru ditolak ke ward dengan baby yg mereka letak di celah kangkang ku dan suami berjalan ikut disebelahku.. bayangkanlah sepanjang 2 jam lepas bersalin tu...aku masih belum rehat..tetap lagi berjuang lawan kesakitan.. sampai je di ward.. mereka suruh aku perlahan2 beralih ke atas katil sendiri.. then mereka letak baby dalam tempat baby sebelah katil aku.. Aku terperasan yg tapak kaki aku sangat pucat dan banyak urat biru berakar2 kecil... takutnya.. dah macam tapak kaki mayat... huhu..suami tengok aku smua ok.. dia pun cakap nak balik dan nanti dia akan datang semula dengan Family time waktu melawat.. aku setuju.. aku pun sangat letih dan nak tidur.. Aku tidur lena..macam orang mati.. tanpa mimpi.. orang hantar makanan ke..orang tegur ke..aku dengar tapi aku tak boleh buka mata.. macam ada gam melekat dekat mata..macam koma..hehe..

Lebih kurang pukul 10 pagi.. tiba2 ada Sister datang dan marah2 aku suruh bangun... mereka risaukan aku sebab aku tak makan langsung sejak semalam.. macam mana nak ada tenaga..lagipun waktu berpantang ni tak boleh perut kosong...nanti tak boleh proses susu..  susu ibu yg pertama kali tu penting untuk bagi antibodi pada baby.. aku pun cuba duduk.. Ya Allah.. pandangan ku kelam.. rasa macam nak pitam.. tempat jahit tu pun sangat sakit..tapi memang betul..lepas minum kopi susu yang mereka bagi.. baru la aku rasa ok.. cuma masih sangat mengantuk.. Kemudian mereka ganti drip tangan aku yang dah nak terbuka..  susah juga aku nak bergerak bila ada wayar drip ni..sangat menganggu!! then..sampai la waktu makanan tengahari .. aku makan nasi dengan sayur je sebab tekak aku masih belum bersedia terima lauk selain dari daging..
tak lama lepas tu.. suami dan Family aku pun sampai.. aku happy  sangat2.. time ni nurse suruh aku cuba bangun dan turun dari katil.. hal ni penting supaya aku boleh cuba berjalan dan perjalanan darah seluruh badan aku akan kembali seperti biasa.. Aku pun turun dari katil.. Ya Allah.. kelam pandangan mataku.. macam tv rosak..aku nak pengsan.. adik aku sambut aku suruh duduk atas kerusi..  dia pergi ambil kerusi roda utk hantar aku ke bilik air.. dia mandikan aku sebab aku dah tak berdaya nak mandi sendiri.. aku cuba jugak nak berjalan.. tapi masih tak boleh.. nurse pulak yg sambut aku dari jatuh.. malu kot.. semua orang tengok aku.. huhuhu.. lemahnya hambaMu ini Ya Allah...
Patutnya aku dah boleh balik tapi mereka masih tahan aku sebab walaupun semua uri dah keluar.. mereka masih bagi antibiotik sebagai langkah berjaga2.. aku kena la duduk ward at least 2 hari.. Aku kurang selera makan.. nasib baik mertua aku hantar lauk daging masak hitam.. perghh..sedappp!
10 hari sebelum Hari Raya Korban.. mak mertua aku jaga aku dalam pantang. Then dia balik kampung untuk buat persiapan raya. Nasib baiklah luka jahit bawah aku tu da kurang sakit.. Nurse yg datang cek baby pun cakap luka aku dah baik dan kering.. Alhamdulillah..

Lupa nak cakap.. Nama Anak kedua kami ni Muhammad Al Faris.. hehe.. Aku tulis semua pengalaman mengandung dan beranak ni sebagai kenangan aku. Lain betul rasanya mengandung dan beranak anak kedua ni. Tak sama langsung dengan pengalaman anak pertama yg sentiasa happy tanpa masalah.. Allah tu maha Adil dan Maha Kaya.. Dia bagi aku Ujian sepanjang waktu mengandung dan bersalin.. tapi dia kurniakan aku dengan anak yg sihat dan senang nak jaga..  baby Faris suka tersenyum... Cairrr sangat sapa yg tengok dia... Alhamdulillah  syukur dengan anugerah kurniaan Ilahi...

Muhammad Al faris



Cabaran dan rezeki seterusnya..

Assalammualaikum
Lama aku tinggal blog ni.. last update pun hujung bulan Mac yg lepas.. Sekarang dah bulan Oktober..

Bulan April yg lepas..
Kandungan time ni 6 bulan..
Perut dah besar..tapi alahan masih tak hilang.. Walaupun begitu.. Alhamdulillah banyak makanan yg dah boleh makan terutamanya masakan daging.. penat si suami beli banyak makanan untuk aku cuba..Akhirnya dia yg kena habiskan bila aku tak larat makan..huhu..

Bulan ni ada tempahan Doorgift kawan kahwin..Namanya Farahin.. Dia anak cikgu sekolah rendah kami dulu.. Kemudian ada tempahan kek cawan, Moist choc cake.. tapi tanpa penggunaan krim laaa..cuma kek kosong atau guna Chocolate Ganache je sebagai topping... Alhamdulillah dari situ.. adalah masuk sikit income sebab asyik tolak tempahan jer pada orang lain.. Kali ni dah boleh terima tempahan sendiri... Syukur sangat! Takderlah rasa diri ini tak berguna sangat kan sebab kita ada job nak kena buat..
Bulan Mei..Bulan ni memang gila sikit.. Banyak sangat2 tempahan biskut raya... Mencecah ratusan botol.. Nasib baik kakakku sudi membantu..Kalau tak, takkan siap la tempahan biskut raya untuk tahun ni..Jatuh reputasi Fatin Oven nanti.... So, Setiap hari, production mesti melebihi 10 botol.. So, bayangkan.. 5 minggu sebelum bulan puasa... 4 atau 5 hari buat biskut dalam seminggu, baru dapat dalam 200 botol. Sedang kan tempahan biskut lebih dari itu.. Kami lanjutkan production sampai dalam bulan puasa.. Dengan perut yg semakin memboyot mengandung 7 bulan... terasa diri ini sangat letih.. Tapi time ni la nak pulun.. Mana ada time lain dah.. Disebabkan dah biasa dengan alahan.. tak terasa lapar pun waktu puasa sebab dah biasa berlapar sebelum ni.. cuma dahaga air tu sangat kuat..
Bulan jun.. Masih lagi buat biskut raya sampailah hari raya.. lepas raya pun ada orang nak biskut.. Alhamdulillah.. income dapat banyak juga.. double dari tahun lepas..syukur sangat.. Allahuakbar! ! jadi raya tahun ni..kami dapatlah bagi mak ayah mak abah duit raya.. dan dapat up kan amount duit raya anak2 sedara.. Alhamdulillah.. anak sendiri pun dapat banyak duit raya.. murah rezeki time ni.. sebab tu la kita kata time raya ni la nak pulun... setahun sekali jer.. panjang umur..murah rezeki .. boleh la bertemu lg dengan bulan Ramadhan dan Syawal..
Bulan Julai..
Semuanya semakin indah.. banyak pula tempahan brownies.. mereka suka brownies dari kami sebab katanya chewy dan sedap.. harga pun agak murah.. sebab kami guna bahan murah saja tapi berkualiti dan halal.. In shaa Allah..
Hari demi hari..Perut pun semakin besar.. walaupun berat badan tak naik dan merisaukan.. doktor cakap takper sebab aku ni kategori overweight.. so tak ada masalah pun kalau berat aku tak naik.. yang penting berat baby naik, sihat dan aktif.. Selalu time sarat ni susah nak tidur.. dada rasa ketat..mengah.. susah nafas.. kalau nak tidur pun kena tinggikan bantal atau tidur posisi duduk.. memang seksa.. tapi slalu cakap pada diri sendiri.. tak lama dah.. sebulan jer lagi..

Selain ujian sakit2 badan dan susah tidur.. banyak lagi ujian lain..terutamanya ujian kenakalan Anak sulung... bukan nak kata tapi nak kata jugak.. Anak pertamaku tiba2 jadi sangat uncontrolled betuiii.. buat aku jadi tension! Stress! Geram dan macam2 lagi perasaan lain.. ramai yg kata anak pertama ni tahu yg adik dia nak datang dan dia akan kehilangan kasih sayang dan perhatian yg dia dapat selama ni. Seriously??? ntahla.. tapi memang aku tak larat sungguh nak layan ketidakstabilan emosinya.. tapi aku still boleh jaga dia mcm biasa.. seperti mandikan dia..suap makan.. main sama2.. jalan2.. tapi bila datang perangai nakal dia tu..terus give up dan serah dia pada ayahnya.. ayahnya pandai handle dan pujuk dia..walaupun kadang2 tak berjaya.. tapi ayahnya kena handle jugak.. kalau bagi aku handle... mungkin akan terjadinya kes dera kanak2 yg tragis..

Bulan Ogos..
Semakin berdebar..rasa tak sabar nak beranak sebab tak tahan dah dengan dugaan mengandung yg semakin mencabar ni..start dari alahan sampai la sakit2 badan.. kaki..tangan...semualah! agak menganggu kehidupan harian...tapi apapun terjadi... hidup kena diteruskan..

Alhamdulillah mak abah pula dapat pergi Haji bersama tahun ni. Mereka pergi 3 ogos.. dan akan balik 16 september.. Memang pesan macam2 doa pada mak abah terutamanya doa bagi anak jangan nakal dan aku dipermudahkan urusan bersalin.. aku tahu mak abah ada dekat mekah time aku bersalin nanti..tapi takpela.. aku redha.. In shaa Allah aku boleh pantang sendiri sebab dah ada pengalaman beranak anak pertama dulu.. lagipun suami aku kan ada.. In shaa Allah semuanya akan lancar.. Amin...


Teruskan Hidup Selagi Hidup..

Assalammualaikum,
aku da lama tak menulis dalam blog ni kan.. Alhamdulillah kesihatan aku semakin ok.. Aku da boleh makan nasi tapi hanya berlaukkan tauhu goreng masin atau rendang tok dan juga nasi kerabu telur masin...  Itu pun aku da bersyukur sangat2 sebab kalau tak dapat makan macam bulan2 lepas.. lagi azab.. dan utk air plak..teh tarik still my Favourite.. huhu.. air2 lain pun boleh kot.. kena try la.. mana yg boleh telan.. minum je.

Alhamdulillah.. aku juga da boleh masak dan bau makanan... macam arini..aku masak rendang ayam..tapi aku masakkan untuk suami dan anak2 saje..aku tak rasa atau makan pun.. tak boleh nak telan.. aku juga da start mula berniaga biskut dan doorgift.. aku masih tak boleh buat kek cantik2 berkrim tu.. nak muntah bau krim tu.. wekkk!

Aku harap sangat tak nak da rasa alahan mengandung yg teruk tu... Aku ada tanya suami..boleh ke terus ikat (mandulkan) aku lepas aku bersalin bulan ogos nanti.. aku takut nak mengandung lagi.. tapi suami aku tak izinkan.. Aku akur..

Entah kenapa..hati ni tak tenang.. rasa macam tak cukup.. dengan diri ni yg tak boleh nak makan sedap sesuka hati... rasa benci sangat bila nikmat makan tu ditarik.. kadang2 redha..kadang2 tak.. ditambah pula dengan sakit2 badan..punggung.. perut cramp..senggugut...  kenapa lain benar rasanya mengandung kali ni..sebab tu la da give up utk mengandung lagi.. tapi takpela.. Aku akur je la.. aku tak tahu masa depan aku mcm mana nanti..

Aku duk pikir la.. tak lama lg anak akan bertambah.. maka bertambahla perbelanjaan harian.. buat masa ni.. anak sorang pun..perbelanjaan tak ada berlebih..semua cukup2.. agaknya macam mana la bila ada anak kedua nanti.. memang la tiap2 anak tu ada rezekinya masing2..tapi kita tetap kena berusaha utk mencari pendapatan lebih.. di samping terus beribadat dan non stop berdoa kepada Allah swt. Amin..

Sebenarnya bukan duit yg aku runsingkan.. tapi tak tahu kenapa kadang2 diri ni rasa meronta2 nak cari kerja..nak kerja..nak ada kawan2.. nak ada ilmu lebih.. nak tahu keadaan dunia luar berbanding hanya terperuk kat rumah.. yerla.. sejak dari bangku sekolah..aku sangat aktif..hampir semua orang kenal aku yg peramah dan aktif.. aku suka bergaya.. suka berjalan2 dgn kawan2.. suka bersembang.. aktif pegang jawatan2 dan pengarah projek2 penting waktu di universiti...keputusan2 peperiksaan aku pun slalu flying colours... tapi lihatla aku dimana sekarang? aku tak tahu apa rancangan Allah untuk aku.. Aku redha.. wlupun kadang2 hati ni tak redha.. apa jadi pun tetap kena redha kan.. nak buat apa lg..

mungkin aku jadi macam ni sebab aku terlihat kawan2 aku kat pesbuk yg senang dpt kerja atau pun masih bekerja wlupun da beranak dua atau lebih.. kenapa yer aku tak mampu macam tu? aku pun tak tahu.. ntahla.. apa jadi pun..hidup mesti diteruskan... takkan nak bunuh diri plak.. tak cium bau syurga nanti.. Lantakla nak jadi apa pun.. yg penting solat..doa.. dan teruskan jer hidup.. susah ke..senang ke.. teruskan je hidup.. selagi hidup..

Dugaan tambah kecuaian..

Assalammualaikum
pagi ni bangun lambat lagi.. apakah nasib... badan lesu nak mampuih... rasa nak terbenam dalam tanah tu.. patutnya pagi ni nak sarapan kat luar then..shopping brg rumah dekat econsave...hampeh..semua tak jadi sebab aku tak larat... suami aku pun mengalah..dia yg uruskan anak dan buat sarapan.. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat suami sebaiknya..

pukul 11 nak pegi kenduri doa selamat anak adik dekat batu gajah.. waktu dalam perjalanan..anak aku tumpahkan satu botol penuh air masak atas seat kereta.. adehh..apala nasib.. abis baju kurung kami bahagian punggung basah lenjun.. bayangkan perasaan geram aku didalam hati.. berapi2..tp kena sabar.. sabarrrrr..

then..sampai je kat rumah adik.. orang tak abis baca doa lagi.. dah la aku tak suruh suami bawak ketayap sebab ingatkan mreka da abis baca doa bila da lewat tengahari.. menu makanan yg ada..lauk2 kampung mcm gulai lemak labu..ikan goreng.. kari daging.. aku takleh masuk makanan mcm ni.. tapi demi menjaga air muka dan juga hati tuan rumah..aku gagahkan juga makan sikit.. Alhamdulillah boleh la masuk..tapi kena cepat2 minum air bila terasa hanyir ikan goreng dalam tekak.. makan tanpa perasaan.. eat food without passion... harap sangat masalah ni akan cepat berlalu...hmm..

cuaca sangat panas..kami minta izin nak balik awal dari kenduri sebab fateh pun da mengantuk.. kami singgah econsave beli barang skit dan balik rumah. baru teringat..aku buka air mesin basuh sebelum keluar rumah tadi..lupa nak tutup..sampai rumah baru teringat.. bayangkan betapa banyak air yg aku bazir dalam masa lebih kurang 4 jam.. aku rasa geram sangat..rasa nak hentak2 je kepala aku ni sampai pecah sebab kecuaian aku yg sangat merugikan.. aku rasa amat kecewa dengan diri aku.. dan aku juga marahkan Allah sebab benarkan perkara tu terjadi.. aku ni dah la tak kerja.. pastu..menyusahkan suami plak.. aku tak tahu nak cakap apa da..speechless..

setelah geram dengan kejadian tu..aku solat zohor..pastu kado subuh.. then aku baca doa menangis2 mengadu nasib aku pd Allah..aku pun ada marah Allah.. aku rasa macam gila sekejap.. aku tak sedar apa yg aku buat.. last2 bila da tenang..aku da normal balik.. aku minta ampun smula.. aku yg salah.. bukan Allah.. Aku yg lupa dan cuai.. tp saja tak nak salahkan diri sendiri.. teruk kan aku?

jangan risau...sekarang aku da ok.. Alhamdulillah.. aku da minta maaf kat suami sebab da susahkan dia.. suami diam je.. aku pun berdiam diri.. aku tertido.. then petang.. bangun sebab anak aku bangunkan.. dia nak susu.. aku bau busuk dekat dia..rupanya dia berak.. harini saja.. 3 kali dia berak.. bukan cirit pun.. aku pun tak tahu kenapa.. tp bila dia berak..aku senang hati..sebab dia memang suka tak berak berhari2..hehe

Alhamdulillah..petang ni aku makan lagi nasi putih dan lauk berhangat daging kenduri anak jiran aku semalam....terisi la perut aku ni.. then waktu malam.. aku pi umah mak.. mak tgh masak nasi goreng..aku pun rasa la 2 sudu..then takleh nak teruskan makan da.. rasa nak muntah... aku pun packing skit bawak balik bagi suami makan.. so.. malam ni..aku minum air teh o dan biskut je skit..cukupla buat alas perut..Alhamdulillah perut aku malam ni tak berkocak2 mcm semalam.. harap semua masalah akan selesai dan everything back to normal.. okla..

sekiann

Ok tapi Loya Malam Loyal..

Assalammualaikum
pagi ni terbangun lambat gara2 fateh menangis rayan pukul 2.53 pagi sebab straw botol air nya putus dan dia tak selesa untuk minum guna botol tu. Hal sekecil itu pun boleh membuatkan hatinya hancur.. siann.. belum lg dia nak tempuh hidup dewasanya yg akan datang.. harap dirimu tabah wahai anak kerana dunia mungkin akan berlaku kejam padamu.. jangan risau.. dunia ini hanya sementara.. akhirat sana yg kekal selamanya...

lepas bangun tu.. suami keluar beli sarapan apam nyor kelapa.. itu je yg aku boleh makan.. anak dan suami aku makan karipap dan apam balik lebih semalam yg suami da panaskan.. aku plak.. siapkan doorgift tempahan kek cawan yg separuh siap semalam.


lepas siap..aku pun bersiap nak pegi kenduri kawin anak jiran aku.. dia buka 3 khemah je.. tp nampak nya boleh tahan meriah dan teratur.. tahniahla pd pihak katering yg pandai atur majlis kecil mcm ni.  lancar je smua..lauk pun sedap.. aku x rasa semua lauk kecuali daging dan ayam goreng. ermm.. boleh tahan masakan dagingnya.. aku boleh makan.. Alhamdulillah.. then ada laksa.. aku bantai la semangkuk. then bila petang..lepas asar.. aku nak pi la tengok kot ada laksa lagi..haha.. da abis.. punah harapan.

lepas pi kenduri jiran..kami ke kenduri lain plak.. di dewan tepi kilang carsem belakang megoplex...kenduri adik kawan suami aku.. tp disebabkan pengantin lelakinya ni selalu main bola tampar depan rumah aku.. jadi ramaila jiran2 aku datang jugak.. Aku plak bahagia sebab dapat makan lagi.. ada lauk isi ikan goreng sos ala2 dekat hotel tu... wahhh.. aku amik banyak gak..ratah mcm tu je sebab perut aku masih kenyang dengan laksa tadi.. doorgift dia pun mewahh.. mesti mahal kos kenduri dan doorgiftnya.. agak class la.. org yg mampu boleh la buat besar2ran.. dulu kenduri aku takderla grand sangat..tp Alhamdulillah lauk pauk nya sangat sedap..itu yg terpenting..hehe

lepas 2 kenduri..aku kekenyangan.. aku pun tertidur masa nyusu fateh ...sekarang ni da petang. Alhamdulillah jiran pun ada bagi lauk kenduri.. aku bantai daging je makan dengan nasi putih sebab aku tak boleh nak makan nasi minyak..rasa loya.. uwekkk.. sekarang giliran suami aku plak tidur..sian dia.. mesti dia penat sebab tadi fateh sangat nakal..suami aku la yg control dia..memang sangat mencabar.. sekarang..Fateh da bangun tido..giliran aku plak control dia..hehe

bila malam menjelma.. aku pun tak paham la dengan perangai perut aku ni.. Bloating jer.. mcm ada peperangan yg sedang berlaku.. berkocak2... aku makan ubat loya.. harap semua akan ok la.. seperti biasa..tidur juga la pengubatnya... okla..gudnite..

sekian..

Loya suka ganggu saya!

Assalammualaikum
pagi ni aku bangun pukul 6.30..mandi dan solat.. anak aku pn bangun awal..aku mandikan dia skali.. pastu suami aku bangun jugak.. mandi..solat dan pi beli breakfast. Roti canai..nasi lemak dan cengkodok pisang.. seketul donut peniaga tu bg percuma.. Alhamdulillah.. wlupun kecil..tp tetap rezeki bagiku...

Aku plak trus buat kek dan biskut tempahan orang.. Alhamdulillah aku da start skit2 berniaga smula... Aku tak nak berniaga..tp aku rasa rugila plak.. aku ikut kan je la.. wlupun aku tak brapa sihat lg..

Aku kena buat 6 botol kecil biskut utk hantaran tunang dan 150 biji kek oren dan coklat.. pastu mak aku suh buat kek lebih beberapa tray utk bg pada jiran aku yg nak kenduri esok hari.


anak perempuan jiran aku nak kawin.. Aku bersyukur sangat.. da bertahun lamanya sangat mreka berpacaran.. sampai  masuk2 ke rumah slalu.. rupanya mreka da nikah di siam 3 bln yg lalu.. jadi bini no 2.. manala aku tahu.. tu la.. benda baik buat apa sorok..kan da timbul fitnah... aku paham la sorok kawin sbb takut bini no 1 dpt tahu.. tp mreka lupa tentang jiran tetangga kat sini.. dia bkn hidup seorg diri kt taman ni..

aku da selesai smua keja baking aku pukul 5 petang.. anak aku banyak kali kena marah sebab dia kaco aku buat keja.. lepas kena marah..terjelepuk kesedihan tapi lepas tu buat balik..adehhh...kena banyak sabarr.. nanti x lama lagi bkn sorang ni jer..tapi akan ada 2 orang budak comel yg bakal menggegarkan rumah ini..hehe.

suami aku balik bawak makanan pasar malam..Alhamdulillah aku makan apam balik dan laksa.. tak abis pun..akhirnya suami aku kena abiskan..dia juga tolong bagi anak makan..buat susu dan basuh semua peralatan baking aku tadi.. Aku bersyukur dpt suami sepertinya.. Alhamdulillah..syukur pada Allah..

malam ni aku tetiba teringin minum teh o panas.. nak buat teh tarik..susu pekat manis x cukup.. hehe.. aku minum sambil tgok citer tv9 namaku bedah.. dan sambil tulis blog.. Esok ada 2 kenduri kawin..satu jiran aku dan satu lg di kilang carsem blakang megoplex..masalahnya esok tu..jiran aku tu nak pinjam laman umah aku utk letak periuk2 lauk katering.. aku harap aku boleh tahan la bau lauk kenduri....Aku redha.. 😭😭

lepas minum.teh malam ni..aku rasa perut aku penuh angin..bergelodakk..tak selesa langsung ..aku rasa nak muntah..tp keluar air liur buih je.. aku pn makan ubat loya.. harap ia membantu utk aku tido malam ni.. then aku pun pujuk fateh yg menrengek2 mengantuk... nyusu dia.. then dia pn tdo.. Aku pn kna paksa diri tdo.. klu tak.. rasa loya ni akan terus menghantui diri ini.. ok.. slmt mlm.. Chow..chinn.
choww..

Makan Tanpa Rasa..Hidup Tanpa Warna

Assalammualaikum
Pagi ni aku cuba masak lauk ayam kicap.. tak sedap pun.. kuahnya cair je..tapi suami aku tetap makan.. aku cuma boleh makan tauhu goreng je.. itu pun aku makan sebab baby dalam perut perlukan protein.. tauhu kan tinggi protein..

patutnya hari ni aku buat biskut tempahan orang bertunang 12 mac ni tapi malangnya aku tak sihat.. badan aku dilanda kelesuan tahap tinggi serta selsema yg teruk.. kesian anak aku main sorang2.. aku tak larat nak layan dia.. aku rasa nak meradang je dengan badan aku ni.. rasanya badan aku ni da rosak..

Aku pun pergi rumah mak abah aku..main dengan baby adik aku.. rafiqi namanya.. lega la skit emosi dalaman aku ni bila tengok baby comel..anak aku si fateh pun comel juga cuma dia bukan baby lagi.. dia da masuk kategori kanak2..

ari ujan lebat.. nasib baik aku sempat sampai rumah sebelum ujan memburuk. kami tengok citer korea.. tiba2 kilat kuat sabung menyabung!! seramm.. bunyinya macam ada letupan bom keliling rumah..menyeramkan.. kami tutup smua suis perkakas elektrik utk elak kena kilat..nanti abis rosak plak kena shot kilat..

malam ni aku lapar.. aku goreng la tauhu sendiri.. aku makan dgn nasi putih. ntah kenapa aku rasa macam takder perasaan gembira pun di hati ni.. aku menangis la skit2.. waktu makan nasi tu.. aku rasa macam tawar je hidup aku ni.. aku rasa kosong..sedangkan suami dan anak2 aku ada di sisi..aku kena bersyukur..

Tapi sebenarnya..aku bukan rasa tawar hati dengan diorang... aku tawar hati dengan keadaan selera aku ni.. aku makan tanpa ada rasa... rasa apa pun takder.. cuma skadar nak isi perut sebab risaukan si kecil dalam perut aku ni. Aku tak rasa happy time makan.. aku rasa terpaksa.. terpaksa makan sebab lapar..tapi hati aku tak kenyang pun.. perasaan aku tetap tak gembira.. Azab sangat bila Allah da tarik nikmat makan aku.. bila la aku nak kembali normal? ? aku mcm da putus asa jer dengan keadaan aku ni..😭
lemah dan tak bermaya..

Ke Klinik lagi kita..

Assalammualaikum
pagi rabu, 8 mac. aku check up klinik utk kandungan 15 minggu..
Alhamdulillah aku da smakin ok wlupun alahan masih ada.. aku da boleh makan mcm2.. mcm apam. roti dan jem. air teh o.. aku pun da kurang sgt muntah.. syukur pd Allah.. cuma hari ni. berat badan aku kekal 74 kg.. Alhamdulillah tak turun berat..klu tak.. aku kena masuk wad.

banyak yg aku nak citer kt nurse dan doktor arini. antaranya..sakit2 badan..masalah keputihan semasa hamil dan juga sakit di bahagian pinggang..punggung dan bahagian parut operation ceaser di perut.

sebelum dtg klinik ni tadi..aku beli apam utk makan dlm kereta. Perut aku lapar sgt. tergesa2 kluar rumah tadi sampai lupa nak makan vitamin obimin.. tu vitamin aku nak abis ni.. aku kena minta lg la dgn nurse. aku harap sgt kandungan aku baik dan cukup zat. Aku nak dia lahir sihat..normal dan membesar menjadi insan yg bertaqwa kepada Allah swt.. Amin..

Tadi waktu check up..nurse cuba cari denyutan jantung kandungan aku tp tak jumpa.. dia ckp biar tunggu sebulan lg baru cek smula..skrg ni mungkin x dengar lagi..pastu..Doktor plak nasihat supaya aku makan protein dan aku kena naikkan berat badan. kalau tak.. pertumbuhan baby dlm kandungan akn terbantut.. risau plak aku.. ok.. aku akan cuba makan wlupun perit..demi anak anakku yg ku sayang.... 😭😭😭

di klinik ni..aku berjumpa dgn kwn lama aku.. Marni Izzati namanya. Subhanallah.. dia da banyak berubah.. semakin cantik.. aku hampir tak kenal dia tadi.. skrg dia tgh mengandung anak kedua 37 minggu.. anak pertama umur setahun lebih.. tp yg sedihnya suami nya bekerja jauh nun di Paka Terengganu. Berjauhan dgn suami semasa mengandung memang perit. Harap dia kuat..

hari ni di klinik ramai org..tp Alhamdulillah proses check up aku cepat jer..cuma aku sgt risau bila nak amik ubat nanti.. memang sah akan kena nombor panjang..tp nasib baik aku cepat2 letak no ubat.. then baru aku jumpa doktor..takderla kna tunggu lama..haha.. pandai tak aku?..hehe so lpas ni.. next appointment aku 5 april.. harap smua nya berjalan lancar.. Amin..

tadi tgok pesbuk..kwn2 up status tntg Mh370..rupanya..Arini genap 3 tahun kehilangan kapal terbang MH370. sedih mmg sedih.. harap kluarga mreka yg terlibat redha dgn pemergian mereka..wlupun tnpa jasad mreka ditemui..

cerita minggu lepas

Assalammualaikum
arini ari jumaat.. aku terlambat bgun lagi sebabnya fateh banyak kali menyusu tgh mlm semalam. tambahan pula..aku terpaksa bangun pukul dua pagi bila Fateh menangis sebab tak jumpa botol airnya. dia suka minum air tengah2 malam. tapi semalam..aku tertinggal botol tu dalam kereta. Aku pun pi la buka pintu pepagi buta tu untuk ambil botol air fateh.. bila da dapat botol.. fateh minum dan tidur semula. Aku tahu Fateh Lapar sebelum tidur semalam. sebab tu dia kerap menyusu dengan aku. Dia ikut perangai aku tak nak makan banyak. aku tak nak makan sebab alahan. tapi fateh bukan paham pun. dia cuma meniru perlakuan aku je. dia sekarang bagaikan span yg menyerap maklumat perlakuan yg berlaku di sekeliling nya. klu baik kelakuan kita sebagai ibu bapa.. baiklah kelakuan nya juga.

semalam..lebih kurang pukul 10 pagi..Aku tiba2 dapat mesej dari kakak aku..cean. Dia cakap adik aku Nabilah masuk Wad sebab demam panas. Dia belum habis berpantang lagi. Sebab tu la demamnya dikira bahaya. Dengar cerita dia demam bengkak susu. kesian.. Aku dulu tak demam susu..cuma aku suka meradang bila putin aku sakit. Aku geram gak tapi nak buat macam mana? kena hadap juga sakit tu. klu tak..fateh asyik melalak je nak susu. Aku bersyukur kami tak perlu beli susu tepung untuk Fateh sebab susu aku banyakk!! Alhamdulillah.. cuma aku kena tahan derita sakit tetek dan putin la.. setiap hari.. setiap saat bila fateh menyusu. tu belum dia gigit putin aku lagi. Tapi bila dia gigit. Aku bagi tamparan skit padanya. takderla kuat... cukup sekadar nak mengajar.  kalau tak.. nanti dia gigit lagi.. jenuhhh!!!

Aku teringat.. Aku pernah ada benjolan susu di payudara sebelah kanan. Ia sangat jelas, tak sakit tapi menakutkan. dah la aku ni keturunan barah payudara. mak sedara dan sepupu sebelah ayah aku da 3 orang meninggal akibat kanser payudara ni. Aku sangat risau dan menyerah diri ke hospital besar ipoh. Nasib aku tak baik sebab Semua doktor yg cek aku doktor lelaki. aku kena scan dada dan buat 2 kali cucuk dada utk ambil sampel. Tapi time cucuk tu.. memang sakit..cuma sah la keluar cecair susu. memang pengalaman yang mengerikan la..

so semalam.. bila suami aku balik. Kami pun pi la jenguk adik aku di wad bersalin hospital batu gajah. Hospital ni bangunannya da lama tapi masih kuat. memang antik sangat pemandangan dalam bangunan wad adik aku. Macam bangunan zaman british dulu. penuh kesenian hasil kerja tangan orang dahulu yg jujur. Kalau shooting genre filem2 lama kat sini.. memang terbaiklah!! On da way balik ke rumah.. kami singgah di kelang kopitiam untuk beli ais kacang. sedap giler ais kacang jagungnya.. teringat aku waktu duduk di terengganu dulu.. selalu sangat makan ais kacang jagung parut di teluk ketapang sotong celup tepung. Rindunyaaaaa time tu...

ok.. berbalik kepada cerita ari jumaat..Lebih kurang pukul 12.30..suami aku balik mkn tghari. Aku bagitaw dia yang aku da buang kacang tanah yg dia goreng untuk aku. aku mngaku aku salah sebab tak tanya dia dulu. Mungkin mulut aku rasa tak sedap sebab alahan.. Bukan sebab kacang tu rosak. Selain aku rasa tak sedap... aku terbayang macam ada ulat dalam kacang tu sebab aku jumpa kacang yang belum bergoreng dah diserang ulat dan bubuk. aku harap suami aku paham.. kalau aku da terbayang macam tu.. aku memang tak boleh makan da kacang tu.

lepas pukul 3 petang.. Fateh asyik menangis sebab dia nak main mesin potong rambut. Untuk elakkan dia terus2san menangis..aku ajak dia pegi rumah mak abah. Sampai je sana...Aku tengok bilik belakang rumah mak abah cantik dan kemas macam bilik pengantin. Aku tanya kakak aku kot suaminya ada balik.. dia cakap mana ada la.. Mak weh.. mak sedara kami yg nak datang satu family sebab depa nak lawat Bilah..adik aku.. Pastu.. aku pun tolong la kakak aku vakum lantai dan cuci kipas. Kakak aku lap semua kipas yg dicuci dengan cecair softlan...untuk melambatkan proses perlekatan habuk katanya. Lepas makweh sampai.. kami bersalam2man.. tetiba Fateh pulak meragam sebab tak dapat main almari dapur. Puas aku pujuk tapi dia tak nak berhenti menangis.. aku pun bawa dia balik rumah.. nyusu dan tidurkan dia..
Kakak aku pergi ke hospital lagi untuk jenguk adik aku petang ni.. apa lagii.. aku pun pesan la ais kacang !!..huhuhu

Keesokan harinya.. ari sabtu.. kami terima panggilan seawal pukul 6.00 pagi. aku tak suka terima panggilan di tengah malam atau subuh hari sebab aku tahu.. mungkin ada berita kematian. Dan aku betul. Mak mertua aku call untuk bagitahu yg bapa mertua kakak ipar aku da meninggal di hospital Taiping akibat Kanser Usus. Arwah dapat tahu kanser ni lebih kurang 3 bulan lepas. Tapi da terlambat sebab kansernya da stage 4. Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang2 yg beriman. Amin..

lebih kurang pukul 9 pagi kami siap2 nak balik kampung. Surau depan rumah kami ada buat event ceramah tapi hanya untuk muslimat sahaja. selain ceramah.. mreka juga buat gerai2 jualan.. Suami aku suruh aku pi jenguk, pergi bersosial sikit dan "get a live" jalan2 kt situ.  Aku betul2 takder mood dan aku tak nak. suami aku paksa aku jugak. aku berkeras tak nak sebab aku takut mreka ada jual makanan.. nanti aku tak tahan baunya. Pastu.. kami pun bertolak dari ipoh ke kampung Sungai tinggi Trong Taiping. Kami terus ke kampung sebab kami tahu kami takkan sempat hadiri pengebumian arwah mertua kakak ipar. Alhamdulillah..Pukul 12.30 tengahari, kami selamat sampai kampung. Tak tahu kenapa badan ni rasa letih sangat dan mata rasa mengantuk. Aku nak sangat tidur tapi aku kena jaga Fateh. Aku menyusu kan Fateh dengan harapan dia akan tidur.. tapi sangkaan ku meleset. Fateh tak tidur pun.. Aku yang tidur. Dia duk buat sepah dalam bilik dan akhirnya suami aku terjaga dan dia plak jaga Fateh. Aku memang da tak larat da, sampai suami kejut suruh bangun sebab azan pun aku tak bangun. lepas tu Fateh berakkk!! nampaknya..aku kena bangun juga untuk basuh berak dia. Aku mandikan dia terus supaya dia rasa segar dan nak tidur.. tapi dia tetap tak tidur. adehhh.. apala nasib aku hari ni.. hari da pukul 3..aku cepat2 solat zohor sebelum waktunya habis.

lebih kurang pukul 5.. Family suami aku sampai kampung. mereka beli banyak makan..pecal..kuih muih..satay..nasi impit..mertabak.. banyakla!! tapi malang nya.. satu pun aku tak boleh makan dan bau makanan tu sangat menjengkelkan!!! Aku cepat2 solat asar..pakai tudung dan dukung Fateh bawak dia main di luar rumah. Aku bawak dia round2 kebun dan tengok budak2 kampung bermain.. lepas tu aku rasa perut aku sakit. Aku risau dan terus turunkan fateh. Wuishh!! nasib baik tak jadi apa2 pada kandungan aku.. Kami pun main menyapu pasir je di laman. Aku tak dukung fateh da lepas tu. Aku takut.. Waktu maghrib.. baru lah fateh tido.. aku pun mandi dan solat maghrib cepat sebelum Fateh terjaga.

Malam ni.. aku makan roti jem blue beri dan minum nestum oat. tu je makanan yg aku boleh telan walaupun tak brapa sedap. janji perut terisi.. kalau perut kosong.. lagi rasa nak muntah membuak2.. da tiba waktu tidur yang ku nantikan.. selalu bila balik kampung..aku dan fateh tidur di atas toto di lantai sebab nak elak fateh jatuh katil. tapi kali ni fateh plak yg minta nak tidur atas katil. takper.. we give him a try. Aku harap aku boleh control dia malam ni. Hehe. oklah.. sekian

Kesihatan Mental Wanita?

Mendapatkan  Kesihatan mental yg baik bagi seorg wanita .

1- apabila suami anda seorg setia dan caring.

2- apabila kandungan anda adalah kandungan yg anda ingini.

3- apabila proses bersalin anda proses yg menyenangkan. Keep calm and relax. Walau apa jua jenis kelahiran, lalui dgn gembira.

4- proses berpantang mengembirakan... seronok mendapat cahaya mata, tidur yg cukup, di bantu jika mengalami kesukaran, tdk di paksa melakukan perkara yg tdk di sukai, di beri kebebasan melakukan perkara yg ibu suka.
Dikasihi suami dan keluarga.
Di rawat dgn kasih .

5- sebuah percutian.... ke bukit cerakah pun cukup mengembirakan.

aku dapat 1, 2 dan 4

3 tu nya dapat ntah tidak..

yang 5 tu dapat walaupun tak selalu.. tapi aku ok je..

Terlalu banyak pikir orang??

Assalammualaikum
selamat pagi.. jam aku menunjukkan pukul 6.36 pagi. pukul 5 Pagi ni aku dikejutkan dengan anak aku yg tetiba melalak..nak keluar bilik utk pergi ke peti ais sambil mulutnya menyebut "nak..nak.. nak!!" apekebenda pulak yg dia nak ni pepagi buta nii?? adehh... rupanya dia mimpi.. lepas dia tersedar..dia berhenti menangis dan duk tersimpuh depan peti ais tu dalam lebih kurang 10 minit.. pastu.. bila ada sekor lipas lalu dekat sinki tepi dia tu.. baru la dia takut dan datang pada aku.. aku pun dukung dia smula..nyusukan..dan tidurkan dia.

Selesai urusan anak.. aku tgok jam.. pukul 5.30.. awal lg..waktu solat subuh pun belum masuk. Patutnya aku pi la wat tahajud ke..atau baca Quran ke.. tapi aku main game candy crush plak. terpesong ikut setan. adehh..pukul 6 suku.. azan subuh berkumandang dekat surau depan rumah aku. Aku pun ambil wuduk dan solat. Aku tak mandi pun sebab aku yakin aku bersih.

Perut aku plak lapar.. baby dalam perut da minta makanan. semalam pun aku kurang makan sebab ikan bilis dan kacang tanah abis. Nasib baik la suami pi beli apam balik kat pasar malam hari rabu Rapat setia. Alhamdulillah aku boleh makan dan aku abiskannya sorang2. Anak aku plak tak berenti makan pisang. sampai 7 biji dia bantai.  malam semalam.. sebelum tidur...terberak2.. bagusla..anak aku tu pun jarang berak.. 2 atau 3 hari sekali..memang perangainya ni sejak lahir lagi...huhu.. so.. bila dia berak..aku happy.. aku tahu anak aku pun happy sebab perut rasa lebih selesa lepas berak..

ok..back to the story.. aku pi buka peti ais cari makanan yg boleh dimakan..tapi takder.. yg ada hanya air revive dan air limau nipis suami aku buatkan semalam. aku minum air limau dan makan vitamin obimin. 10 minit kemudian.. rasa masih lapar..aku makan roti kosong dengan jem blueberry.. Alhamdulillah..terisi perut aku.. pagi2 ni aku kurang alahan.. malam2 je alahan teruk.. macam semalam..sebelum tidur..aku muntah.. kepala pun pening sebab angin da naik ke kepala kot. Hanya tidur je pengubat ketidakselesaan aku ni.. Sebab tu la setiap hari aku impikan hari berjalan dengan ceoat supaya wakti tidur malam tiba dan lenyapkan penderitaan badan aku..😭

Tadi time aku tidur malam.. aku mimpi aku dan suami dapat borang untuk pergi melancong ke Jepun dengan tambang kapal terbang percuma.. Tapi kami ada masalah tak cukup duit nak perbaharui passport dan untuk perbelanjaan kami di Jepun. sedih kan.. aku mimpi macam ni sebab aku tertengok gamba Kawan Baik aku..Fatin Aina..dia melancong ke Osaka Jepun. bertuah dia kan.. Aku ni.. nak pergi Mekah pun tak mampu lagi... inikan pula pergi ke Jepun dan tempat2 lain. Memang tak laa... walaupun hati ini sangat teringin.

Aku pernah 4 kali je naik Kapal Terbang. First time balik dari langkawi ke Subang..dan dari Subang ke Kuala Terengganu. Then pergi balik dari Bangkok ke Malaysia. Suami aku plak pernah naik 2 kali kot.. pergi balik dari medan Indonesia ke Malaysia. Aku ke langkawi sebab pergi rumah along aku. Kalau la along aku tak duduk langkawi.. takkan merasa la aku pi langkawi .  then aku pergi bangkok plak sebab jadi pelajar terpilih di universiti. Aku happy sangat time tu sebab aku bangga dapat pergi luar negara. Aku ada kawan baik. Namanya Nizam. Aku jelos giler dia dapat latihan Industri di Universiti Kasersart Bangkok Thailand. Last2.... sekarang aku plak dapat pergi ke universiti yg sama. walaupun hanya untuk lawatan 7 hari.. Tapi ia cukup memuaskan hati aku. Dari Form 6.. Aku memang asyik nak bersaing dengan dia.. Aku pun tak tahu kenapa. nantilah.. aku citer lebih lanjut lg tentang siapa Nizam ni dalam post yang lain..

tak tahu la bila lagi aku dapat ke luar negara.  mungkin takkan kot.. Aku harap sangat at least aku dapat ke Mekah. Tapi kena la setel ptptn dulu. kalau tak.. confirm la aku kena tahan dengan immigresen  nnti. hampeh kan.. Agaknya kawan aku yang pergi osaka Jepun tu da langsam hutang ptptn.. sebab tu takder halangan ke luar negara.. Hebat..hebat.. Aku ni masih lagi tertunggak hutang ptptn sebanyak Rm7.6k. Selalunya aku bayar rm50 sebulan..tapi sejak Fateh Lahir.. Aku da tak bayar da..sebab banyak juga perbelanjaan bertambah sejak ada anak. tambahan plak pendapatan suami cukup2 utk kami.. pendapatan aku plak ke laut.. kadang2 ada.. kadang2 takder. ntahla.. aku pun rasa macam sangat takder mood utk berniaga.. Aku nak kerja tapi aku risaukan anak2 dan suami aku.. hurm...

Aku kadang2 terpikir.. dari dulu lagi aku banyak pikirkan orang lain.. Nak jaga opah aku la..jaga kakak aku la.. pastu jaga mak sedara aku la..tak nak jauh dari family la... last2 sampai aku sendiri tak bekerja. Agaknya kalau dulu aku buat dek jer dan tak pikirkan sangat tentang family aku..tentu aku da berjaya sekarang kan? sebab kalau nak berjaya bukan ke perlukan pengorbanan? kita takkan dapat semua yang kita nak kan? apala yg aku pikir ni kan.. teruk aku kan.. tapi inila yg aku pikir sekarang.. adakah aku seorang yg tak bersyukur? aku pun tak tahu..

Tapi aku memang kurang pengalaman bekerja. Sejak aku abis SPM lg..aku da minta dekat mak ayah aku..aku nak kerja.. tapi diorang tak pernah benarkan.. sampai la aku abis form 6.. aku tak pernah merasa kerja dan pegang duit hasil titik peluh aku sendiri.

Mak ayah aku terlalu protektif. Ia mungkin sebab apa yg pernah berlaku pada kakak2 aku membuatkan kebebasan aku disekat. aku akur jer. Aku ikut je cakap mak ayah aku. Waktu di universiti pun.. kalau kawan2 ajak bercuti..aku tak pergi walaupun mak ayah bagi aku kereta sendiri time blaja dulu... sebab apa?? sebab mak ayah aku tak bagi.. asalnya mak ayah aku tak tahu aku kerja part time restoran dan katering di terengganu. kalau aku bgtaw.. confirm la tak boleh kan.. hmmm.. tapi lama kelamaan diorang tahu juga dan ikut kemahuan aku. asalkan aku pandai jaga diri. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan kawan2 yg baik..yang takder ajak aku buat benda tak elok. sampai abis U.. Aku jaga Makwan.. lepas beberapa bulan.. ilmu di kepala pun da kurang.. semua temuduga pun tak lepas.. akhirnya dpt keje jadi kuli kedai komputer. pastu gaduh dengan bos.. dan berenti kejer. sampai sekarang aku tak berjaya lagi dapat kerja. aku tahu aku kurang pengalaman bekerja. sapa yg nak amik aku?? takde sapa nak aku la... sekarang aku da lembab da.. nak tulis borang apa2 pun..semua terkial2..tulisan aku buruk..semua ilmu universiti aku da lupa.. sia2 je kan berpuluh ribu duit habis belajar dulu.. haha.. begitula hidup aku..

apapun yg terjadi.. hidup mesti diteruskan.. sekarang aku ada suami..ada anak..nak masuk 2 anak da.. aku taw rezeki tu datang dari Allah.. teruskan jer hidup..teruskan jer solat.. sampai la ajal aku menjemput..

ok.. sekian..

Oleh Ammar Kannilin

Isnin itu,

Sebelum subuh dia sudah mula ‘bersilat’ di dapur. Bunyi air pili mengalir ke singki tak putus-putus dari tadi. Tanda banyaknya pinggan dan cawan tidak berbasuh yang ditinggalkan anak-anak malam tadi.

Sudah jenuh dipesan, ada masa berkesan, kebanyakan masa tak ‘jalan’.

Masing-masing ada ‘misi pagi’. Dia dengan urusan dapur. Memastikan anak-anak mendapat bekalan ‘air tangan’ setiap hari.

Saya dengan urusan ‘perkucingan’. Memastikan ‘anak-anak bulu’ mendapat bekalan makanan mencukupi dan lokasi ‘penyahtinjaan’ sedia bersih.

Ikutkan hati, tak larat dah. Tetapi setiap pagi menguruskan sisa kumbahan, memberi kesan yang agak signifikan kepada ‘ketundukan hati’.

Selalu saja ada bisikan, ‘Padan muka kau, kau rasa kau hebat? Setiap pagi jadi abdi kucing-kucing ni. Mereka yang membuang, kau yang kutip.’ Rendah diri rasanya. Dengan kucing pun kalah.

Belek-belek mengemaskan beg kerja. Baru perasan bekas makanan hari Jumaat lupa nak dikeluarkan dari dalam beg.

Allah! Cepat-cepat keluarkan dan bawa ke dapur.

Baru saja mahu letakkan bekas makanan ke dalam singki, isteri merungut, “Bang, macam mana nak cakap dengan Iman ye. Petang Jumaat hari tu lagi dah ingatkan. Balik sekolah, keluarkan ‘lunchbox’. Basuh.

Jenuh cari mana ‘lunchbox’ dia pagi ni. Rupanya tak keluarkan lagi dari dalam beg.”

Perlahan-lahan saya mulakan membasuh bekas sendiri.

Entah kenapa, telinga saya yang berdesing. Sungguh itu cerita Iman. Tapi nampaknya saling tak tumpah dengan perangai abahnya. Kebetulan yang menyakitkan.

“Bercakap dengan budak, memang perlu berulang-ulang. Tak boleh harap dengan sekali cakap, terus dia akan ikut. Manusia ni mudah lupa.

Itu sebabnya, Al-Quran pun ada ayat peringatan yang berulang-ulang. Dibaca selalu untuk ingatkan kita.”

Dia hanya diam sambil tangan laju membuka bungkusan mozzarella. Kuali sudah mula panas.

“Orang dewasa pun sama. Kita dah pesan jangan letak beg tangan merata-rata. Sangkut dalam bilik. Balik kerja, sofa depan ruang tamu juga tempatnya.”

Entah dari mana meluncur laju terlepas dari mulut. Nampaknya telinga yang berdesing tadi mula ‘memuntahkan’ respon buruk.

Suasana hening.

Dia meneruskan kerja-kerja memasak. Tugas saya seterusnya mengejutkan anak-anak dan membersihkan diri.

Pagi itu, sebelum bergerak ke tempat kerja, wajahnya tidak seperti biasa. Jelas tiada sinar dalam mata. Ulas bibir melurut semua.

Ikut pengalaman, memang ada yang tak kena. Ada sesuatu yang mencabut ceria. Ciuman di tangan tidak sekuat biasa. Pelukan juga cepat-cepat dilepaskan sekadar ada.
______

Sedang sibuk di meja kerja, Jam 10.07 pagi.

‘Salam abang. Ryn minta maaf tau. Mungkin ada stress sikit. Emosi terganggu. Cepat terasa hati.’

Teks dihantar melalui whatsapp.

Benar apa yang disangka. Dia memang terasa hati. Rasa bersalah pada diri sendiri.

Satu, kerana tidak dapat mengawal hati yang terlampau sensitif terus mengeluarkan kata-kata yang menyindir.

Dua, kerana tidak segera menurunkan ego meminta maaf apabila sudah tahu terlajak cakap.

Jika tidak terus dijawab teks whatsapp ini, maka ini kesalahan ketiga. Melengah-lengahkan kemaafan.

‘Abang sentiasa maafkan. Maafkan abang juga.’ Send.

Baru hadir ketenangan bekerja pagi itu. Patutlah serba tak kena pagi itu. Boss-boss di pejabat juga seakan ‘angin satu macam’.

Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan ‘gila meroyan’ yang mengorbankan nyawa.

Kejadian itu realiti. Penyakit ‘gila meroyan’ itu juga realiti.

Puncanya?

Mengabaikan tanda-tanda awal yang ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku dan sikap seorang wanita.

Kebanyakan lelaki mungkin lupa, jika ‘gila meroyan’ hanya berlaku pada wanita lepas bersalin, ‘datang bulan’ pula berlaku pada wanita setiap bulan.

Perubahan hormon itu sesuatu yang benar-benar ada kesannya. Kesan pada fizikal yang boleh dilihat dan kesan pada psikologi yang samar-samar.

Ada wanita, saya pernah lihat masa di kolej dulu, sedang mesyuarat boleh tiba-tiba berguling-guling memegang perut menahan kesakitan.

Baru saya tahu, boleh tahap itu kesakitannya. Ada juga yang mengalami sakit-sakit badan dan sakit pinggang.

Jika tiba-tiba si isteri menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi atau ‘merapu’, itu tanda-tanda mereka perlukan perhatian.

Lebih baik lagi, ketenangan melalui sentuhan dan belaian. Dalam kesakitan dan ketidaktentuan, tiba-tiba dimanjakan, bukankah itu ‘nikmat’ buat mereka.

Entah kenapa tiba-tiba saya bercerita kisah ini. Sungguh, luar niche penulisan saya. Mungkin atas rasa mahu menebus kesalahan.

Mahu kawan-kawan lelaki atau adik-adik yang baru bercadang untuk berpasangan, tahu dan sedar hakikat fitrah yang Allah ‘embedded’ dalam diri seorang wanita.

Lelaki seperti saya, ada juga hormon. ‘Hormon ego’. Ada masa sedar, tetapi hidung tetap mahu ditinggikan.

‘Datang bulan’ memang ujian untuk kaum lelaki setiap bulan. Ujian mengukur tahap keprihatinan.
_______

Balik petang tu, “Macam mana? Dah ok?” Menyambut beg-beg sekolah anak yang dihulur.

“Alhamdulillah.” Melepaskan beg yang berat dan beban emosi yang ditanggung bersama senyum terukir.

Saya belajar tiga perkara dari peristiwa ini,

1. Sensitif dengan perubahan emosi isteri. Perempuan jika terlepas kata, mungkin disebabkan hormon. Lelaki tenang saja.

2. Respon reaktif (segera) mengundang bahaya. Dengar, tarik nafas dalam-dalam. Tenang. Langkah terbaik, terus diam. Diam juga ada makna. Beri masa 10 saat untuk respon.

3. Ego merencatkan bahagia. Dalam banyak kegunaan ego manusia, ego dengan isteri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

Mana mungkin kita boleh ego pada wanita yang menemani kita tidur setiap malam, malah melahirkan anak kita.


#MAKnificent Family Lesson

Demam...Kehilangan dan Alahan..

Assalammualaikum
Hari ni hari selasa.. dalam 2 atau 3 hari sebelum ni.. banyak hal yg berlaku.. sampai nak tulis blog pun takder mood dan sedih.. Antaranya ialah....

Ari ahad pagi kelmarin.. terbangun lambat sebab tidur lewat... lebih kurang pukul 7 pagi..Tetiba anak aku.. Fateh nampak lesu..tak bermaya...duk bergolek2 ats katil macam tak nak bangun.. terasa badannya panas..sebenarnya aku memang da rasa tapak tangannya panas bila dia sentuh perut aku time dia tengah nyusu.. tapi bila aku pegang belakang dan tengkuknya.. tak panas pun..jadi.. Aku pun biar jela..

Then pukul 9 pagi.. badan Fateh semakin panas..Cek suhu badannya.. 38.8 darjah..okay.. bagi aku ada limit.. klu suhu kurang dr 38.5 darjah..ia dikira demam yg tak bahaya.. tapi bila sampai 39 darjah ke atas... kena bawak pi klinik!! Taw je la.. hari ahad.. tak banyak klinik yg buka.. tapi Alhamdulillah klinik 1 mesia dekat umah aku ni buka..doktor cek suhunya nak dekat 40 darjah..tapi sebab demam ni baru bermula.. doktor hanya bagi ubat selsema dan sirap panadol kanak2.. doktor juga pesan.."kalau deman berlarutan selama 2 hari..segera ke klinik kesihatan gunung rapat utk ambil darah.. takut ada deman denggi atau jangkitan kuman yg lain." ok.. kami pun segera balik rumah..sampai terlupa dan tertinggal tuala kecil fateh kat bangku klinik tadi..hehe..bila sampai rumah.. fateh nampak sgt lemah.. dia hanya terbaring..mukanya nampak kesian sgt.. suhunya tak turun.. adehhh..risau sangat..

Lepas tu.. suami dapat panggilan dari abang ipar yg bawa berita sangat sedih... Cai.. kawan baik suami aku terlibat dalam kemalangan di KL dan telah disahkan meninggal dunia.. dengar cerita.. Ada india Mabuk eksiden dan kereta india tu terpelanting atas kereta arwah... teruk tu... Suami aku sgt terkejut. Suami aku mcm tak percaya yg kawan baiknya.. cai da takder.. mreka sangat rapat..Gambar arwah cai ada tersimpan dalam diari suami aku ni.. memang sedih. aku pun kenal dia sejak kawin ngan suami.. sebenarnya... mreka ni 3 sekawan... wan, cai dan apit (suami aku)..mreka kawan dari kecik.. sekolah sama2.. lepak sama2.. kerja pun sama2 kat penang.. tapi lepas syarikat tempat mreka keje tu ada problem.. arwah cai terpaksa berubah cari kerja di KL... Suami pula dapat kerja di Ipoh...tinggal la wan yg masih kerja di syarikat tu.

Aku teringat dulu..time sebelum kawin.. suami aku dulu keje putrajaya..tapi lepas abis kontrak keje.. Arwah Cai dan wan ajak dia keje di penang.. Time datang penang.. mreka la yg uruskan.. mreka ajak suami aku tinggal di umah sewa diorg. Pastu.. time pegi keje.. mreka la yg tumpangkan naik motor sebab waktu tu suami tak beli motor lagi..pastu.. wan dan arwah cai la yg teman suami pi tengok umah sewa kami di flat puncak Erskine penang.. aku tahu hal ni sebab aku ada tengok video mreka cari umah sewa tu dalam laptop suami... hehe..

Pastu.. bila kami da kawin.. wan dgn arwah cai datang rumah dan belikan hadiah kawin tong gas utk kami.. pastu suami aku penah sruh aku masakkan utk mreka makan bila ada masa terluang sebab mreka sangat banyak membantu dlm urusan umah sewa kami tu..aku pn masak ayam masak merah kalau tak silap laa.. Alhamdulillah mreka makan ok je.. pastu mreka solat jemaah sama2 sebelum balik.. mreka sedih sebab suami aku da tak dapat duduk serumah ngan diorang da sebab da kawin.. aku paham.. pastu wan dan  arwah cai slalu beli biskut raya dgn kami. Arwah Cai juga ada tempah kek dgn kami...kek boboboi dan kek tunang adiknya...Bila nak dekat perkahwinan adiknya.. dia slalu mesej suami aku minta nasihat tentang macam mana nak wat kenduri dan doorgift sebab family suami aku ni dulu biasa wat catering utk kenduri2 kecik.. Family suami juga ada buat perkhidmatan khemah kenduri...

Arwah Cai dulu ada pernah ditugaskan keje kat Ipoh.. so..Dia ada datang rumah kami kat ipoh..dia ajak suami round jalan2 ipoh.. pergi makan..pergi pasar malam la.... kali terakhir jumpa arwah time kenduri kawin adiknya kat kampung suami.. kami duk semeja.. sembang2.. dia jadi cameraman hari tu.. so.. dia ada amik gamba kami satu family.... kenangan.. suami aku mesti rindu kenangan ngan dia ni..

Pastu.. arwah ni kerap juga eksiden motor..kalau dia eksiden..dia akn mesej bagitaw suami aku..suami aku pun slalu nasihat dia sebelum mulakan perjalanan..kna baca doa perjalanan..banyak la suami aku bebel kat dia..sekarang ni..dia da beli kereta.. so.. takderla dia eksiden da..... tapi kali ni......... dia eksiden.. dia tak dapat mesej utk bagitaw lagi...sebab dia terus pergi...😭.. Arwah ni orang yg baik. dia bukan org senang. ayahnya da meninggal.. ibunya sakit dan baru meninggal sebelum perkahwinan adiknya.. dia bekerja kuat utk sara keluarga.. tapi sekarang..tugasnya di dunia dah tamat... tengok kat pesbuk dia tulis "in a relationship".. sian dia.. meninggal di usia yg muda dan tak sempat kawin pun lg dgn pasangan nya..mari kita sedekah Al- Fatihah banyak2 utk Arwah. Semoga Arwah Ahmad Khusairi bin Ayop (Cai) di tempatkan bersama orang2 yg beriman.. Amin..
Ahmad Khusairi Ayop Dalam Kenangan...




Kemudian..Malam Ahad plak.. aku terima mesej group khidmat negara plkn aku... Mastura kawan plkn aku.. suaminya pula masuk ICU hospital ipoh sebab eksiden motor. Dia Dilanggar oleh India Mabuk jugakk.. tula.. Depa yang mabuk.. orang lain plak yg dapat malang... wat masa ni..da 3 kali kena operate....operate buang tempurung kepala, buang darah beku di otak dan operate masuk besi dlm kaki dan tangan yg patah... Ya Allah..kesian nya.. aku pun tak dpt tolong apa2. hanya dapat doakan kesembuhan yg cepat utk suaminya dan kekuatan ketabahan hati utk mastura. Ujiannya sangat besar. kalau aku di tempatnya..aku takkan mampu.. anak aku pun skrg tengah demam panas.. aku tak dapat nak melawat suaminya wlupun hospital ipoh dan umah aku tak begitu jauh.


senja Ahad tu plak.. dpt panggilan tepon dari anak sedara suami suh amik dia di stesen bas amanjaya..meru.. sian dia tu.. dia blaja diploma kat TIC kolej..pastu lanjut ijazah ke UNITAR..Tapi.. tak lama lg dia kena berenti belajar ijazah sebab tertipu dengan pengurusan kolej dia... ntahla...aku pun tak berapa tahu tentang kes dia ni. tapi yg jelasnya dia kena tipu la.. harini dia pergi buat pembentangan latihan industri dalam kos diploma dia..pastu dia kena uruskan plak pemberhentian kos ijazah dia.. pastu katanya dia nak cari keje.. semoga berjaya la utk dia.. semoga dia jangan asyik kna tipu lagi.. tapi aku harap dia cari keje dekat kedah..dekat ngan Mak ayah dia sebab itu yg terbaik utk seorg anak perempuan.. biasala.. skrg ni dunia sgt mencabar.. bahaya utk sorg perempuan bujang bekerja terlalu jauh dari family.. ni pendapat aku je la..hehe..

Ahad malam tu pulak..demam Fateh semakin menjadi jadi.. sampai 39.7 darjah selsius. Adusss.. kami tak henti2 basahkan badannya ngan air paip sambil baca surah Al- Fatihah..Kami juga tak lupa bagi dia makan ubat.. suami aku yg masih  terkejut dgn pemergian kawan baiknya tetiba cakap pada Fateh "Fateh jangan tinggalkan ayah tau.. Fateh jangan pergi.." Aku plak tanya suami aku.. "apa maksud abg Fateh jangan pergi? Pergi Mana?" suami pun jawab... "paham2 je la" sambil terus lap badan fateh dengan tuala basah. Hmm.. Aku mmg paham.. tapi aku sengaja tak nak paham sebab aku memang tak nak benda tu terjadi. Kalau la aku hilang fateh atau suami aku.. confirm2 aku akan gila kot.. ntahla....

Suami aku suruh aku tdo..biar dia yg jaga Fateh sepanjang malam. Tapi aku pun tak brapa lena tdo.. asyik terbangun2 bila fateh menyusu.. Pinggang aku ni sakit tdo mengiring je sebab Fateh mnyusu tak nak lepas. pastu.. bangun pagi..lpas solat subuh.. suami plak tdo.. aku plak duk kacau dia tdo sebab aku ingatkan dia kena pergi kejer.. rupanya dia cuti. dia tak citer kat aku dia amik cuti sebab Fateh demam. adehh.. lpas aku taw dia cuti.. aku mmg tak kacau dia da.. aku plak jaga Fateh. Alhamdulillah Fateh da ok skit. smakin baik.. sampai la arini.. ari selasa.. dia da baik demam wlupun kdg2 panas badan tu ada datang sikit2..tapi tak teruk... Syukur pd Allah...

Aku plak masih deal ngan alahan aku yg tak abis abis ni.. kadang2 aku stress dan kadang2 aku ok.. aku makan nasi putih atau nasi lemak suami aku masak utk aku.. tanpa sambal.. hanya kacang dan ikan bilis je yg dpt jadi lauk aku. aku banyak mengeluh.. terus terusan mengeluh dgn alahan aku ni. aku masih tak nampak apa hikmah alahan aku ni. yg aku nampak hanyalah kerugian wang dan masa serta kelemahan kelesuan badan. aku harap sgt smua alahan ni hilang cepat. aku nak berniaga biskut raya lagi tahun ni.. kalau tak meniaga.. rugi laaaa.. sangat rugiii..
so.. masih ada masa lg.. aku nak start projek biskut raya hujung bulan 3.. aku harap sangat time tu aku da ok..

okla.. sekian citer dari aku.. compile trus citer dr ari ahad sampai selasa....

Dugaan demi dugaan...

Assalammualaikum..
sekarang pukul 10 suku pagi. Aku tengah tunggu akak aku. Dia ajak pi Pasaraya TF. Sambil duk tunggu tu..aku teringat percakapan aku dengan suami aku waktu sarapan tadi....

waktu tu kami tengah tengok tv cerita nasi lemak kopi o kat ruang tamu.. perbincangan tentang perlaburan masa depan. suami aku tanya "sayang tak nak ke belajar ilmu perlaburan..?" Aku jawab pendek " tak nak".. aku cakap lagi.." kalau diikutkan hati ni..sayang dah tak semangat nak buat apa2 pun. Even kalau nak tutup syarikat Fatin Oven ni pun sayang sanggup" Aku cakap macam tu sebab aku dah tak rasa minat da nak berniaga. alahan aku masih teruk. cuma da kurang muntah. tp aku tetap x boleh makan sesuka hati macam dulu. perut aku lapar sangat. aku tension. cepat marah. tak bersemangat nak teruskan hidup hari2. tak ada arah tuju. geram.

Lepas suami aku dengar aku cakap macam tu.. dia tanya lagi.." abis.. kalau abang takder?? " aku terdiam.. aku tanya.. "apa maksud abang takder?? "..dia jawab lagi.. " bila abang takder laaa.. paham tak..?"  ooo.. baru aku paham.. dalam hati aku... nak je aku jawab jawapan gila iaitu..nanti bila abang takder.. aku nk bunuh dua2 anak aku..then.. aku kena tangkap..masuk penjara..then.. aku kena hukum gantung.. last sekali aku pun mati...setelll.. geram btulll... last last aku jawab pada suami aku dengan suara yg tinggi sikit.."ntahla.."

Kalau ikut fikiran logik akal..aku akan minta tolong mak abah jaga Fateh dan aku pulak akan cari kerja utk tanggung anak2 aku. Jadi ibu tunggal. tapi aku tak taw aku mampu atau tak.. hmmm..

pin pin!!! Kakak aku da sampai.. kami keluar pi shopping kt econsave..beli putin baby..then minum2.. mkn roti canai.. pastu amik rehan sekolah.. pastu pi hantar biskut ke kedai..dpt rezeki rm81. syukur pd Allah.  pastu pi kedai rm2. adusss... letihnyaaa.. tenaga aku dah hampir abis.. perut lapar... sedihnyaaa.. aku da tak cergas macam dulu lagi..

sampai rumah.  Suami pi solat jumaat.. makan limau.. tengok tv sekejap..then tidokan fateh.. aku pun mengantuk juga ni..huhu.. Suami aku balik solat jumaat..kami sembang2.. aku cerita pd dia roti canai econsave sedap tp aku makan kosong je la..tanpa kuah. yang lain aku tak boleh masuk.. pastu suami aku cakap.. "sayang tu boleh makan cuma sayang yang tak mahu makan".. Aku mendengus marah.. "abang.. abang tak paham apa yg sayang lalui.. sayang doakan abang takkan lalui alahan macam sayang ni sebab mungkin abang takkan mampu".. lepas tu.. suami aku capai helmet sbb nak pergi ke ofis semula.. Aku pun macam tak jadi nak tido.. solat pastu
try main game candy crush. hmm..

Aku sedar..tengah mengandung ni sepatutnya aku kena buat ibadat banyak. tapi aku pun tak tahu la.. nape perasaan aku mcm ni.. aku seolah2 malas sgt nk buat ibadat lebih.. cukup sekadar solat 5 waktu dan doa. sebab aku tak larat.. tapi itu semua alasan kan. Aku rasa aku jauh dgn Allah. mungkin juga aku ada rasa marah dgn Allah sbb bagi aku alahan ni. tapi aku kena sedar.. ini ujian Allah bagi.. kalau aku berjaya ujian ni.. aku akan lebih dekat dgn Nya..

Aku teringat waktu mengandung kan Al Fateh.. semuanya happy.. berjalan lancar.. jalan2.. meniaga biskut.. takder masalah. Aku rasa akulah perempuan yang paling cantik masa mengandung time tu..haha.. tambahan plak.. aku rajin solat sunat dan hampir2 khatam Al quran.. setiap hari baca at least 1 ayat Al Quran.. tapi sekarang..Kenapa semua berbeza bila aku mengandung anak kedua ni?????? aku buntu la.. aku harap sangat semua keadaan buruk aku ni akan berubah. Aku nak jadi hamba Allah yg beriman.. ibu yg baik. Isteri yg baik. Anak yg baik. adik atau kakak yg baik.. Menantu yg baik.. ipar duai yg baik.. semua yg baik2 je la..

Hmmm.. cukupla membebel utk hari ni.. Aku pun tak larat nak tulis da.. tadi baru lepas muntah sebab terbau nasi ayam yg suami aku tinggal utk anak aku atas meja makan... hmm.. tgok.. bau makanan pun tak boleh.. inikan pula nak makan makanan?? hmm... hari semakin petang..then malam.. aku seperti biasa mengharap kan hari2 berlalu dengan cepat...

okla..sekian

MENGQADHA TIDUR DUA TAHUN YANG TIDAK LELAP

petikan cerita dari Facebook

Telah tiga malam setelah pemergian anak ketujuh saya ke pangkuan Rabbnya,saya melihat isteri saya tidur nyenyak bahkan berdengkur kecil hingga perlu dikejutkan waktu hampir Subuh.Ia sesuatu yg diluar dugaan  saudara mara yg lain yg berbimbang dia tidak dapat tidur berikutan kehilangan anak buah hati pengarang jantungnya.Mereka hanya melihat kami kehilangan anak tetapi mereka tidak melihat hakikat disebalik tabir mata mereka.Saya coretkan disini buat iktibar.

Benarlah,anak yg kembali itu 'apple of my wife eye' bahkan 'my eye'kerana ketika bersekolah hanya dia anak yg tinggal dirumah sepenuhnya,berbeza dg semua anak yg lain yg tinggal diasrama.Tetapi isteri saya mungkin telah puas memberi khidmat(serve) kpd anak itu sebelum ia diambil kembali oleh penciptanya.Apa tidaknya bila dia yg melahirkan,membesarkan,tetiba Allah uji dg kanser tulang,dia berkampung di hospital hampir 2 tahun dipotong betisnya, tak cukup dg itu dipotong pehanya,melalui chemoterapy berkali kali hingga luruh semua rambut,kening yg cukup menyiksakan.Bertongkat,berkaki titanium dan menjalani proses berjalan semula dg fisioterapi,tetapi tetiba anggota tubuh lain pula dijangkiti kanser.Buah pinggangnya rosak,perlu dailisis,perutnya membusung,perlu ditebuk,tapping membuang air berkilo sebanyak 5 kali,darahnya hilang hingga berkali-kali diganti,raungan dan esakan tangis anak menahan sakitnya hanya tertahan oleh isteri saya sedangkan saya melarikan diri untuk tidak mendengarnya,kerana ia menghimpun seluruh rasa sedih.Dari makan menyuap sendiri,kpd disuap,dari makan apa saja,kpd makan yg lembut hingga akhirnya hanya titisan air,dari bersuci sendiri kpd ibu yg tolong bersuci,dari membuang najis ditandas,kepada membuang najis di bilik tidur, dipampers,dari solat berdiri,kpd berdiri sebelah kaki,kpd duduk dikerusi,kpd duduk di katil,hingga akhirnya solat cara tidur dg hanya niat pada pergerakan.

Semua itu dilalui dg penuh sabar oleh anak itu dan ibunya,akhirnya Allah menamatkan ujianNya dengan menjemput kembali Taqiyuddin ketika azan asar dimasjid dalam pelukan ibu dan abahnya. Tetapi muncul syaitan merasuk seorang penolong kanan sebuah sekolah menghantar message kepada saya bagaikan berkata 'padan muka' dg kematian itu keeana dendamnya kerana permohonan bertukar saya tolak dahulunya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah..Ya Allah,menitis air mata saya dan isteri membacanya.

Saya mengajak anda merenung apa yg Allah takdirkan kpd kami ini untuk menjadi iktibar.Lihatlah Allah sengaja memilih anak yg paling banyak bersama ibunya dipotong-potong anggotanya,dirosakkan,ditarik balik anugerahnya,tidak lain untuk menguji kesabaran,meninggalkan seluruh kemewahan kerana menunggu anak dan bergelut dgnya di hospital,kemewahan hidup yg lain juga turut dikorbankan,puluhan ribu rm dibelanjakan atas tuntutan,saya menjual buku yg diyulis sendiri untuk melunas hutang pengajiannya yg tidak dapat diteruskan dan untuk membeli kaki palsu,menguji hal ibadat anak yg sakit dari peringkat ke peringkat.Semua itu dilalui dg sabar dan penuh kepayahan,dan bila ia ditamatkan, maka kami merasakan telah puas memberi khidmat kpd anak yg dipinjamkan itu dan redo melepaskannya.Itulah yg menyebabkan isteri saya tidur begitu nyenyak sejak malam pertama anaknya meninggalkannya,bagaikan mengqadho tidur yg tidak lelap lebih 2 tahun.Bukan tidak ingat pada anak yg terpaksa dilepaskan tetapi dia telah dijemput ke sisi yg lebih baik dari sisi kami.Ya Allah,ampunilah dia.

Saya mengingatkan anda,ini ujian bagi kami,anda  semua ada ujian tersendiri yg Allah telah atau sedang atau akan turunkan kerana itu janji Allah bahawa setiap orang akan diuji.Jika polis pencegah rusuhan memerlukan pengadang tubuh,kita yg diuji Allah perlukan pengadangnya berupa kesabaran,ketenangan,tidak resah gelisah,gundah gulana,tidak meraung,meratuih menyesali hidup. Sebaliknya banyakkan bersyukur,beristighfar, berzikir,banyak menyebut nama Allah.Jika ditimpa sakit,ingatlah kisah nabi Ayub.Anak saya yg bertanya mengapa dia disakitkan oleh Allah,bila dikisahkan kisah nabi Ayub kepadanya langsung akur dan redo kerana hujah saya sakit itu juga pilihan Allah.Begitu juga jika anda mengalami kepayahan hidup yg lain,lihatlah kpd rasul yg lain yg dipilih oleh Allah utk diuji sedemikian.

Tuhan sengaja,menguji kita.Bila anda diuji Allah,ubahlah jadual hidup supaya sesuai dg apa kita alami.Jangan pula bertindak sesuatu yg terkeluar dari garis agama.Jika sakit jangan berubat dg cara syirik, khurafat,jika miskin jangan buat dosa besar dg riba,meminjam dari along, jangan cari jalan pintas untuk senang, jika diuji dg kekayaan,janganlah kedekut, sombong,tamak haloba.Apa juga yg berlaku,janganlah terlepas dari berpegang kpd tali Allah,kerana dipenghujung setiap terowong,ada sinarnya,setiap sungai dan paya tetap ada tebingnya,setiap pasang air laut tetap ada surutnya,sekuat mana ribut melanda tetap ada redanya.

Jam sudah 3.20 pagi ketika ini.Helaan nafas nyenyaknya tidur isteri saya masih terdengar.Sesungguhnya dia isteri yg tabah dan sabar yg saya lihat dg mata kepala.Melahirkan 9 anak,menyusu dan membesarkan dan diuji dg kematian, dia tetap berdiri teguh memasak dan melayani anak yg lain bagai tiada apa pun yg berlaku.Maafkan saya mencoret kisah sendiri,saya berlindung dg Allah dari merasa riak,tetapi saya bercerita untuk menyatakan rasa syukur dan menyatakan kebesaran. Allah.Wallahuaa'lam.abdghaniharon
Tulisan ini ditujukan khas buat anak abah sebagai hadiah hari jadi abah,kpd anda semua yg sudi menjadi teman dan rakan, jomlah kita bersama ke syurga Allah dg berbuat kebaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...